Konvensyen Mahasiswa Negara
 
Dalam sidang akhbar pada petang 3 Julai 1999 bersempena dengan Konvensyen Mahasiswa Negara II, Presiden GAMIS yang bercakap mewakili seluruh pimpinan dan perwakilan kampus IPTA dan IPTS berkata, "JIKA  SEKIRANYA KERAJAAN MEMBERIKAN KEIZINAN UNTUK KAMI MENGGUNAKAN STADIUM BUKIT JALIL UNTUK MENGADAKAN PERHIMPUNANN MAHASISWA, KAMI PASTI STADIUM ITU AKAN DIPENUHI. KAMI YAKIN KAMI MAMPU UNTUK MENGUMPULKAN MAHASISWA YANG CINTAKAN KEADILAN BAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA KAMI MEWAKILI SUARA MAJORITI MAHASISWA".

Kenyataan itu dikeluarkan bilamana seringkali kerajaan mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan pelajar ini, bahawa kononnya suara mereka bukanlah mewakili golongan majoriti mahasiswa, tetapi hanya mewakili sebilangan kecil mahasiswa semata-mata.

Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang dianggotai oleh Presiden-presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semua kampus juga telah menyatakan pendirian mereka, bahawa "KAMI HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP PIMPINAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG". Suara mereka, suara keramat. Mereka adalah pimpinan tertinggi kampus! Mereka dipilih oleh mahasiswa di kampus mereka! - Melalui pilihanraya yang BERSIH, tanpa berlakunya pertindanan nombor kad matriks dan seumpamanya ...-

Satu resolusi telah dikeluarkan pada akhir KONVENSYEN MAHASISWA NEGARA II ini, dan pihak berwajib seharusnya mengambil berat tentang apa yang tertera di atas kertas resolusi tersebut.