SATU LAGI PEMBAZIRAN DI ZAMAN MAHATHIR!!

Baru baru ini, kerajaan Malaysia telah mengundang sebilangan wartawan wartawan dari negara negara Afrika untuk melawat negara ini. Tujuannya tidak lain tak bukan, untuk memberi penerangan penerangan mengenai keadaan di negara ini dan betapa cunnya pimpinan Dr Mahathir.

Seperti yang dijangkakan, setelah dijaga dengan baik tetamu tetamu tersebut dengan layanan layanan yang first class, maka ditemuramahlah wartawan wartawan tertentu di hadapan kaca mata TV mengenai negara ini dan pimpinan Dr Mahathir. Apa lagi, setelah makan free, tiket kapal terbang pun free, dapat pula melihat negeri orang, wartawan wartawan tersebut pun pujilah Malaysia dan Dr Mahathir. Maka tercapailah matlamat Dr Mahathir dan juak juaknya. Tengok, rakyat negara asing pun boleh puji kita!!

Tidak lama dulu, sekumpulan wartawan wartawan dari negara negara Arab pun diundang ke negara ini. Mengikut pegawai pegawai MAS, semua kos wartawan wartawan ini ditanggung beres. Tapi setelah wartawan wartawan ni balik ke negara masing masing, tak pula kita dengar mereka menulis cerita cerita baik mengenai Malaysia ataupun kepimpinan Dr Mahathir! Kalau free, siapa tak mahu datang??

Entah berapakah belanja nak bawa wartawan wartawan macam ini datang ke Malaysia. Sudah tentu beratus ribu yang boleh membeli beberapa biji rumah kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah!! Ini semua tak heran. Yang lebih penting ialah imej Dr Mahathir mesti direpairkan di kaca mata dunia. Bukankah ini ternyata bahawa apabila beliau memecat DSAI, negara negara Arab dan Afrika tidak percaya lagi dengan Dr Mahathir?? Bukan imejnya di Malaysia aja hancur, di negara negara lain pun imejnya dah hancur.

Maka beratus ribu ringgit (mungkin makan juta juga) DUIT RAKYAT dihabiskan semata mata untuk merepair imejnya! Kononnya, nak beri gambaran yang benar mengenai negara kita tapi ada udang disebalik batu…Dr Mahathir terasa apabila dia berjumpa dengan pemimpin pemimpin negara lain di forum forum di luar negeri, bahawa dia seperti diPARIAHkan!! Maklumlah pada satu ketika dulu, dianggap WIRA DUNIA KETIGA tapi semenjak DSAI dipecatnya, Dr Mahathir dianggap PARIAH.

Jangan terperanjat jika menjelang pilihanraya nanti komen komen wartawan wartawan tersebut akan disiarkan dalam stesen stesen TV sebagai bahan kempen semata mata untuk memperdayakan rakyat jelata!!
Mengapa tak diundangnya wartawan wartawan dari Asia Tenggara atau dari negara negara Asia? Sekarang, mereka sedang berusaha pula untuk membawa wartawan wartawan dari Amerika Selatan! Wartawan wartawan dipilih dulu, ada screening  sebelum di bawa ke Malaysia!!! Satu lagi pembaziran duit rakyat!! Kan lebih baik didermakan duit tersebut untuk penghuni penghuni rumah setinggan supaya mereka boleh membeli rumah rumah kos murah???

EKSEKUTIF MAS