KERAJAAN PILIHAN RAKYAT(BHG.2)

KERAJAAN YANG BERSIH DARIPADA RASUAH, PENYELEWENGAN KUASA DAN KRONISME DAN PEMBAZIRAN


Hanya apabila sesebuah kerajaan itu bersih daripada rasuah, penyelewengan kuasa dan kronisme, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan dapat dipelihara. Apabila sesebuah kerajaan itu diselubungi dengan rasuah, maka peraturan dan undang-undang yang ditegakkan mungkin tidak mempunyai erti apabila ia begitu mudah di ketepikan hanya dengan bayaran wang. Pengalaman negara-negara yang tidak komited untuk menghapuskan rasuah menunjukkan suasana ketidakstabilan sosial, politik dan ekonomi dan rahsia kerajaan dengan mudah dapat di serahkan kepada musuh negara dengan sedikit bayaran. Malah dengan rasuah, seseorang itu sanggup berbohong dan membuat keputusan yang bercanggah dengan keadilan. Apabila rasuah bermaharajalela, keyakinan oleh pelabur asing terhadap ekonomi negara akan menurun dan memberi kesan kepada tahap pelaburan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Apabila seseorang pemimpin itu menyalahgunakan kuasa maka rakyat akan sengsara kerana ia mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja tindakan dan keputusan untuk kepentingan dirinya dan keluarganya atau untuk bertindak  terhadap sesiapa yang menentangnya dengan menyalahgunakan segala jentera kerajaan di bawah kuasanya. Pemimpin yang tidak bermoral dan kurang tahap spiritualnya mudah untuk melakukan penyelewengan kuasa asalkan ia kepentingannya tercapai.

Begitu juga apabila pemimpin yang mempunyai kuasa ekonomi dan politik serta tidak mempunyai tahap moral yang tinggi maka sesuai dengan kepentingannya maka dia akan menggunakan kuasanya untuk membantu ahli keluarganya dan rakan-rakanya memperolehi projek-projek kerajaan dan mengenepikan kepentingan majoriti rakyat. Dia lebih pentingkan kesejahteraan kroni-kroninya daripada rakyat keseluruhanya. Dia akan memastikan bahawa projek-projek yang diagihkan kepada kroni-kroninya berjaya memperolehi kewangan yang mencukupi dan sekiranya projek tersebut gagal, maka dia akan memastikan kerajaan tampil melakukan apa sahaja untuk memulihkan projek tersebut. Perlindungan yang sebaik mungkin di perolehi oleh syarikat-syarikat anak-anak dan rakan-rakanya.

Kita dapati umpamanya kerajaan memberikan pemilikan saham bernilai RM103.78 million dalam sebuah syarikat perkapalan kepada Konsortium Perkapalan Bhd dimana Mirzan Mahathir memiliki 49.49 kepentingan pada tahun lepas sahaja. Begitu juga kerajaan telah memberikan projek pengswastaan perkhidmatan hospital kepada Tongkah Medivest Sdn Bhd dimana Mokhzani Mahathir memiliki 13.19 kepentingan. Maklumat ini diberikan oleh Dato’ Fauzi Abdul Rahman semasa menjawab soalan Dato’ Seri Anwar Ibrahim secara bertulis di Dewan Rakyat pada 5 Mei 1999. Begitu juga dua tahun lalu, Mirzan, Mukhriz dan Mokhzani telah didapati memiliki lebih daripada 200 syarikat dalam masa beberapa tahun sahaja. Bukan itu sahaja malah apabila krisis ekonomi melanda, syarikat Tongkah Holdings yang diterajui oleh Mokhzani Mahathir yang berhutang RM500 juta merupakan syarikat pertama yang dipilih untuk menandatangani perjanjian dengan pihak pemimjamnya dibawah kerangka jawatankuasa penyusunan semula pembayaran hutang syarikat(CDRC)

Rasuah di Malaysia di bawah kerajaan BN telah meningkat dengan mendadak sekali. Dalam lapuran Political and Economic Risk Consultancy(PERC) pada tahun 1995, gred adalah 4.60, tahun 1996, gred adalah 5.00, pada tahun 1997, gred adalah 5.80, pada tahun 1998, gred adalah 5.38 manakala pada tahun 1999, gred adalah 7.50.

Selain daripada itu melalui penyalahgunaan kuasa, kerajaan telah mengumumkan untuk mengeluarkan bon jaminan sebanyak RM10.5 juta melalui wang rakyat yang terkumpul seperti KWSP, Tabung Haji, Petronas, Socso dan Perkeso untuk menyelamatkan syarikat-syarikat swasta yang bermasalah termasuk Renong Bhd yang dimiliki oleh Tan Sri Halim Saad yang mempunyai hubungan dengan Tun Daim. Melalui penyalahgunaan kuasa juga orang-orang yang tidak berdosa di zalimi seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Sukma, Mior, Dr Munawar, Lim Guan Eng dan yang lain kerana konspirasi politik. Melalui penyalagunaan kuasa Rahim Tamby Chik di bebaskan dan gadis Melayu yang di rogolnya serta Lim Guan Eng  yang berusaha untuk membela gadis tersebut di masukkan kedalam penjara. Melalui  penyalahgunaan kuasa, Ketua Hakim Negara di pecat kerana mahu menguasai badan kehakiman. Melalui penyalahgunaan kuasa dakwaan terhadap Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor di gugurkan begitu sahaja. Begitu juga apabila Mahathir telah menghalang BPR dari mengambil tindakan terhadap Eric Chia yang menyebabkan kerugian syarikat Perwaja melebihi RM2 billion. Daim pula telah dikatakan menerima RM600 juta daripada tiga tokoh korporat dan berusaha untuk mengambil alih UDA untuk kepentingan dirinya. Mahathir telah mengarahkan Petronas untuk menyediakan dana RM1.8 billion untuk menyelamatkan Konsortium Perkapalan yang di miliki oleh anaknya. Begitu juga Tongkah Holdings kepunyaan Mokhzani anak Mahathir merupakan firma pertama yang diselamatkan oleh kerajaan krisis ekonomi dan kewangan memuncak. Kroni Mahathir dan Daim di berikan peluang seluas-luasnya untuk mengaut kekayaan termasuk apa yang merupakan hak rakyat. Baru-baru ini Daim terlibat dalam usaha  pengambilalihan UDA yang sebelum ini merupakan kepunyaan rakyat.
 

Apakah rakyat boleh membenarkan sebuah kerajaan yang sanggup menzalimi sesiapa sahaja tanpa peri kemanusiaan untuk terus berkuasa? Kesejahteraan, masa depan dan kebahagiaan rakyat hari ini dan akan datang bergantung kepada keputusan kita untuk menolak kerajaan BN yang zalim dan korup dari terus memerintah.

Berbanding dengan kepimpinan Dato’ Nik Abdul Aziz di Kelantan dimana beliau tidak pernah mengamalkan kronisme. Anak-anak beliau tidak menerima apa-apa projek daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri Kelantan tidak mengamalkan pembaziran dan wang rakyat dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyat.Dato’ Nik Aziz telah menunjukkann kepimpinan melalui teladan kerana beliau  masih tinggal dirumah lamanya yang berdekatan dengan masjid dan hidup dalam keadaan sederhana berbanding dengan Dr Mahathir yang mempunyai banyak rumah didalam dan luar negara, mengumpul harta untuk diri dan anak-anaknya yang bernilai berbillion ringgit. Rumah kediaman resminya bernilai RM200 juta yang merupakan suatu pembaziran kerana ianya bolehh digunakan untuk projek yang boleh memberi manfaat kepada majoriti rakyat.  Malah Dato’ Nik Aziz telah menyumbang RM312,000 kepada kerajaan negeri Kelantan yang merupakan peruntukam sewa rumah selama 104 bulan yang beliau tidak gunakan kerana tinggal di rumah lama beliau. Bukankah ini contoh seorang pemimpin yang kita mahu yang mementingkan rakyat daripada dirinya sendiri atau keluarganya?

Apakah rakyat akan membiarkan  kerajaan BN yang telah mempamirkan rekod pentadbiran yang buruk dari segi rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa sehingga menimbulkan ketegangan dan keresahan dikalangan rakyat untuk terus berkuasa atau memberi peluang kepada sebuah kerajaan baru yang diimpikan oleh rakyat yang bersih daripada rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa seperti Kerajaan PAS di  Kelantan.Berdasarkan hujah ini jelas bahawa rakyat tiada punyai pilihan lain melainkan memberikan mandat kepada Pas dan Barisan Alternatif untuk memerintah negara ini.