KEKUATAN MAHATHIR?

Pertandingan nujum di dalam wayang “NUJUM PAK BELALANG” itu menampilkan watak nujum di raja dari dua tanah taklukan masing-masing. Soalan terakhir nujum di dalam pertandingan itu ialah, “di manakah letaknya kekuatan Hang Tuah?”. Maka jawab nujub bapak kepada Belalang itu ialah “kekuatan Hang Tuah terletak kepada huruf ‘T’……” cuba sebut kalau "T" itu diganti dengan konsonen lain misalnya "K"..jadi kuah tak kuat, "L"…luah tak kuat dan sebagainya. Kalau nujum itu hidup lagi, nescaya saya akan pergi dan tanya kepada nujum diraja itu , dimanakah letaknya kekuatan Mahathir?.

Walaupun saya yakin, nujum itu tidak mampu menjawabnya kerana Pak Belalang nujum diraja itu sendiri berbohong. Kalau dia memberi jawabannya pun, bohong juga, dia hanya menunjukan pandai menelek dengan berselindung disebalik pembohongannya. Dengan tak ada ilmu nujum pun, saya katakan kekuatan Mahathit terletak kepada “MAHA”.

Kalau boleh, cuba kita bandingkan antara sifat kata yang digunakan ketika menunjukkan kekuatan Tuhan, Allah yang sememang tidak terbanding langsung itu. Misalnya kita tahu Allah Maha Pencipta, Maha Mengetahui, Maha Pengampun dan banyak lagi yang sememangya diketahui umum, khasnya orang Islam. Sultan dan Raja pun mengambil MAHA itu untuk menunjukkan mereka berkuasa, tetapi kuasa mereka tak terbanding dengan MAHA kuasa Allah. Sehinggakan di dalam memanggil namanya pun ada disebut kebawah duli yang MAHA mulia…….

Mahathir tak mahu MAHA itu ada pada panggilan Sultan dan Raja. Kata orang tul'lah raja terletak pada MAHA itu, lalu Mahathir pun dengan menggunakan logik di atas dia pun memadam sebutan MAHA di dalam penggilan diraja. Yang tinggal sekarang ialah Mahathir sorang saja yang berkuasa ada panggilan MAHA di dalam namanya. Kalau ‘thir’ saja, ianya tidak menunjukan apa-apa. Apatah lagi menunjukkan kekuatan.

Namun didalam kes Mahathir ini, MAHA itu menunjukan kekuatan juga, tetapi kekuatan berbohong, kekuatan menipu, kekuatan fitnah, kekuatan kezaliman dan dia kuat di dalam UMNO pun disebabkan oleh kekuatan-kekuatan itulah. Sehinggakan ada menggelarkannya sebagai MAHAzalim, MAHAfiraun dan berbagai gelaran lagi.

Selama ini UMNO mempercayai sangat MAHA ini walaupun MAHA inilah yang telah menyiasat, menuduh, mendakwa dan menhakimi DSAI. Tul'lah inilah yang menyebabkan otthodok UMNO tetap pegun walaupun mereka ditipu sedemikian rupa oleh mesin-mesin yang dihidupkan oleh Mahathir. Suiz mesin-mesin dipegang dan dipulas oleh Mahathir. Banyak kes penyelewengan dan maksiat yang ditutup oleh Mahathir dan dia akan menjadikannya suiz kepada mesin-mesinnya. Suis inilah yang akan dikawal oleh Mahathir supaya mesinya berkerja mengikut betul-betul kehendaknya.

Selain dari lambang Petronas yang mereka takut kerana agak serupa dengan lambang PAS mereka nak tukar itu, maka MAHA ini pun serupa juga. Mereka ingin mengurangkan bunyi gerun Maha pada panggilan diraja, maka atas psikologi mengubah lambang petronas itulah maka Maha itu sudah dipadam tak berapa lama dulu. Tetapi teknik psikologinya adalah sama saja. PAS pun turut lunak dengan alasan Mahathir ketika itu. Walaupun ada kebenarannya ketika itu, tetapi apabila Mahathir tak mahu raja-raja ada panggilan MAHA itu dan beliau pula berkuasa seolah-olah ingin menjadi MAHAberkuasa, maka rakyat akan melihat apa yang dulu dia betul itu pun akan rakyat kata ada udang disebalik batu juga.

Sebab itulah ada cerita pengembala kambing dengan serigala. Sekali dia menipu orang kampung dengan menjerit mengatakan kambingnya dibahan serigala, orang kampung tak marah, dua kali pun orang kampung boleh percaya dan masih sabar, tetapi kalau dah lebih, orang kampung akan kata pengembala itu penipu sehinggakan apabila serigala betul-betul datang dan baham haiwan ternakkannya pun, orang kampung tak datang walaupun nak pecah anak tekak menjerit memanggil mereka. Disamping itu, ada juga orang kata, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri dan kalaudah berbohong itu bapak kepada menteri, maka bolehlah dikatakan bapak anak menteri pula mencuri. Mencuri wang rakyat atas nama projek negara sehinggakan SUKOM rugi 10 juta lebih pun masih boleh tak malu mengatakan bukan rugi, tapi untung tak banyak. Kenapakan sampai begini?.
 

Sekian

muramozi