Cerita Dalam Pantun 2 (Kisah aku suka berbohong)
 

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Bohong rakyat bohong negara
Kerana kuasa hamba turutkan

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dah tiga Perdana Menteri
Yang keempat ni hobinya temberang

Siakap dugong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Itulah kerja Perdana Menteri

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Akulah ulamak akulah Perdana Menteri
Supaya boleh aku bohong korang

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian
Berbohong-bohong dahulu,
Berpilihanraya kemudian

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Bohong rakyat kerana terdesak
Esok jangan kalah-kalahan

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Bohong selalu-selalu
Dengan muka selamba

Buai sekali lagi laju-laju
Sampai pokok sena
Bohong selalu-selalu
Sampai rakyat percaya

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang bank boleh tak bayar
Hutang bohong dibawa mati

Oh bulan dimana bintang
Di atas puncak kayu ara
Oh parti bulan aku nak temberang
Supaya rakyat tak undi korang di pilihan raya

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpanag mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah saya berbohong lagi