Ceramah Di Pengakalan Chepa
 
Antara Intipati Menarik Daripada Ucapan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Di Ceramah Perdana PAS di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Pada 2 Julai 1997

1. Fitnah orang UMNO ke atas PAS yang mirip Syiah dan Muktazillah.
Jawapan Tok Guru: Memang itulah kerja orang UMNO suka memfitnah, Tok Guru  kata biarlah demo nak memfitnah kita sebab kita masih Islam.  Tapi UMNO tu mirip orang kafir amacam pulak? Hadirin tegelak dan tersengih.

2. PM tuduh Kelantan ni miskin.
Tok Guru menjawab: Macam mana pulak Kelantan ni miskin sehingga ramai pelancong dalam dan luar negeri ramai datang ke Kelantan, sehingga 12 penerbangan sehari, siapa yang naik kapalterbang? Hadirin tergelak lagi.

3. Tok Guru juga menyindir mentaliti orang UMNO yang takutkan warna Hijau dan Putih, sehingga sanggup membazir wang rakyat untuk menukarkan logo Petronas, sambil berjenaka Tok Guru berkata dalam sedikit masa lagi warna dedaun yang hijau juga akan dicatkan warna biru oleh orang2 UMNO. Hadirin ketawa sambil tersengih.

4. Tok Guru juga menyindir Berahim Ali yang suka melompat dan masuk  parti lain, sambil berjenaka dalam sedikit masa lagi dia ni akan masuk  apa kita belum tahu.

Sekian dari "aku"  di Kota Bharu.