Berkenalan Dengan Kroni - Siri 5
Dipetik dan diterjemahkan dari laman web freeMalaysia

Tan Sri Vincent Tan - Dari Big Mac kepada ‘Big’ M

Jika penulis skrip teater Arthur Miller memerlukan watak yang bertentangan dengan watak Willy Loman dalam drama teater ‘Matinya Seorang Salesman’ beliau bolih menemui watak berkenaan pada Vincent Tan Chee Yioun.   Tiada kematian biasa bagi saorang jurujual berusia 47 tahun ini yang bertukar mejadi orang tengah; hanya kejayaan manis yang mampu diraih menerusi cara yang menimbulkan persoalan dan melalui hubungkait politik.

Saorang anak Johor  yang meninggalkan bangku sekolah ketika berusia 16 tahun, Vincent pernah bekerja sebagai kerani bank diwaktu siang dan menjual polisi insuran diwaktu malam.  Beliau menghabiskan masa lapangnya membaca majalah-majalah perniagaan dengan impian suatu hari nama beliau akan diagong-agongkan didalam majalah yang sama. Jika impiannya menjadi kenyataan kedudukkan beliau akan jauh lebih baik dari pekerjaan bapanya yang bergantung rezki dari upah memindahkan barang-barang orang lain.

Sebenarnya Vincent telah mempelajari beberap tipu muslihat perniagaan dari bapanya.  Dalam masa yang singkat beliau telah menjawat jawatan di sebuah bank dan menjadi jurujual insuran diwaktu malam sehingga beliau berusia 30 tahun.  Dia juga menambah pendapatannya dengan menyewakan lori pengangkutan dan mengangkut barang-barang, dengan bantuan dari orang politik pertama yang memberi naungan kepadanya iaitu Menteri Besar Johor, Osman Sa’at.

Namun perniagaan sedemikian bukan lah yang diidam-idamkan olih Vincent.  Untuk menempatkan dirinya sebagai ahli korporat yang berjaya beliau perlu menempatkan dirinya diperingkat antarabangsa.  Dan untuk mencapai cita-cita itu beliau perlu naungan dari saorang ahli politik yang betul-betul berkuasa atau pun saorang perdana menteri yang bercita-cita besar dan serba bolih!

Daging lembu (patty) dan roti ‘bun’ lah yang telah menemukan Vincent Tan dengan Mahathir.  Dalam tahun 1981 setahun setelah Vincent berjaya mendapatkan franchise McDonald untuk seluruh Malaysia, Mahathir Mohammad telah menjadi perdana menteri, penuh dengan idea-idea dari membangun industri berat bagi Malaysia hingga menubuhkan berbagai rangkaian makan segera ala Amerika dikalangan masyarakat melayu.  Idea-idea berkenaan yang tidak pernah menjadi kenyataan pada awalnya bertujuan utuk menjadi model bagi sebahagian masyarakat Malaysia yang pada waktu itu masih belum mempunyai pengalaman berniaga yang mencukupi.

Tidak lama kemudian  Vincent telah berjaya menempatkan dirinya didalam kumpulan Mahathir-Daim.  Dalam masa yang singkat peluang perniagaan mencurah-curah turun kepangkuan Vincent, saorang ahli baru (kroni) Mahathir-Daim.  Salah satu ‘hadiah’ bagi Vincent datangnya dalam bentuk penswastaan Loteri Kebajikan Masyarakat  pada tahun 1985.  Dengan sokongkan Sports-Toto sebuah syarikt loteri yang amat menguntungkan, Loteri Kebajikan Masyarakat telah diserahkan diatas dulang perak kepada Vincent dengan hanya berpandukan proposal sebanyak dua muka surat berserta pinjaman bank yang banyak!  Vincent telah mengembangkan syarikatnya secara besar-besaran.  Salah satu syarikat yang diambil alih olih Vincent pada awalnya ialah syarikat Raleigh, yang pada suatu waktu adalah kepunyaan Daim.  Pengambil alihan syarikat Raleigh olih Sports Toto telah diluluskan olih Menteri Kewangan pada waktu itu - Daim sendiri!  Begitulah caranya para kroni bekerja!

Penulis tidak akan bercerita lebih lanjut bagaimana Vincent bolih mencapat kedudukannya sekarang melalui Berjaya Group.  Arkib media penuh dengan ‘business deal’ dan keputusan-keputusan mahkamah yang mencurigakan dan menimbulkan persoalan; setengahnya atas usahanya sendiri manakala yang lain dengan mendapat restu dari Mahathir dan Daim.

Namun begitu Vincent tentu sudah mengesyakki sesuatu sebelum krisis kewangan melanda negara-negara Asia dan sesuatu yang tidak kena dilaman permainan  Mahathir.  Yang menghairankan Vincent mula menunjukan sifat-sifat saorang ahli perniagaan yang berwaspada dan mula menjual kepentingan beliau dalam anak-anak syarikat nya sedikit demi sedikit dan mengurangkan hutang beliau.  Namun begitu Vincent masih berhasrat untu melibatkan diri dalam projek-projek gergasi Mahathir seperti membenar ‘Linear City’ di atas sungai Gombak/Klang ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Krisis matawang Asia telah menyelamatkan Kuala Lumpur daripada projek gergasi yang tidak mendatangkan faedah, tetapi ia telah gagal untuk menempatkan Vincent dimuka majalah ternama dinegara ini - iaitu majalah Gila-Gila!

Haji Afiq A. Ba’i