Kepada Barisan Alternatif: Strategi Kempen Pilihanraya
 
Assalamualaikum, w.r.t.

Memandangkan sudah ada gambaran oleh Mamak Situa Bangka itu bahawa kempen pilihanraya yang dibenarkan adalah pendek sahaja, maka kempen intensif perlu diadakan dari sekarang. Saya cadangkan beberapa strategi yang mungkin boleh difikirkan bersama:

1) Kumpulan Sasaran

Pengundi terbesar adalah penduduk luar bandar. Wanita merupakan  kumpulan pengundi yang terbesar (lebih kurang 51 peratus). Bagi golongan wanita muda saya rasa mereka cenderung kepada Barisan Alternatif (BA). Tapi golongan tua masih ramai yang taksub kepada UMNO. Ibu mertua saya sendiri, walaupun faham kezaliman Mamak itu masih juga sayang pada si tua bangka itu. Mungkin sentimental value orang tua-tua.

2) Mainkan Isu Sama Berulang Kali

Cuba bincangkan sesama penceramah tentang isu-isu yang menyentuh perasaan, terutamanya kaum-kaum ibu. Misalnya isu anak dara mereka  sebab BN tak sedia kerja di kampung, bila datang kerja kilang di bandar terlibat dengan gejala sosial, kisah-kisah gadis kampung murtad sebab BN tak ambil pusing didikan agama, etc. Pada isu-isu yang dipersetujui, minta setiap penceramah ulanginya setiap kali  mengadakan ceramah walau di mana pun, sehinggalah pilihan raya. Ini perlu dilakukan sebelum isu-isu lain diutarakan. Cara ini akan  memberi kesan dan membuatkan para pendengar lebih faham. Jika isu-isu berlainan dibawa (seperti sekarang) pada setiap sesi ceramah walaupun oleh penceramah yang sama, bukan memberi kefahaman tapi akan menambahkan lagi kekeliruan orang-orang kampung. Mamak itu sangat percaya bahawa isu bohong/ fitnah pun bila dimainkan berkali-kali akhirnya orang akan  mempercayainya. Apa lagi kalau perkara benar.

3) Penggunaan Bahasa

Gunakan bahasa-bahasa yang mudah. Misalnya gantikan kronisme kpd Budaya  Suku-Sakat/Anak Beranak/Waris; Nepotisme- Pilih Bulu; Kospirasi- Pakatan Jahat. Bahasa yang bersesuaian perlu digunakan mengikut daerah dan negeri
berkenaan.Kalau guna bahasa Inggeris celup Melayu itu, orang kampung susah nak faham.

4) Penggunaan Gambar-gambar Relevan

Semasa ceramah, sebar gambar-gambar bersesuaian dengan isu yang dibentangkan supaya menambah kefahaman pendengar. Misalnya gambar mahligai PM, Gambar Merobohkan Setinggan, Gambar perampasan tanah oleh BN.Sebarkan juga keratan-
keratan akhbar yang menunjukkan sama ada kata-kata atau perbuatan pemimpin BN menghina agama, orang-orang miskin, dan wanita. Cara ini akan memberi ingatan yang lebih lama kepada orang-orang kampung.

5) Hari Mengundi

Pastikan kenderaan parti-parti pembangkang mengangkut pengundi dari tangga rumah lagi. Pastikan generasi muda yang berkenderaan mengangkut ibu-bapa mereka untuk mengundi, dan pastikan mereka memangkah parti-parti alternatif. Taktik
ini sudah lama dipraktikkan oleh BN dan sangat berkesan kerana orang Melayu mudah terhutang budi, terutamanya budi yang baru ditaburkan. Jika BN bagi apa-apa rasuah, mesti  ambil sebab itu adalah hak rakyat semua (pembayar cukai sama ada
langsung atau tak langsung), tapi jangan pangkah BN. Ini perlu diberitahu kepada orang-orang tua kita- ambik barang yang diberi juak-juak BN, tapi pangkah pembangkang. Orang Kelantan dah lama buat cara ini, sebab tulah BN habis banyak duit di
Kelantan (termasuk yang dibaham oleh juak-juak UMNO), tetapi BN tetap kalah.

Mungkin kawan-kawan reformasi boleh kemukakan beberapa cadangan tambahan lagi.

Pengundi PAS.