Warkah Khas dari US.
 
Assalamualaikum/Selamat sejahtera rakan-rakan seperjuangan..

        Saya adalah salah seorang pembaca harian Laman Reformasi MENGUTUK tindakan pengcoding-pengcoding atau "programmer" BN untuk menghalang niat suci murni pengcoding-pengcoding Reformasi demi menegakkan Kebenaran dan Keadilan.

        "Sesungguhnya ALLAH memberi setiap individu mempunyai hak-hak mereka sendiri, maka gunalah hak-hak itu ke jalan yang diberkati dan dirahmati"

        Saya juga pengcoding/programmer (berjurusan electrical/software engineering) di salah sebuah syarikat software & internet service provider di Central U.S sudi menolong pengcoding-pengcoding Reformasi (dari segi pengalaman dan pengetahuan saya terhadap UNIX/LINUX dan NT/Web/Database Security) dalam usaha membenteras "pembocoran maklumat" atau "Web security problem" di web server.

        Berhati-hatilah semoga web server rakan-rakan tidak lagi di"hacked" oleh pengcoding-pengcoding BN. Dan saya tidak terkejut jika "hacker-hacker" ini akan mengcoding satu software/program dan di"install" ke dalam komputer-komputer Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kelak demi kemenangan PM dan BN. Dan ini terbukti dan berlaku seperti di negara jiran terdekat kita iaitu Indonesia, dimana keputusan pilihanraya disemak kembali kerana pengiraan di komputer berlainan dengan pengiraan secara manual.

Saya serta rakyat Malaysia (termasuk para pelajar dan pekerja) di sini menyokong 100% usaha-usaha murni saudara-saudari kalian untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang bersih, adil dan jitu.

        "Sesungguhnya mata pena itu lebih TAJAM dari mata pedang"

****************************************************************************

Seruan Khas untuk pegawai2, ahli2, dan bekas2 ahli Tentera:

        Sebagai anak bekas pegawai pemerintah(C.O) Tentera, saya menyeru supaya rakan-rakan seperjuangan arwah ayah saya (terutama pegawai-pegawai Tertinggi/ C.O Tentera), ahli-ahli angkatan tentera, serta anak-anak tentera yang terdidik/terpelajar bangkitlah, marilah bersama-sama membantu rakyat Malaysia mengulingkan Kerajaan Barisan Nasional demi menegakkan keadilan dan maruah agama, bangsa dan negara di muka bumi Malaysia tercinta.
 
        Terbukti kini bahawa segelintir pegawai2 Tertinggi PDRM telah terpesong dari segi perjuangan mereka sebenar iaitu menjaga keamanan dan maruah rakyat, malahan perjuangan mereka terkini adalah menjaga keamanan, harta dan maruah serta kepentingan Pemimpin-pemimpin negara jahat, keji dan zalim.

        Ayuh, bersatulah menghapuskan UNDI POS di kalangan ahli-ahli Tentera. Jika dahulu bersatu menghapuskan Komunis, maka sekarang bersatu menghapuskan Kronisme, Nepotisme Dan Korupsi.

Jika tidak, sia-sia sahaja usaha-usaha pergorbanan ahli-ahli angkatan tentera yang terdahulu demi menegakkan keamanan, kedaulatan dan maruah negara tercinta. Sekian, wasalam.

Pemerhati Reformasi di US.