ANAK BAPAK.

Datin Sri Zaleha melancarkan hari warga tua, bukan di Dusun Tua dan tidak di Kuala Muda. Tetapi di rumah orang tua-tua di KL. Sebagai orang muda, saya sangat menghormati orang tua, terutamanya kedua ibu dan bapa saya. Seingatan saya, ibu dan bapa saya tidak pernah membohongi, menipu saya dan memfitnah orang. Sejak dari kecil hingga dewasa.

Namun, kalau orang lain yang tua juga bersifat seperti ibu dan bapa tadi, saya akan sayang mereka, saya akan hargai mereka dan saya akan sokong apa yang dikatakan oleh Menteri itu tadi. Tetapi jika sebaliknya saya akan cuba menegur dalam ertikata memberi pandangan dan nasihat, tetapi jika dengan cara lembut pun tidak menjadi, dan hal yang kena dibetulkan pula adalah bertaraf wajib, orang muda ada cara yang tersendiri untuk mengajar orang tua.

Ketika saya melihat Menteri tadi melayan orang-orang tua, teringat saya kepada ketua kepada menteri itu, Ketua itu pun tua juga, jangan-jangan dia takut dijemput ke situ maka dia lari ke Jepun. Politik!.

Biasanya orang tua mempunyai anak, anak-anak itu pula memiliki bapak yang tua tadi. Dalam ramai-ramai anak, anak yang paling tidak berguna kepada bapak ialah anak yang bila dah dewasa pun mengharapkan bapak, dan anak-anak itu lagi tidak berguna kerana membiarkan bapak tadi merompak hak orang dan bagi hasil rompakan tadi kepadanya. Lebih hina lagi anak itu jika tidak mampu mengajak bapak supaya berlaku adil dan benar, anak yang baik ialah ialah anak yang berjuang untuk bapak. Bukannya anak yang memayahkan bapak. Lebih hina lagi jika bapak ikut saja kehendak anak yang tidak ada sempadan itu.

Sempena dengan hari golongan tua juga, saya teringat tentang gelaran yang diberikan kepada orang tua yang pernah menjadi Pemimpin Negara selepas mereka meninggal dunia. Al Marhum Tengku Abdul Rahman yang sangat anti cara Mahathir itu telah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Allahyarham Tun Razak juga dikenali sebagai bapa juga, iaitu Bapa Kemodenan, dan ada beberapa orang “Bapa” lagi yang lain itu. Namun teringat saya kepada PM yang juga sepatutnya ada bersama Datin Sri Zaleha untuk menyambut harinya itu, juga akan diberi orang gelaran apabila tiba masanya. Gelaran Bapak apakah yang sesuai untuk Mahathir itu?.

Hakikatnya, PM inilah satu-satunya yang mempunyai gelarang paling banyak pernah dianugerahkan, bermula dari Sultan, Agung, Orang Asing dan Ibrahim Ali pun memberi gelaran Adi Jagat kepada beliau. Sekarang pula dia mendapat title “MAHA” dipangkal namanya. Title itulah dulunya dia gugurkan daripada gelaran untuk Raja  dan Sultan, rupanya dia lagi sesuai untuk digelari sedemikian. Termasuklah ada orang menggelarkan dia sekarang “MAHAZALIM”, “MAHAFIRAUN” dan MAHATHIR.

Bersempena dengan hari orang-orang tua ini, kita hormati dan sokonglah orang-orang tua yang adil, zuhud, tidak reti fitnah orang, yang tak ada kroni dan yang penting ialah yang menjanjikan akan membantu kita supaya tidak terpesong dari dakyah tangan-tangan hitam yang selalu mencari masa untuk memulas, memutar dan melindungi haq dan fakta yang sebenar untuk dicontohi dan diteladani oleh semua orang termasuklah yang muda dan yang tua-tua.

Sekian

muramozi