Strategi Sulit 25 Tektik Kotor BN
Wed Mar 3 1999

Saya telah dimaklumkan oleh orang tertentu bahawa terdapat beberapa stategi sulit BN akan dibuat dan akan dilaksanakan dalam pilihanraya akan datang.
Antaranya:

1. Memang betul kemungkinan penggunaan internet akan disekat dengan alasan kerja-kerja untuk upgrade sistem akan dilakukan oleh Telekom. Pengunjung dan penulis RN akan di “monitor.”

2. Gambar DSAI melakukan sesuatu (mungkin berkaitan seks) akan disiarkan dalam TV dan juga suratkhabar. Tektik yang sama digunakan semasa Tengku Razaleigh memakai tengkolok berlambang salib semasa pilihanraya dulu, Semua  gambar bersabit DSAI terutamanya dengan wanita akan diedarkan.

3. Senarai jumlah saham yang diberikan oleh DSAI kepada rakan-rakan mereka akan didedahkan.

4. Ucapan DSAI semasa menentang UMNO (sebelum DSAI aktif dalam UMNO) akan disebarkan kepada ahli-ahli UMNO.

5. Beberapa orang tertentu yang pernah menyokong DSAI akan membuat pengisytiharan terbuka menyokong Mahathir.

6. Propaganda atau kempen menakutkan rakyat iaitu kekalahan UMNO bermakna kuasa Melayu akan hilang untuk digunakan sepanjang ceramah atau kempen UMNO.

7. Propaganda menakutkan rakyat tentang DAP adalah parti perkauman dan PAS  pula adalah parti pelampau agama. BN akan gunakan isu ini. Apabila  berhadapan dengan  orang Melayu, BN akan hentam DAP; apabila dengan orang Cina/India, BN akan hentam PAS.

8. Usaha akan dibuat bagi melaga-lagakan pemimpin/penyokong dari kalangan parti DAP dan PAS supaya kerjasama mereka tidak akan berjaya. Usaha memujuk dan menghasut pemimpin PAS dan DAP akan dibuat sepanjang masa supaya mereka
berpecah sesama sendiri. Dalam pada itu BN akan mengarahkan pemimpin  berkenaan supaya bertanding atas tiket bebas sebagai protes kepada parti masing-masing.

9. BN akan mempertimbang dan melaksanakan semua permohonan/permintaan atau sebarang usul dari CA/GERAKAN/MIC dalam soal tawar-menwar sama ada dari segi pendidikan, ekonomi dan lain-lain.

10. Kemungkinan besar bonus akan dibayar disamping mempertimbangkan kerja lima hari seminggu.

11. TV dan suratkhabar akan menyiarkan propaganda BN/UMNO secara lebih meluas.

12. Pengundi hantu akan digunakan d kawasan yang dikenalpasti.

13. Pengundi tentera akan diarahkan supaya MESTI pangkah BN.

14. Kes bekas Ketua Polis Rahim Nor memukul DSAI akan dibicarakan segera. Rahim akan dijatuhkan hukuman bagi membuktikan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang adil dan telus. Dalam pada itu DSAI akan dihukum penjara. BN akan mengatakan undang-undang di Malaysia adalah adil. Mereka yang bersalah tetap dihukum tanpa memilih bulu.

15. Semua kakitangan kerajaan dan swasta akan diugut dan pastikan mereka penyokong BN. Ugutan tukar tempat kerja atau dibuang kerja akan dibuat oleh bos masing-masing.

16. Propaganda mengatakan sekiranya BN tewas bermakna huru-hara atau rusuhan akan berlaku dnegan tujuan menakut atau mengugut rakyat supaya jangan undi pembangkang.

17. Beberapa orangbtokoh agama dari luar dan dalam negeri akan berkempen bagi pihak UMNO.

18. Ceramah tertutup secara kumpulan akan dibuat oleh BN/UMNO. Ceramah itu nanti akan diberitahu tentang salah-laku DSAI dan kesan kepada orang Melayu sekiranya BN tewas.

19. Mereka memaklumkan bahawa Mahathir akan letak jawatan apabila mandat  baru BN diterima. Mahathir akan serah jawatan PM secara aman kepada penggantinya. Apa yang mereka mahu ialah supaya BN tetap menang dulu baru Mahathir berhenti.

20. Projek anak angkat/ibu angkat akan dibuat di kawasan yang dikenalpasti. Orang tua yang mendapat kebijikan akan diugut supya undi BN.

21. Memaklumkan kepada orang kampun jangan mengundi pembangkang kerana kertas undi mereka akan diketahui oleh kerajanaan. Ugutan menakutkan orang kampung.

22. Kempen kalau nak marah Mahathir pun jangan sampai UMNO hancur. Kalahkan Mahathir dan orang tertentu sahaja. Tetapi calon si fulan dan si fulan mesti diberi kemenangan (maksudnya pilih BN). Strategi ini digunakan sekiranya majoriti rakyat bosan dan bencikan Mahathir.

23. Jangan kerana Mahathir seorang kita sanggup hancurkan UMNO. Cuba kenangkan jasa Mahathir yang banyak berjasa kepada negera Malaysia sehingga terkenal ke seluruh dunia,

24. Sebanarnya DSAI tidak sabr jadi PM sehingga DSAI sanggup nak lawan Mahathir sedangkan Mahathirlah yang membawa masuk DSAI ke dalam UMNO.

25. DSAI adalah alat barat sedangkan Mahathir anti-barat. Kekalahan BN bermakna Malaysia akan dijajah dan tunduk kepada barat.

(sebahagian daripada senarai ini telah dan sedang dilaksanakan oleh UMNO-BN).

Jangan tunggu lagi. Kempen sudah bermula.