PELAJAR MELAYU TIDAK MEMINATI BIDANG KEDOKTORAN??

Dalam Utusan 1 Julai, Mahathir ada berkata bahawa pelajar pelajar Melayu tidak meminati bidang kedoktoran kerana tempoh pengajiannya yang terlalu lama dan amat sukar. Betul kah alasan yang diberi oleh Dr Mahathir ni? Betulkah pelajar pelajar Melayu tak meminati pengajian kedoktoran?

Dari segi tempoh pengajian, memanglah pengajian ni memakan masa yang agak lama tapi dari segi kesukaran, pengajian ini tidaklah begitu sukar jika seseorang pelajar tu serius menumpukan pada pelajaran. Di antara sebab utama mengapa pelajar pelajar Melayu tidak meminati pengajian ini ialah ganjaran setelah tamat pengajian yang tidak setimpal dengan usaha usaha . Bayangkanlah setelah bertungkus lumus belajar, kami dibebankan dengan terlalu banyak kerja dan kerjanya pula ‘can be at odd hours’!

Jika dibandingkan dengan rakan rakan lain yang mengambil jurusan yang lebih mudah, gaji yang diterima oleh doktor doktor yang berkhidmat dengan kerajaan, mencukupi hanya untuk membayar sewa rumah dan menyara hidup!! Jika dibandingkan dengan kroni kroni yang sudah menjadi jutawan dengan berbekalkan BA atau B.ECONS sahaja, tiada bandingan langsung! Bisnes sana bisnes sini dengan berkereta mewah! Berfoya foya pula di kelab kelab malam dan karaoke karaoke! Ada yang tidak berijazah seperti Azizan, seorang bekas pemandu pun boleh jadi pengarah syarikat! Ada pula yang hanya mempunyai diploma saja yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam atau ke universiti pun boleh jadi jutawan!! Tak payah belajar teruk teruk macam kami!!

Peluang peluang kenaikan pangkat untuk kami pun tidaklah semudah yang dijangkakan! Tidak ada insentif. Peluang naik pangkat bagi pentadbir pun lebih cerah dari kami walhal kami ialah golongan yang lebih bijak semasa di bangku sekolah dulu!! Setelah tamat pengajian dan bekerja di hospital, oleh kerana gaji kami rendah, rakan rakan yang bekerja dalam bidang bidang lain, langsung tidak pandang pada kami!! Kami dipandang rendah! Glamour aja jadi doktor tapi poket kosong!

Maka tak hairanlah, jika pelatih pelatih doktor yang bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan kosnya yang tinggi, terpaksa menyewa rumah setinggan dan pergi ke hospital menaiki bas!! Nak buat macam mana, gaji terlalu rendah!! Inilah penderitaan kami. It’s a noble profession tapi ganjaran dan peluang kenaikkan pangkat tak setimpal dengan usaha usaha kami! Walaupun sudah banyak kali disuarakan, namun tidak lagi nampak banyak perubahan seolah olah kerajaan sekarang tidak prihatin dengan kesengsaraan doktor doktor macam kami!

Kerajaan  sibuk menaikkan gaji guru guru, pencen pesara pesara pun dinaikkan  tapi kepentingan doktor doktor yang bertungkuslumus siang dan malam, langsung tidak dihiraukan. Seolah olah menunggu durian yang tidak akan runtuh!! Bukalah peluang untuk kami naik pangkat dan kami tidak akan tinggalkan perkhidmatan kerajaan!! Berilah kemudahan dan insentif yang setimpal dengan kebijaksanaan dan usaha usaha kami. Janganlah asik berpesan supaya kami jangan terlalu menghiraukan sangat soal gaji manakala kami asik melihat orang orang macam Kadir Jasin atau Zainuddin Maidin  menjadi super jutawan tanpa kredentials yang meyakinkan!! Kerja mereka membodek dan mengampu!!

Disebabkan inilah, hampir 100 peratus doktor doktor kerajaan menyokong REFORMASI. Lagi pun dari pemeriksaan pemeriksaan dan ujian ujian yang dijalankan oleh rakan rakan kami, memang jelas DSAI tidak bersalah di atas  tuduhan tuduhan terhadapnya. TIADA BUKTI KUKUH! FITNAH BELAKA yang dilakukan oleh seorang doktor macam kami yang memalukan profesyen kami!! Kami mengharapkan  kerajaan baru akan dapat membawa perubahan pada perkhidmatan kami?? Insyaallah!!

REFORMASI! REFORMASI!!REFORMASI!!

DOKTOR DOKTOR KERAJAAN