MAHATHIR MELANGGAR ETIKA UMNO

Di bawah ini ialah diperturunkan etika parti UMNO yang telah diluluskan pada tahun 1994 yang lalu, walaupun ianya diyakini beberapa perubahan telah dipinda, tetapi hasil pindaan itu tidak mempengaruhi apa yang telah UMNO buat sesama mereka dan ke atas orang lain, Parti Pembangkang.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa semua etika yang telah digarap sebegini rupa tidak menjadikan Tuhan, Allah sebagai pedoman dalam etika politik mereka. Di samping itu ianya menjadi lebih buruk lagi kerana seolah-olah kesan dari etika ini ke atas ahli UMNO tak ada. Kalau mereka semua ingat akan etika ini sebagai tatacara untuk menjaga gerak geri dan tindak tanduk politik mereka, maka apa yang berlaku hari ini tidak akan terjadi.

Tetapi oleh sebab mereka semuanya telah lama hidup dalam keadaan materialistik, maka semua itu dipinggirkan. Walaupun etika telah pun diputuskan di dalam mesyuarat agung mereka suatu ketika dulu. Nampaknya etika itu gagal menyekat mereka dari melakukan apa yang etika itu suruh. Namun, apakah etika mereka yang sebenarnya?. Adakah mereka hanya berselindung disebalik etika yang comel lote dipandangan itu saja?.

Mereka sendiri yang memikir dan berbincang hendak mengadakan etika itu, namun mereka sendiri yang langgarnya. Inilah yang kena kita sama-sama fikir kerana kerana etika yang buat oleh UMNO khasnya dan etika yang dibuat oleh manusia dengan tujuan dunia, maka ianya tidak berkesan ke dalam hati nurani sehingga manusia menjadi takut untuk melanggarnya. Walaupun, boleh dikatakan etika itu ada perkaitan dengan dosa dan pahala, tetapi ianya tidak dinyatakan sedemikian kerana memang mereka tidak mahu mengaitkannya secara terus-terang kerana mereka yakin bahawa politik mereka dan ugama mereka tidak boleh dicampur.

Apabila ianya setakat etika, tanpa ada roh takutkan Tuhan, Allah. Maka mereka dengan mudah saja melanggarnya, walaupun pada parti parti mereka melanggar etika mereka, tetapi dalam kaedah muslim, mereka juga melanggar pedoman dan arahan Tuhan, Allah. Walaupun bagi mereka melanggar etika melanggar adat berparti saja, hakikat yang sebenar ialah mereka melanggar peraturan Allah. Mereka berdosa walaupun ianya tidak difikir oleh UMNO begitu.

TATAETIKA AHLI UMNO
Telah diluluskan
Perhimpunan Agung Khas UMNO
pada 19 Jun 1994

Kesinambungan UMNO sebagai teras politik Malaysia terletak kepada keazamannya memperjuangkan martabat bangsa dan maruah negara. Keazaman ini bukan saja perlu dipertahankan, malah diperkukuhkan lagi bagi menghadapi dugaan dan cabaran era kemajuan yang semakin hebat. Kekuatan dan maruah UMNO akan terpelihara jika pimpinan dan ahlinya memiliki semangat perjuangan menentang kemungkaran politik. Ikhtizam dan keberanian ini akan lahir apabila pimpinan dan ahli UMNO benar-benar menghayati idealisme perjuangan UMNO yang bertunjangkan keluhuran akal budi, kesusilaan, keimanan, keikhlasan, keinsafan dan kesyukuran. Tradisi dan budaya politik UMNO sementara terus meniti arus perubahan perlu terus mempertahankan idealisme perjuangan. Justeru itu bagi mengawal dan mencegah berlakunya kemungkaran politik, ahli-ahli UMNO memerlukan tataetika bagi membenteras segala bentuk penyelewengan, salahlaku, penyalahgunaan kuasa dan penggunaan wang serta gejala negatif yang boleh melunturkan semangat perjuangan dan melemahkan UMNO. Maka dengan itu Majlis Tertinggi menetapkan tataetika ahli UMNO ini menurut kuasa yang diberikan kepadanya di bawah fasal 18.7. Perlembagaan UMNO.
 
1. TATAETIKA AHLI UMNO

i. KESETIAAN

1.1.     Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan :-
1.1.1. Patuh kepada Perlembangaan dan Tataetika Ahli;
1.1.2. Mengikut perintah-perintah parti;
1.1.3. Menjalankan dasar-dasar parti;
1.1.4. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
1.1.5. Menjaga rahsia-rahsia parti;
1.1.6. Memelihara nama baik parti;
1.1.7. Sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.
 
ii. PENYALAHGUNAAN KUASA DAN WANG RINGGIT

2.1 .Ahli-ahli parti adalah dilarang daripada menyalahgunakan apa jua kuasa yang ada pada mereka dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau mempengaruhi di dalam mana-mana pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.
2.2.  Ahli-ahli parti adalah dilarang memberi atau menerima apa-apa ganjaran, hadiah atau balasan bernilai dengan apa cara atau dalam sebarang jenis atau bentuk sekalipun dengan tujuan mendapat undi atau sokongan atau mendorong atau mempengaruhi dalam mana-mana pemilihan parti bagi diri sendiri atau bagi pihak lain atau supaya jangan mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.
2.3.  Majlis Tertinggi berkuasa menetapkan dari masa kesemasa bentuk dan jenis penyalahgunaan kuasa, wang ringgit dan sebagainya yang dimaksudkan didalam perenggan 2.1 dan 2.2 diatas.

iii. KEGUNAAN KEKERASAN DAN UGUTAN

3.1.  Ahli-ahli parti adalah dilarang daripada menggunakan apa-apa kekerasan atau paksaan atau halangan atau menggunakan atau mengancam apa-apa kecacatan, kerosakan atau kerugian atau mengugat dengan apa-apa cara keatas mana-mana orang bagi mendorong atau memaksa orang mengundi atau tidak mengundi mana-mana orang dalam mana-mana pemilihan parti.

iv. FITNAH-MEMFITNAH

4.1. Ahli-ahli parti samada melalui dirinya atau pihak lain adalah dilarang daripada perbuatan fitnah-memfitnah, menyebar pernyataan palsu, mencela atau mengkeji mana-mana ahli lain dalam apa-apa bentuk dan samada yang dicetak seperti surat layang atau penulisan-penulisan yang dibuat oleh penulis-penulis upahan atau bentuk rakaman samada secara video atau audio bagi maksud mencemar peribadi atau bagi menjatuhkan seseorang ahli atau pemimpin.

TATAETIKA AHLI UMNO
HUKUMAN
Sesiapa yang didapati bersalah melanggar Tataetika ini boleh dihukum dibawah fasal 18.7. Perlembangan UMNO.

TATAETIKA AHLI UMNO
PINDAAN
Majlis Tertinggi berkuasa meminda Tataetika ini dari semasa ke semasa.