TV3 SUPER BIADAP
 
Asslamualaikum dan Salam Kesopanan untuk REFORMIS

Sekali lagi TV3 menyerlahkan sifat bebal dan super biadapnya yang diluar kawalan.  Apabila menonton siaran Buletin Utama (dlm keadaan terpaksa) pada jam 8.00malam tadi, saya cukup merasa jijik dan muak dengan kebiadapan TV3 terhadap Sahabat Nabi dan Khalifah Islam yang keempat, iaitu Saidina Ali bin Abi Talib Karramallah hu waj hah.

Di dalam lapuran khas kononnya berkenaan pengaruh Syiah dalam PAS, pemberita TV3 telah dengan  sengaja dan dengan penuh kebebalan memanggil Saidina Ali dengan panggilan Ali bin Abi Talib sahaja. Inilah sebenarnya perangai golongan jahil dan bacul yang tidak malu-malu menghina sahabat Nabi dan Khalifah Islam dengan panggilan nama sahaja. Kalau Mahathir
laknat itu bukan main lagi dengan YAB Dato' Seri Dr.....nya, tetapi akibat kebencian yang tiada kawalan terhadap Syiah, TV3 telah menghina sahabat nabi dengan sedemikian rupa. Semua orang Islam tahu bahawa Saidina Ali tidak bersalah di dalam isu fahaman Syiah, tetapi golongan sewel dan dungu di TV3, dengan tabiat mengampu dan menjilat yang tiada silu itu telah sewenang-wenangnya menghina orang yang tidak bersalah ke dalam kancah politik laknat mereka.

Apa yang berlaku merupakan satu lagi bukti kukuh tentang nilai moral dan harga diri TV3. Saya amat berharap semua pembaca telah terbuka mata hatinya untuk menerima kebenaran dan menghancurkan Mahathir serta kuncu-kuncunya di dalam election akan datang.

Sekian

Al-Ihsan
Terengganu