9/9/99 PARLIMEN AKAN DIBUBAR????

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan peminat setia laman ini. Kebanyakan daripada artikel di dalam laman ini saya baca dan ada antaranya yang saya print dan saya edarkan kepada saudara mara saya demi menyokong perjuangan yang belum selesai ini.

Petang semalam rumah saya telah diziarah oleh seorang bapa saudara saya sebelah emak. Beliau datang bersama-sama isterinya dan opah saya. Beliau merupakan pegawai di jabatan penerangan di sini.

Pada masa itu saya tiada dirumah. Selepas saya balik ke rumah  emak saya menceritakan tentang hal yang diberitahu oleh bapa saudara saya itu. Beliau menyatakan yang parlimen akan dibubarkan pada 9/9/99. Selain itu beliau juga ada menyatakan bahawa waktu berkempen cuma seminggu dari tarikh berkenaan.

Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa tarikh pengundian dijalankan adalah samada pada 16, 17 atau 18 September 1999. Selamat berjuang. Semoga Barisan Alternatif beroleh kemenangan. Amin.....

24/6/99  rikel nawaitis