KESIHATAN DSAI MEMBIMBANGKAN!!

Jika anda perhatikan wajah terkini DSAI yang disiarkan dalam laman reformasi, anda pasti akan ternampak sesuatu perubahan pada wajah pemimpin kesayangan rakyat. Berita terkini yang diterima dari Kementerian Kesihatan, sumber yang boleh dipercayai melapurkan bahawa kesihatan  DSAI, yang telah dizalimi dan difitnah oleh satu konspirasi politik yang amat kejam, agak membimbangkan. Dikhabarkan rambut DSAI telah mula gugur dengan banyaknya semasa dalam tahanan!!

Mengikut pakar pakar kesihatan, pengguguran rambut DSAI boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan faktor faktor yang penting ialah pertama, tekanan yang sedang dihadapi oleh DSAI. Tekanan ini boleh disebabkan oleh pancaroba dan rintangan yang sedang dialami oleh DSAI. Tempat tinggal berseorangan yang kecil dan terpencil tanpa dibenarkan berinteraksi dengan orang orang lain, satu tektik kejam  yang disengajakan, merupakan satu tekanan yang boleh mengakibatkan rambut DSAI gugur.

Kedua, kemungkinan besar, satu konspirasi ‘meracun’ DSAI telah dilakukan. Sebagai contoh, ini boleh dilaksanakan melalui bahan bahan pengecat dinding di bilik DSAI yang boleh mengeluarkan gas gas beracun tertentu yang apabila dihidu berterusan boleh memudaratkan kesihatan DSAI. Satu lagi cara ialah dengan menyuntik bahan bahan beracun dalam makanan atau minuman DSAI. Pernah tersiar pada satu ketika dulu, dalam salah satu laman reformasi bahawa tektik tektik seperti ini mungkin dijalankan untuk membunuh DSAI!! Jika boleh,  siarkan kembali artikel tersebut!!

Ketiga, kemungkinan besar juga, DSAI telah disuntik dengan virus HIV semasa dia dalam tahanan. Ini memang mudah dilakukan kerana semasa DSAI tidak sedar diri dulu setelah dibelasah oleh Rahim Nor si kaki pukul, suntikan tersebut dengan diam diam boleh dilakukan!! Adalah diharapkan, sebelum DSAI ditahan dulu, contoh contoh darah DSAI telah diambil dan diuji untuk HIV dan rekodnya disimpan untuk digunakan kelak jika sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap DSAI!

Keempat, ada kemungkinan bahawa semasa menerima rawatan rawatan di hospital, DSAI telah diberi ubat ubat tertentu atau medikasi yang ‘overdose’ yang boleh mengakibatkan rambut DSAI gugur dengan banyaknya. Bukankah rancangan terkutuk ini khususnya suntikan dengan HIV virus merupakan rancangan awal mereka dulu tapi dinafikan oleh para konspirators termasuk Rahim Noor yang pada mulanya, berbohong bahawa beliau telah mengasari dan membelasah  DSAI semasa DSAI dalam tahanan?? Cuba kaitkan satu persatu cerita cerita sedemikian, maka makin jelaslah kemungkinan perkara seperti ini boleh berlaku!! Dalam keadaan sekarang di mana Mahathir dan para konspirators sudah TERSEPIT dan DESPERATE, mereka akan lakukan apa saja!! Mari kita  bongkarkan segala kerja kerja terkutuk Mahathir dan para konspirators ni!!

Amat jelas sekarang, para konspirators tak henti henti nak hapuskan DSAI! Faktor DSAI ternyata menghantui Mahathir, Daim dan para konspirators! Segala program dan agenda mereka terbantut selagi DSAI masih bernyawa dan dapat bersuara!! Lagi pun, DSAI sendiri pernah berkata bahawa beliau mempunyai banyak lagi maklumat maklumat dan bukti bukti yang akan beliau dedahkan!! Kita masih ingat pada satu ketika  dulu,  AZIZ Shamsuddin pernah berkata bahawa dia sanggup membunuh DSAI! Dr Mahathir sendiri pernah berkata sebelum perhimpunan UMNO baru baru ini bahawa kes DSAI AKAN MENJADI SEJARAH. APAKAH MAKNA KATA KATA MAHATHIR NI???

Patutkah kita berdiam diri melihat segala kekejaman yang sedang menimpa DSAI sekarang setelah beliau sanggup mengorbankan nyawa, pangkat dan kedudukan semata mata untuk menegakkan kebenaran dan menentang segala bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa?? Adakah kita ni BACUL?? Patutkah kita mendesak badan badan antarabangsa untuk meninjau dan mengkaji keadaan DSAI semasa dalam tahanan  sekarang? Patutkah kita membiarkan pemimpin kesayangan rakyat dilayan sedemikian setelah dijatuhkan hukuman bersalah oleh satu skima fitnah yang sungguh tragis yang dilakukan oleh orang orang yang tidak berhati perut dan yang sudah hilang pedoman??

Sanggupkah kita mengorbankan seorang pejuang tanpa melakukan sesuatu tindakan pencegahan?? Apa erti perjuangan jika kita berdiam diri dan sanggup melihat salahlaku dan penganiayaan demi penganiayaan di lakukan terhadap DSAI tanpa kita melakukan sesuatu!! Bayangkanlah betapa siksanya isteri dan anak anak yang kehilangan ayah yang tidak berdosa!! Bangunlah wahai pejuang pejuang sekelian….Marilah kita mendoakan agar Allah swt memeliharai keselamatan dan kesihatan DSAI!! Berdoalah!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR! 

ANTI KEZALIMAN