SIAPA KATA MAHATHIR KONFIDEN BN BOLEH MENANG??

Betul ke Mahathir konfiden BN boleh menang dalam pilihanraya akan datang ini? Jika Mahathir konfiden, mengapa dia lengah lengah, teragak agak nak bubarkan parlimen? Bukankah ini menunjukkan bahawa Mahathir tak konfiden? Kalau Mahathir konfiden, sudah tentu dah lama dia adakan pilihanraya. Kerana tak konfidenlah beliau terpaksa menunda tarikh pilihanraya. Sudah berkali kali!!

Maklumat maklumat mengenai sokongan terhadap dia memang dia dapat selalu tapi maklumat maklumat ini, asik menunjukkan kedudukan UMNO/BN yang amat membimbangkan. Dari hari ke sehari, maklumat maklumat diberi kepada Mahathir tapi semuanya negatif belaka. Bukan bertambah baik, tapi sokongan terhadapnya bertambah buruk.

Selepas perhimpunan UMNO setelah dia mengambil kesempatan menghentam DSAI, lagi parah dibuatnya. Mengikut maklumat yang diberi kepada Mahathir, selepas perhimpunan tersebut lagi rakyat meluat, lagi sokongan merosot. Mahathir ingat kes DSAI ni akan menjadi sejarah selepas dia dan para konspirators ‘berlakun’ semasa perhimpunan UMNO baru baru ni tapi keputusannya, sungguh menghampakan! Allah swt maha kaya, Allah swt mengetahui motif jahat mereka!! Alhamdullillah, rakyat pun sedar dan tak mudah terpedaya!!

Mengikut laporan SB SB yang mengambil maklumat secara rawak semasa dan selepas perhimpunan UMNO,  di Perak misalannya, lebih dari tiga puloh (30+) kerusi dewan undangan negeri akan jatuh ke tangan barisan alternatif. Parti PAS akan mendahului parti parti lain!! Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, tak payah cerita. Sebelum perhimpunan UMNO pun ramai dah dapat meneka siapa akan menang di negeri negeri tersebut!! Di Selangor pun kemungkinan besar UMNO akan tumbang juga. Banyak kerusi kerusi di Pahang akan jatuh ke tangan barisan alternatif.

Kalau macam nilah trendnya, apa yang tinggal untuk UMNO?  Negri Sembilan dengan masalah JE dan BABI yang masih hot lagi, tak tentu juga. Melaka pun lebih kurang sama kerana isu perogol nombor satu UMNO, Rahim Thamby Kecik  masih segar bugar dalam ingatan!! Isu Guan Eng seorang Cina yang memperjuangkan maruah seorang gadis Melayu dan Guan Eng dipenjarakan….tak masuk akal, kata orang orang Melaka!! Johor pun tergugat dengan isu pengswastaan airnya…. dugong yang tiba tiba mati di perairan Johor ialah petanda buruk untuk Ghani!!   Tapir yang tertangkap di tengah laut di tengah selat Melaka pun nak lari dari negeri Johor!! Pada orang orang Jawa di negeri Johor, ini satu alamat yang tidak baik!!

Memang jelaslah bahawa Mahathir teragak teragak dan tak konfiden nak bubarkan parlimen. Kalau dia konfiden dah lama di adakan pilihanraya. Yang dia lebih takut ialah musuh dalam selimut kerana kemungkinan besar, ramai pemimpin pemimpin UMNO sendiri akan berpaling tadah pada saat saat akhir! Depan Mahathir, yes bos tapi belakangnya, lain pula cerita!!  Mahathir sekarang dalam ketakutan kerana dia sudah tidak percaya orang lagi!

Ada ahli ahli UMNO yang terang terang berkata mereka tidak akan pangkah dacing kali ni dan ada ahli ahli UMNO dalam senyap senyap,  sedang berkempen supaya memangkah parti parti barisan alternatif!! Ini yang buat Mahathir pening kepala susah nak tidur!! SB SB berilah cerita yang sedap sedap sikit kat Mahathir supaya dia boleh adakan pilihanraya secepat mungkin. Rakyat dah tak sabar lagi nak mengundi!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF