LAPORAN  PELANCARAN PARTI KEADILAN BANDAR TUN RAZAK
YANG TIDAK DILULUSKAN PERMIT

Selaku salah seorang tetamu yang telah menghadiri program tersebut ,saya sangat kagum dengan initiatif Jawatankuasa Bahagian Parti Keadilan Bandar Tun Razak mengendalikan majlis yang mana telah tidak mendapat kebenaran Polis pada saat-saat  akhir.

Selaku salah seorang penyokong gerakan reformasi dan kerajaan alternatif ,saya yakin bahawa masyarakat telah dan mula sedar bahawa agensi kerajaan seumpama Polis telah diperalatkan bagi membendung kegiatan politik pembangkang di negara ini. Kehadiran Polis untuk memaklumkan kepada penganjur untuk terus tidak membenarkan Pelancaran Parti Keadilan di Bandar Tun Razak seperti yang berlaku semalam jelas membuktikan bahawa kebebasan bersuara melalui saluran yang dibenarkan oleh undang-undang telah dinafikan kepada seluruh pejuang keadilan.

Setelah berunding dengan pihak polis menerusi Sdr. Zainur Zakaria yang juga ketua keadilan W.Persekutuan,pihak polis telah hanya membenarkan majlis dikendalikan sebagai majlis makluman pembatalan sahaja. Walaubagaimana pun saya amat kagum dengan kelantangan Sdr. Zainuddin, selaku ketua bahagian yang telah mengambil kesempatan untuk berucap sambil membidas pihak yang bertanggung jawab menggangu kelancaran program tersebut. Shabas! dengan keberanian dan kesungguhan tersebut.

Sdr. Mustafa Kamil Ayub pula telah kemudiannya membacakan doa bagi didengari oleh semua yang hadir dengan nada yang sungguh merayu dan penuh simpati. Saya lihat ada yang mengalirkan air mata.

Persoalannya sekarang mengapa perkara sedemikian mesti terjadi? Mana sikap ketelusan dan berani bertanggung jawab pihak kerajaan. Segala keperluan maklumat dan peraturan telah diikuti tetapi tetap majlis tersebut tidak mendapat kebenaran? Rakyat telah lama muak dengan sikap double standard pihak polis dalam melaksanakan penguatkuasaan. Kalau kutty Mahathir boleh berucap dimana-mana dan hentam rakyat yang menyokong parti alternatif maka berikanlah pemimpin parti alternatif menjawap dan diberi pula kesempatan rakyat untuk menilai.

Saya yakin insiden seperti yang berlaku di bandar Tun Razak akan menjadi contoh ketiadak adilan kerajaan dalam menangani isu kebebasan bersuara. Sebenarnya Kutty mahathir tu dah mula rasa senak perut! Undurlah dan sedarlah selagi kebebasan untuk rakyat mendengar apa yang mereka cari selama ini di sekat! Tunggulah nanti saat dan ketikanya beliau akan merasai tak cukup tanah pula untuk melarikan diri.

Salam reformasi.

UMNO TUA