BINCANG PETANG?.

Selepas mempengaruhi kaum yang sejantina dengan Datin Sri Dr.Siti Hasmah itu, kini tumpuan sepenuhnya ditumpukan kepada kaum bukan islam yakni kafir dari mendekati dan seterusnya memahami perjuangan dan dasar PAS. Seperti biasa, melalui TV3 yang sudah berusia 15 tahun itulah, proses memanipulasi, mengekploitasi dan menyeleweng fakta terus-terusan dilakukan. Dalam keadaan kaum sejenis dengan Datin tadi terpinga-pinga dikelirukan oleh mereka, kini baru saja kaum kafir itu ingin mendekati sistem bernegara cara islam, mereka dalam PKMB=UMNO itulah nampaknya gelabah dan susah hati takut orang kafir tadi jadi faham dan sayang pada islam.

Macamana PAS nak benarkan TV3 mengikuti muktamar mereka, dalam keadaan begitu pun, TV3 memulas dan memusing fakta melalui temuramah dan temubual dengan orang UMNO=PKMB yang sememangnya tersangat tolenransi itu. Untuk menambahkan lagi ruang mereka memuat mesin propaganda UMNO=PKMB itu, maka sempena dengan hari ulangtahun ke 15 hari ini(1/6/1999) mereka membuka rancangan baru, iaitu “Bincang Petang”, konon umpama kedai kopi di kampung-kampung dan Coffee Houselah kalau di Kota.

Dua program jentere propaganda yang sedang dihidupkan oleh TV3 ialah ANALISIS dan terbaru itulah, Bincang Petang. Sempena pelancaran program itu, TPM menjadi tetamunya yang pertama, dan macam biasalah, TPM pun dengan  kredibeliti yang ada itu untuk  memulas dan memusing fakta ke atas kerjasama PAS-DAP-PRM dan KeADILan. Maka TPM terbukti replika PM. Kerana itulah dia diletakkan di atas kerusi kawannya yang dijil di penjara Sungai Buluh.

Pengacara TV3 yang comel lote dan macho itu yang akan menyoal sesiapa saja yang menjadi undangan mereka. Kita tunggulah, ianya akan menjadi satu alat propaganda yang memainkan peranan tidak lain dari memusing, memulas, melarikan faktar, menutup kemungkaran dan segalanya yang telah dikhianati akan mereka selindungi dengan seribu alasan. Bahkan berjuta alasan. Sebagai Rakyat terbanyak, jangan termakan dengan propaganda itu.

Adalah amat optimis, Bincang Petang itu nanti tidak memasukkan elemen keadilan, elemen kebenaran dan seumpamanya.  Melainkan ia tidak lebih dari program Mahathir melantik Ibrahim Ali yang tidak di sokong orang itu. Pada ketika TPM sedang berbincang diwaktu petang itu, PM di Jepun sedang memandu kereta TOYOTA model baru menggunakan kawalan mikroprosesor. Agaknya tidak lama lagi kereta jenis itu akan naik harga, kerana seperti biasa Mahathir ialah seorang businessman yang terkenal. Bahkah, sekarang pun semua show-room toyota seluruh negara hold semua tempahan toyota. Kalau nak pasti, pergilah ke Show Room disekitar KL, dan cuba tanya pasal tempahan.

Disamping berhutang wang sebanyak RM3.8 ribu juta dengan Jepun. Mahathir shopping TOYOTA di sana. Mahathir kata PAS tidak boleh memerintah kerana miskin dengan alasan  meminjam wang dari Pusat sejumlah RM 600 juta. RM600 juta itu adalah 2.493% sahaja dari jumlah RM38000 juta itu, Manakala lebihan yang tinggal itu, jika dibahagikan kepada semua kerajaan negeri yang lain kecuali Kelantan maka jumlah yang mereka dapat ialah RM3116.66667 juta ringgit. Kiraan ini berdasarkan Mahathir tidak mengambil satu sen pun untuk Kerajaan Pusat. Namun, itu adalah mustahil, bahagian-bahagian lain belum diambil kira lagi. Itu cuma wang Jepun!. Wang dollar?……tunggulah sampai 7 keturunan pun hutang itu tidak akan habis.

Kalau boleh, elok dikatalah kepada Mahathir, Terima kasih kerana Pusat rela berkorban walaupun terpaksa berhutang. Tetapi itu yang sepatutnya dibuat oleh bapak, Hak pembiayaan itu adalah jauh berkurangan dari nilai nafkah yang sepetutnya. Namun, MB Kelantan faham dan tidak cepat marah, kerana faham dan terima hakikat bahawa sebagai anak tiri yang hidup di dalam sebuah keluarga pincang yang tidak meletakkan keadilan sebagai teras pentadbirannya.

Sekian

muramozi

 

Kalau Al Marhum Tengku Abd Rahman terkenal sebagai Bapa Kemerdekaan, manakala Tun Razak ayahanda kesayangan Najib itu dikenali sebagai Bapa Pemodenan,