Tarikh pilihanraya....
 
Assalamualaikum,
 
Saudara mahazalim  pada pendapat saya pilihanraya akan diadakan pada bulan September kerana...
 
1. Pihak IPTA dan IPTS telah diarahkan mengendalikan dan mengadakan peperiksaan semester pada bulan September. Ini kerana "ketakutan"  SHIT@PM terhadap kebangkitan pelajar-pelajar universiti dan pensyarah-pensyarah universiti terhadap gerakan reformasi. Dengan mengadakan pilihanraya pada bulan September nanti samalah seperti pilihanraya 1995 dimana ia diadakan sewaktu umat islam berada Tanah Suci menunaikan fardi haji.

2. Kerajaan telah merancang mengkorporatkan (?keparat) seluruh klinik dan hospital kerajaan yang akan diserahkan secara direct tender kepada anak syarikat Tongkah Medivest (syarikat mili Mirzan) pada 1 Januari 2000 (saya seorang doktor kerajaan dan perkara ini dipastikan dari pengarah hospital saya). Maka dengan apa cara sekalipun Shit@PM mesti memenangi pilihanraya sebelum Januari 2000 supaya kontrak penkorporatan dapat ditandatangani dan dilaksanakan.

3. Pada bulan September juga guru-guru sekolah yang rata-rata anti Mahathir sibuk dalam persediaan menghadapi peperiksaan PMR, SPM & STPM maka dengan itu penentang-penentang tak akan balik ke kampung untuk bercuti. Kebetulan waktu itu bukan cuti sekolah.
 
Sebenarnya kerajaan BN tahu bahawa mereka MUSTAHIL untuk menang di Kelantan. MAhathir juga tahu Ku Li pengancam beliau di peringkat pusat. Sebab itu startegi beliau adalah mambawa orang dari negeri kurang pengaruh ke pusat dan menteri ke peringkat negeri. Antara perancangan PM@SHIT adalah a. Melantik Najib yang tinggi populariti sebagai MB Pahang supaya penyokong Abdullah Badawi yang lemah tak menentang beliau.b. Menghantar Ku Li ke Kelantan kerana tidak mahu populariti beliau  meneggelamkan kekuasaan beliau. SHIT@PM sebenarnya menjadikan jawatan beliau sebagai jalan untuk mencapai "mimpi" beliau menjadi kenyataan bukan untuk pembangunan bangsa & negara. Propaganda dalam media masa hanya untuk rakyat Malaysia diluar KELANTAN.
 
Suatu seruan buat penyokong parti alternatif (PAS, KeADILan,PRM,DAP) mengibarkan BENDERA MALAYSIA di pancang sama dengan bendera PAS/KeADILan/PRM/DAP sebagai membuktikan bahawa kita sebenarnya tidak didalangi pihak luar bahkan sama-sama cinta dan mempertahankan negara.........Ini akan menutup terus peluang parti barisan tahik menghentam parti alternatif
 
Semoga dapat disiasat dan disebarkan kepada semua jika kebenaran perkara ini terbukti supaya pastikan kerajaan mahazalim ditumbangkan!!!!