Astora Mu Jago Molek!
 
Tektik basi Utusan Meloya -- tajuk lain, isi lain.

Tajuknya kata 'Shahnon minta maaf', tapi isinya kata Shahnon minta maaf KALAU Mahadey tersinggung dengan tulisannya. Ada beza besor tu.

Yang kelakornya, kartun lucah kat bawah tu pun kata, Shahnon dah minta maaf kat Mahadey (TANPA syarat).

Korang penulis lucah ingat Shahnon tu macam Zahid Hamidi ke, boleh mintak maaf macam kaki dayus? Pii rah mabuk!

Lepas tu dia nak kaitkan dengan 'arahan Anwar', kununnya Anwar yang suruh Shahnon tulis buku SHIT. Pandailah korang nak samakan dengan pengakuan taubat si Zahid tu, kununnya Anwar jugaklah yang suruh dia expose KKN dalam BN. Memang, seboleh-bolehnya nama Anwar musti dilibatkan sama, padahal Anwar cuma kata pada Shahnon (seperti laporan utusan meloya tu), 'tulislah apa saja'.

Lepas tu, Astora Jubok pulak kata macam biasalah. Ulamak PAS tak guna, suka kata kat ulamak UMNO. Bukan macam ulamak UMNO, baik, tak kata kat ulamak PAS.

Ulamak UMNO nak kata apa lagi pada ulamak PAS, sebab memang ulamak UMNO tu sedar diri mereka tu berdosa bersekongkol dengan pemerintah yang zalim. Tetapi mereka masih tak mahu korbankan harta benda duniawi yang sikit Itu. Kalau ada pun yang dah sedar, semuanya dah masuk PAS dan keADILan.

Hadith tentang janggut Nabi SAW tu 'hadith yang sangat lemah', kata si Jubok pulak. Cuma dia tak boleh buktikan sebab apa dia kata hadith tu 'sangat lemah', itu saja. Kalau betul, silalah buktikan, wahai si Jubuk. Aku nok mu kemukakan bukti minggu depan jugok. Aku kenal mu, kito pernoh make semejo. Tapi kemudian aku boikot mu sekali dengan rakan-rakan student Malaysia yang lain sebab tulisan-tulisanmu yang biadab itu. Mu jago molek, Stora. Kalau BA menang kali ni, kito pakat
hantar mu gi balik Patani. Biar kerajaan Siam bedil mu pulok.

Salam,

HC