Musnahkan Kekuatan Penjenayah
 
Sambutan yang amat miskin yang diterima oleh Datuk Seri Dr Mahathir ketika cuba membohongi rakyat di Permatang Pauh baru-baru ini tidak memerlukan tambahan kata-kata untuk menjelaskan betapa buruknya makhluk itu di mata rakyat. Jumlah kehadiran yang begitu bangsat itu dengan sendirinya meraungkan kebencian yang tak terbendung di hati rakyat terhadap Dr
Mahathir, juak-juak dan gerombolannya, iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Semakin jelas bahawa Dr Mahathir meneruskan pemerintahan kejinya hanya dengan cengkaman yang kuat ke atas tiga perkakas utamanya yang juga keji seperti dirinya, iaitu kekuatan kehakiman (judiciary), polis dan fail, ringkasnya JPF. Sebab itulah tidak ada lagi lelaki (rijal) di dalam Umno dan Barisan Nasional, melainkan pondan-pondan bacul yang menjadi sampah
sarap yang paling busuk di dalam negara ini. Kesemua mereka diugut dengan fail-fail kejahatan mereka yang bertimbun-timbun yang berada dalam simpanan diktator buruk itu. Jika mereka melawan juga, polis akan digunakan untuk menggertak dan seterusnya mendakwa serta menangkap mereka jika terus berdegil. Kehakiman akan menjadi kayu pemukul terakhir untuk memusnah dan membisukan sesiapa sahaja yang berani menunjuk terer untuk menyatakan tidak. Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dibisukan oleh kehakiman dan tembok penjara - walaupun sesekali Anwar berjaya menyeludupkan
suara penentangannya.

Selagi Umno dan Barisan Nasional diberi kepercayaan bodoh untuk memerintah negara yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita ini, ia bermakna negara ini akan terus diperintah oleh sekumpulan penjenayah dan pengganas yang mengganasi ekonomi rakyat dan pesanan Tuhan. Penjenayah-penjenayah yang fail-fail kejahatan mereka disimpan rapi oleh Dr Mahathir akan terus menjadi tukang sorok yang melindungi jenayah yang lebih besar yang dilakukan oleh Dr Mahathir dan Daim. Malah, sambil menyorokkan jenayah-jenayah besar yang dilakukan oleh Dr Mahathir dan Daim, mereka sendiri akan membiakkan
lagi jenayah mereka. Di manakah maruah rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam selagi kita membiarkan negara kita diperintah oleh penjenayah? Tidakkah nanti anak cucu kita akan kencing di atas kubur kita kerana dosa kita meredhai negara
ini  dikuasai oleh penjenayah-penjenayah yang berkumpul dan bernaung di dalam Umno dan Barisan Nasional?

Contoh paling jelas Dr Mahathir mengukuhkan cengkaman dan kediktatorannya ialah di dalam kes pemecatan Tan Sri Osman Aroff dan penabalan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Menteri Besar Kedah. Walaupun pada mulanya ADUN-ADUN Umno di Kedah menentang nafsu serakah Dr Mahathir untuk melantik Sanusi, tetapi apabila mereka dipanggil mengadap seorang demi seorang oleh Dr Mahathir dan dilempar fail jenayah mereka di hadapan mata mereka, semangat penentangan mereka menggeletar ketakutan dan mereka terus menjadi Pak Yet atau Pak Turut yang paling bacul dalam dunia.

Lalu tercatatlah dalam sejarah bahawa rakyat Kedah kini diwakili oleh penjenayah-penjenayah dan gerombolan Pak Turut bacul, kecuali rakyat di Bukit Raya dan Sala. Hakikatnya, gerombolan bacul dan penjenayah ini bukan sahaja mewakili rakyat di Kedah malah di seluruh Malaysia, asal sahaja lambang yang mereka gunakan untuk membodohkan rakyat ialah lambang
dacing yang durjana itu.

Wahai orang-orang kampung! Selamatkan Malaysia dan anak cucu kita dari pemerintahan penjenayah dan gerombolan bacul!

- Penarik Beca-