TEORI KUASA ASING MAHATHIR

Tak habis habis Mahathir menjajakan teori kuasa asingnya! Apa yang berlaku di Indonesia ternyata menghantui Mahathir. Inilah yang terserlah semasa beliau berada di Pulau Pinang. Makin ramai rakyat nampak kejatuhan Suharto memang benar merungsingkan Mahathir. Ya, apabila Suharto di paksa berundur, Mahathir pening kepala. Mana tak panik, masalah yang dihadapi oleh Suharto yang memaksa beliau berundur lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir hadapi sekarang.

Isu nepotisme di mana anak anak Suharto mengaut kekayaan demi kekayaan dengan rakyat terbanyak terpinggir ternyata membawa padah pada Suharto walaupun pada satu ketika beliau dipanggil sebagai BAPA PEMBANGUNAN. Anak anak Suharto menguasai syarikat syarikat di udara, darat dan laut, kata orang orang Indonesia. Apa kurangnya anak anak  Mahathir? Transmile di udara, Konsortium Perkapalan di laut dan Tongkah, Artwright dan macam macam lagi, di darat!!

Mahathir menuduh kuasa asing yang menyebabkan Suharto tumbang tapi di Indonesia, tidak pula kedengaran  pemimpin pemimpin Indonesia sebut seperti apa yang Mahathir katakan. Ini cuma teori Mahathir. Mahathir cuba nak kaitkan sesuatu yang buruk yang tidak memberi advantage padanya  dengan kuasa asing. Semata mata untuk memesongkan pandangan dan tanggapan rakyat. Mahathir nak mengaburi mata rakyat kononnya kuasa asing ni jahat belaka, nak menjajah kita.

Dulu, Mahathir pernah berkata kuasa asing nak gunakan DSAI nak menjatuhkan dia. Ternyata Mahathir dihantui oleh DSAI dan digunakan teori kuasa asing pula untuk memperkukuhkan teori asalnya!! Bukankah ini satu tektik Mahathir nak menagih sokongan dan simpati dari rakyat? Di mana mana dia pergi, inilah yang dijajakan. Akhbar akhbar seperti biasalah, digunakan untuk MENJAJAHkan MINDA rakyat supaya percaya dengan teori karut Mahathir ni.

Apa yang terjadi di Indonesia memang menakutkan Mahathir. Mahathir memang dah terasa takut kemungkinan BN tumbang dalam pilihanraya nanti. Nak dapat majoriti dua pertiga pun agak susah sekarang!!  Mahathir BELUM YAKIN  lagi BN/UMNO boleh capai ini! Kalau dia hilang kuasa apabila UMNO/BN kalah nanti, RISIKOnya TERLALU TINGGI! Orang macam Mahathir yang sudah TERSEPIT DAN DESPERATE sudah tentu akan mengguna bermacam macam tektik untuk MENYELAMATKAN DIRInya dan juga para konspirators!!

Jangan ingat rakyat mudah terpedaya dengan teori mu Mahathir! Rakyat dah lama buat keputusan, TIADA MAAF BAGI MU MAHATHIR!! TIADA MAAF BAGI KONSPIRATORS!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF