MAHATHIR CAKAP BERBELIT BELIT!!

Kata seorang wanita UMNO, Mahathir ni cakap berbelit belit. Dulu dia kata jika dia menerima signal yang rakyat tak mahu dia lagi, dia akan berundur tapi sekarang, lain pula dia cakap! Satu negara ingat lagi apa yang Mahathir cakapkan dulu dan satu negara juga dengar apa yang dikatakan baru baru ini! Nampak sangat dia nak kuasa dan hanya akan  berundur apabila dia mati!! Cakap tak serupa bikin. Begitulah kata kata seorang wanita UMNO di sebuah kampung di Perak.

Tambah pula rakannya yang juga ahli UMNO, Mahathir ni dah sedap memegang kuasa, dia tak mahu lepaskan. Mungkin dia ada banyak pekung. Kalau dia berundur sekarang, habislah pekung pekungnya didedahkan! Menyampah tengok muka dia dalam TV! Suami saya asik komplen tak boleh dengar berita kerana saya paksa dia tutup TV bila keluar muka Mahathir!!

Mencelah pula seorang makcik tua, apa lagi dia nak, dah lapan belas tahun cukuplah, berilah peluang pada orang lain. Takkanlah orang lain tak boleh pimpin. Mungkin lagi bagus kalau orang muda macam Anwar tu diberi peluang memimpin. Kita tengok muka parasnya pun kita tahu Anwar ni seorang yang beriman!! Sanggup dia orang berlaku kejam kat Anwar! Air muka DSWA pula bersih dan ceria dan sentiasa bertudung kepala, seorang isteri yang solehah!! Kesihan dia!!

Kata pula wanita UMNO tadi, apa nak buat nasi dah jadi bubur, ada pemimpin berjiwa rakyat dan Islam, presiden tak sebulu pula. Kami wanita UMNO pun yakin DSAI dijatuhkan oleh konspirasi politik yang amat kejam dan menjijikkan! Bertanya pula makcik tua, tapi kan ketua wanita menyokong Dr Mahathir? Hah, pedulikan dia. Dia tahu mengampu saja tapi memimpin tak reti! Macam mana dia boleh layan saranan supaya logo petronas di tukarkan. Satu kerja membazir dan memalukan kaum wanita, macam dah tak ada idea lagi, jawab wanita UMNO tadi dengan suara tinggi!!

Sudahlah, kata seorang wanita UMNO satu lagi, buat apa kita nak gaduh, UMNO dah tak relevan. Ada pemimpin, pemimpin kaki ampu aja. Kepentingan wanita bukan di ambil kisah sangat. Bila dah dekat pilihanraya, barulah nak sibuk, buat program tu buat program ni. Berapa lama mereka nak tipu kita. Gerak mesra wanita ni semata mata nak pancing undi. Dekat pilihanraya, baru nak sibuk! Buatlah apa apa pun, kami dah tahu mana nak pangkah kelak!! Kali ni, kita ajar mereka.

Begitulah perbualan wanita wanita UMNO di desa desa sekarang. Rata rata mana kita pergi, kita akan kedengaran topik yang sama. Wanita wanita UMNO sendiri meluahkan perasaan mereka. Mampukah pergerakkan wanita UMNO yang sudah lembik dengan pimpinannya yang tak bermaya, mengturnover ahli ahlinya? Nampak gaya, SUSAH!! Kalau kaum wanita dah buat keputusan,  selalunya tak mudah keputusan mereka diturnoverkan!!

BEKAS WANITA UMNO