MAHATHIR BANGKITKAN ISU PENJAJAHAN LAGI!!

Betul ke seperti yang dibangkitkan oleh Mahathir di Pulau Pinang baru baru ni bahawa parti parti pembangkang sudah dikuasai oleh kuasa asing dalam usaha untuk menjatuhkan BN? Tak habis habis Mahathir dengan teori kuasa asingnya. Takkanlah parti parti pembangkang begitu mudah di kuasai oleh kuasa asing. Baik PAS, KeADILan, DAP atau PRM, semuanya berhati nasionalis dan tak seperti BN yang mudah dikuasai oleh kuasa asing!

Manakan tidak, penasihat ekonomi negara sekarang ialah syarikat YAHUDI dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat ialah negara yang Mahathir selalu hentam tapi dalam dihentamnya Amerika, dia ambil pula syarikat dari negara tersebut. Bon pun dijual di Amerika!! Dulu dia sedap menghentam Soros tapi sekarang dia pula mengambil sebagai penasihat satu syarikat yang pernah aktif dalam pasaran wang Hong Kong! Kalau inilah kredibiliti syarikat Yahudi ini, tak mungkinkah pada satu hari nanti habis negara kita disapunya! Tak mungkinkah secret secret negara dan kerajaan terjatuh ke tangan syarikat Yahudi ini? Entah entah, Israel pun dah tahu semua!! Berapa juta ringgit yang dibayar kepada penasihat ini???

Pada satu ketika dulu, Mahathir sikit punya lantang menghentam Israel. Syok betul Mahathir menghentam Israel sambil menyokong Yasser Arafat dan perjuangan rakyat Palestin. Tiba tiba, Mahathir diam, dah tak hentam Israel dan Yahudi lagi walaupun Israel masih lagi berlaku kejam dan ganas terhadap rakyat Palestin. Padanlah Yasser Arafat tak berapa rapat lagi dengan Mahathir! Yasser Arafat pun tahu tembelang Mahathir!! Cakap tak serupa bikin!

Pada satu ketika dulu juga, Mahathir memberi kata kata OK kepada Amerika untuk menyerang IRAQ, sebuah negara Islam. Bukan nak di larang tapi di OKnya penyerangan tersebut. Apa yang jadi? Ramai rakyat yang tak berdosa termasuk kanak kanak mati akibat pengeboman bertubi tubi pihak tentera Amerika! Kejam dan bukankah Mahathir bersubahat dengan kuasa asing, Amerika??

Dulu Mahathir bukan main lantang lagi menghentam negara negara barat. Buy British Last ialah satu contoh. Dalam diam diam, dia bawa pula misi misi perdagangan ke negara negara tersebut untuk menarik pelabur pelabur datang melabur di negara kita. Dahlah hentam, dia cuba nak tarik pelaburan dari negara negara tersebut!

Disebabkan kelantangan dialah yang negara kita sekarang  menghadapi masalah menarik pelabur pelabur. Disebab mulutnya yang CELUPARlah yang negara kita kurang diminati oleh pelabur pelabur asing! Menteri menteri kabinet sendiri mengakui kenyataan ini!!! Kalau betullah kuasa asing nak menjajah negara kita, yang mereka TUJU ialah Mahathir seorang kerana mulutnya yang celupar! Semut diseberang lautan nampak tapi gajah didepan mata tak nampak. Mahathir ialah LIABILITI bukan sahaja pada UMNO tapi NEGARA!! Apa yang Mahathir lakukan ialah semata mata untuk menyelamatkan dirinya dan para konspirators!! Betul ke ada kuasa asing nak jajah kita atau hanya lakonan Mahathir  untuk memesongkan pandangan rakyat? SIAPA NAK JAJAH SIAPA??

PROFESSOR SAINS POLITIK