Jangan Undi Malaun-Malaun Ini

Wahai bangsaku yang dihormati
Masa mengundi fikirlah dengan teliti
Buangkan mereka ini tunggu apa lagi
Agar tidak sengsara masa depan anak cucu nanti

Mahataik gelaran diberi
Paling dajal antara semua menteri
Penipu, penyamun dan tukang fitnah yang busuk hati
Islam dicerca dan rakyat ditindas hingga tak bersuara lagi

Dollah JE jaga hal ehwal dalam negeri
Jawatan penting pengerusi tembak babi
Ingatkan dia ni betul-betullah bersih dan baik hati
Rupa-rupanya lebih busuk dari najis babi

Daim Qarun, bapak banjingan  di zaman ini
Duit, duit, duit, itu saja yang dia hajati
Rakyat menderita dia kata apa aku peduli
Asalkan kenyang perut sendiri dan kroni

Najib glamour suka artis sensasi
Dasar pelajarannya menyakitkan hati
Ayahnya pembela  bangsa Melayu yang sejati
Kerana harta menteri inilah penjahanam bangsa sendiri

Menteri betina becok macam murai
Dengan Mahataik, khabarnya maruah dah digadai
Sudah kaya raya rakyat disuruh bergolok bergadai
Kerana rasuah di BPR nama dia telah tersenarai

Hamid Haman menteri ugama yang pokai
Tak simpan janggut tapi simpan misai
Tentang ugama nasihat ulamak dia tak pakai
Kerana nak ampu bos sanggup maruah ugama digadai

Dengan bekas menteri Melaka jaga-jagalah saudari        Dia ini anak
angkat kesayangan Mahataik punya bini
Pantang tengok wajah perempuan yang berseri-seri
Semuanya nak diratah tak kira tua atau anak dara sunti

Menteri kelapa muda namanya Sanusi
Idea bodoh dan bangangnya terus menjadi-jadi
Memfitnah 'Hero Rakyat' tak nak henti-henti
Untuk mengampu Mahataik yang busuk hati

Menteri ini terkenal sebagai taukey babi
Orangnya pendek tapi perangainya mengalahkan hantu tinggi
Tanah simpanan Melayu dikebasnya di sana sini
Sebagai ladang babinya yang kotorkan Sungai Linggi

Megat samseng menteri tahi judi
Kaki rasuah dan betina sudah diketahui
Semua harga barang naik masa dia jadi menteri
Rakyat hidup menderita, dia joli sana-sini

Yusuf Yes nama diberi
Ulamak UMNO yang busuk hati
Duit Baitulmal habis dia bawa lari
Tak sedarkah kamu bahawa kita semua akan mati

Ibrahim 'katak puru' Al-Kataki
Suka melompat dari parti ke parti
IQ nya rendah tapi boleh jadi menteri
Kerana sanggup jilat bontot Perdana Menteri

Samy 'tol'-lol tak sedar diri
Sombong kerana bos ada di sisi
Buat lebuhraya  agendanya dan kroni
Bolehlah kebas rasuah dari kanan dan kiri

Ling 'Lion Sick' diam-diam berisi
Anaknya kaya mengalahkan saudagar Saudi
Macamana boleh jadi begini
Kalau tidak kerana rasuah di sana sini

Siapa tak kenal nama Ku Li
Masa tersepit orang PAS yang dicari
Skandal BMF siapalah lagi
Kalau tidak Mahataik dan Ku Li

Chua 'Jin' Meng menteri penyakit sensasi
Denggi, Koksaki, JE dan macam-macam lagi
Rakyat  sakit, dalam otaknya duit saja yang diingati
Swastakan hospital untuk cepat memperkayakan diri

Mustapa bahlol Mahataik dan Daim punya kuli
Buat kerja fitnah sampai ke luar negeri
Hero rakyat dipenjara dia gembira sekali
Kerana rasuahnya tak boleh dibongkar lagi

Timbalan menteri kaki tonggang todi
Idea-idea bangangnya tak pernah menjadi
Ayahnya tegas yang mempunyai prinsip sejati
Dia ini pengampu pengecut yang tak ada maruah diri

Menteri besar ini tinggal di utara negeri
Mengutuk ulamak dalam hal mengerjakan haji
Pasal rasuah jangan ditanya lagi
Kalau diminta hadiri meeting, RM100 ribu mesti diberi

Dari guru boleh jadi menteri
Duit rakyat dikebas untuk beli harta di luar negeri
Tertangkap di airport kerana berjuta-juta duit nak dibawa lari
Terpaksalah letak jawatan tapi khabarnya nak bergiat lagi

Lagak menteri besar ini, pijak semut pun tak mati
Bila dia berkuasa macam-macam masalah rakyat hadapi
Air dicatu, rumah setinggan diroboh dan penghuninya dihalau pergi
Tapi dia gunakan duit rakyat berjuta-juta untuk ubahsuai rumah sendiri

Wahai bangsaku yang bijak bistari
Sebahagian cerita pemimpin BN (Barisan Najis) telah di beri
Yang lainnya saudara tentukanlah sendiri
Sebenarnya ramai lagi yang jual bangsa kerana nak kayakan diri

Wahai pemimpin BN yang sudah tiada maruah diri
Bertaubatlah dengan jenayah yang dibuat selama ini
Pangkat dan kekayaan takkan dibawa mati
Tak lama lagi, tentunya rumah kata pergi, kubur kata mari…

Anjang Atok