TRACK RECORD UMNO DAN KERAJAAN!!

Bahan kempen. Cetak dan sebar
Di mana mana Pak Lah berceramah, kita akan mendengar beliau berpropagandakan  mengenai track record UMNO atau kerajaan. Jika di depan penyokong penyokong Melayu, Pak Lah akan membawa modal jasa jasa UMNO dan hanya UMNO saja yang boleh menjamin kesejahteraan orang orang Melayu. UMNO kata Pak Lah mempunyai track record memperjuang dan menjaga hak hak orang orang Melayu dan juga mempertahankan agama Islam!! Sambil itu, Pak Lah akan memperkecilkan kebolehan parti parti PAS atau KeADILan!! Biasalah tu!!

Di depan penyokong penyokong bukan Melayu pula, Pak Lah bernada lain dengan menyebut mengenai track record barisan nasional yang mampu menjamin stabiliti dan keamanan negara!! Sambil itu, seperti yang dijangkakan, Pak Lah akan memperkecilkan kebolehan Barisan Alternatif. Inilah rupa propaganda dan indoktrinasi yang Pak Lah cuba tekankan!

Rakyat di zaman sekarang  tak mudah diperdayakan. Bukan macam tahun enam atau tujuh puluhan, cakap macam Pak Lah ni boleh diterima bulat bulat! Takkanlah Pak Lah ingat rakyat nak menilai track record yang baik aja. Rakyat dah bijak menilai. Dari segi track record, rakyat pun tahu mana mana parti yang memerintah baik PAS atau KeADILan, parti parti ini sudah pasti bertanggungjawab menjaga kepentingan orang orang Melayu dan juga  agama Islam. Kalau ini tidak dilaksanakan dengan baik, dah lama UMNO diterajang oleh pengundi pengundi Melayu!!

Lebih pada itu, parti parti PAS atau KeADILan akan bersikap adil dan saksama kepada semua kaum seperti yang dituntut oleh agama Islam yang suci jika diberi peluang memerintah!! Parti parti ini tidak akan melakukan kerja kerja yang keji seperti memfitnah, berlaku zalim, rasuah, atau menjaga kepentingan kepentingan hanya anak pinak, menantu dan kroni kroni seperti yang diamalkan oleh UMNO di bawah pimpinan Dr Mahathir!. Tengok Kelantan di bawah pemerintahan PAS, aman damai dan tiada tanda tanda gawat pun!! Rakyat berbilang kaum hidup dengan harmonis di Kelantan kerana PAS tidak memainkan isu perkauman!! Kalau nak menang, parti mana yang nak ikut rentak kotor dan bodoh UMNO/BN ni??

UMNO tidak jujur, mengamalkan budaya ugut menguggut dan cuba menakut nakutkan rakyat berbilang bangsa dengan isu isu perkauman dan cerita cerita mengenai rusuhan kaum. UMNO boleh survive selama ini dengan track recordnya menakut nakutkan rakyat berbilang kaum!! Di depan Melayu di cakap lain, didepan bukan Melayu dicakap lain! Nak buat ceramah pun ceramah tertutup kerana nak cakap pasal isu isu perkauman!! Kursus BTN pun berbau perkauman!

UMNO/BN di zaman Mahathir tak jujur dalam perjuangannya!! Mana nak jujur apabila kekayaan hanya memusat pada segelintir golongan yang ada ‘connections’. Samada anak pinak, menantu atau kroni kroni. Habis semua nak diswastakan dan yang dapat kontrak, siapa lagi kalau bukan anak pinak, menantu atau kroni.  Kalau ada kepakaran tak apa juga tapi semuanya dapat dengan jalan mudah dan bukan atas dasar merit atau keupayaan!! Yang sikit sikit tu  golongan terbanyak dapatlah tempiasnya!! Kepentingan rakyat terbanyak terpinggir!!

Disebabkan inilah ramai yang nak berdamping dekat dengan ahli ahli politik. Ramai yang mengejar jawatan jawatan. Ramai yang nak jadi Yang Berhormat kerana title title  ni datang dengan habuan habuan!! Sanggup bergaduh, sanggup mengguna ilmu hitam, sanggup membaling kerusi semasa mesyuarat. Sanggup ampu mengampu!! Ini budaya apa namanya?? Inilah track record UMNO yang baik!!

Track record UMNO/BN dizaman Mahathir bukannya baik sangat. Tengok kes DSAI, macam mana beliau dipecat, difitnah, dizalimi dan diaibkan. Tengok tingkahlaku polis dan mahkamah kita. Seorang tahanan dipukul oleh KETUA POLIS NEGARA semasa beliau digari dan matanya ditutup dalam tahanan dan KPN ini masih bebas walaupun ternyata dialah yang memukul!! Polis terlibat dengan kes kes merogol atau merompak juga ialah track record yang baik?  Pada UMNO/BN ini semua trek rekod yang baik??

Pada pandangan majoriti rakyat, track record UMBO/BN di zaman Mahathir amat keji kerana sanggup menggunakan media media massa milik mereka memutarbelitkan fakta fakta yang bertujuan untuk menipu dan memperdayakan rakyat jelata. Ini sungguh kejam kerana minda rakyat nak DIJAJAHNYA melalui manipulasi dan putarbelit sehingga minda rakyat terasa dihina!! Rakyat kehausan berita berita dan fakta fakta yang tepat dan benar! Tidak pernah dalam sejarah negara, majoriti rakyat mempertikaikan segala maklumat yang dibekalkan oleh UMNO/BN. Bukankah ini satu  KRISIS KEYAKINAN?

Seorang pemimpin,  bekas ketua menteri merogol seorang gadis bawah umur tapi orang yang membela gadis tersebut dimasukkan dalam penjara dan gadis tersebut di masukkan dalam rumah akhlak sementara pemimpin berkenaan diBEBASkan! Dah KEBAS anak orang boleh BEBAS! Pada UMNO ini sudah tentu rekod yang baik kerana pemimpin tersebut boleh dibebaskan!! Masih lagi dibenarkan aktif dalam politik walaupun semua orang tahu REKOD pemimpin ni yang kaki perempuan!!

Seorang pemimpin, bekas menteri besar pula membawa lari puteri raja dan naik sampan berkahwin di Siam! Punya tak senonohnya! Satu lagi budaya tak senonoh yang ditunjuk oleh pemimpin UMNO! Dah pula tu, macam budaya UMNO pula,  boleh bohong kat sultan!!! Tak tuanku, tak tuanku patik tak kahwin dengan anak tuanku tapi tiba tiba, tuanku murka apabila dengar dapat cucu baru!!! Dah syok sekejap, diceraikan anak raja! Pemimpin ini juga yang ditangkap dengan berjuta juta wang di Australia! Macam mana boleh kumpul wang sebanyak tu? Dari mana dia dapat wang tersebut?? Dah pulak tu, dengar dengar nak kembali aktif dalam politik!! Bagus betul trek rekod UMNO ni kerana orang yang bermasalah pun, masih diberi ruang untuk kembali aktif dalam politik???

Seorang pemimpin UMNO yang kini menjadi menteri penuh pernah dikaitkan terlibat dengan satu pembunuhan seorang wanita  tapi kesnya samaada ditutup atau sehingga sekarang tidak selesai lagi! Menteri berkenaan pun dikhabarkan kaki perempuan dan suka berjudi dengan membuka KASINO di rumahnya!! Inilah track rekod  pemimpin pemimpin UMNO yang beragama Islam!

Dari segi kepentingan kepentingan orang Melayu pula, track record UMNO menunjukkan habis kepentingan kepentingan orang Melayu terhakis di zaman Mahathir! Tanah rizab Melayu jatuh ke tangan orang bukan Melayu berlaku berleluasa di zaman Mahathir! Sikit demi sikit, Melayu nak dijadikan  Red Indian di negara sendiri! Yang untung hanya segelintir kroni kroni dan yang menderita, rakyat terbanyak!! Anak anak Melayu yang berkebolehan kini susah nak dapat kemudahan melanjutkan pelajaran ke IPT. Akta pendidikan dipinda maka bercambahlah kolej kolej swasta dengan yurannya yang mahal. Tak mampu lagi orang orang kampung nak hantar anak anak mereka!!

Sawah sawah padi dan kebun kebun orang Melayu banyak terbiar tapi tak ada pun program program untuk membangunkan tanah tanah tersebut. Pemimpin pemimpin UMNO asik dengan projek projek mega dan raksasa tapi rakyat terbanyak termiskin di desa desa yang majoritinya Melayu, tidak diperdulikan.
Trek rekod UMNO sekarang ialah pemimpin pemimpin dan Yang Berhormat Yang Berhormatnya  lebih mementing kepentingan diri sendiri, perut sendiri dan kepentingan kepentingan anak pinak, menantu dan kroni kroni dan bukan kepentingan kepentingan rakyat terbanyak dan termiskin!!
 
Dari segi agama pula, hebat sungguh rekod UMNO. Ulama boleh dihina dan diperlekehkan oleh pemimpin tertinggi UMNO. Mufti pun boleh dipecat apabila membuat kenyataan yang tidak sedap didengar oleh pemimpin pemimpin UMNO walaupun kenyataan tersebut tidak bercanggah dengan ugama! Sunnah nabi pun boleh dijadikan bahan senda oleh pemimpin UMNO. Isu murtad pun tak dihiraukan oleh UMNO. Pemimpin pemimpin pun boleh membuat kenyataan yang mensesatkan umat umat Islam tanpa sebarang teguran oleh ulama ulama UMNO.  Maka tak hairanlah betapa gemilangnya track record UMNO dimana negara Islam seperti Malaysia  dikenali sebagai pengeskpot BABI terbesar dirantau Asia!! Hebat sungguh trek rekod UMNO!!

Janganlah nak hebohkan sangat trek rekod UMNO memberi peluang kepada anak anak Melayu mengikuti pelajaran tinggi atau menambahkan bilangan jutawan Melayu kerana ini satu kewajipan dan tanggungjawab mana mana parti yang dipilih oleh orang orang Melayu. Rakyat mempunyai KUASA memilih! Jangan nak cuba ugut orang orang Melayu, jangan nak cuba menakut nakutkan rakyat Malaysia. Kami pandailah menilai mana yang baik dan mana yang tak baik. Congak punya congak, kami membuat kesimpulan bahawa track record UMNO memang kurang baik di bawah pemerintahan Mahathir!! Banyak pekung dari  baik!! UMNO/BN perlu dirihatkan seketika untuk membersihkan dirinya  dan peluang di beri pula kepada BARISAN ALTERNATIF!!! TAK KENAL TAK CINTA DAH KENAL JATUH CINTA. CINTAILAH BARISAN ALTERNATIF!!!

ALLAHUAKBAR!  ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF