AKIBAT KORPORATASI IPT
 
Saya telah diberitahu anak saya yang belajar di darjah lima disebuah sekolah rendah di Gombak yang baru-baru ini seorang Pak Cik (macam umur atuk katanya) telah datang kesekolah meminta ihsan derma bagi menjelaskan bayaran kemasukan keUniversiti anaknya.  Anda bayangkanlah bagaimana terdesaknya Pak Cik tersebut sampai terpaksa meminta derma dari
guru-guru dan para pelajar.

Nasib baiklah Guru Besar sekolah tersebut bersimpati dengannya dan telah memberitahu semua guru darjah supaya dihebahkan perkara tersebut dan kutipan derma kilat pun dijalankan.  Saya tak tahulah samada anak Pak Cik tersebut dapat memasuki IPTA berkenaan tapi saya amat-amat sedih bila mendengar cerita tersebut.  Yang pasti bukan Pak Cik itu seorang saja
yang terdesak berbuat demikian.  Saya pasti ramai lagi Pak Cik-Pak Cik yang senasib dengannya.

Sebelum itu pun ada kawan suami saya telah datang kerumah kami meminjam wang untuk membolehkan anaknya belajar diUniversiti.  Katanya, dia tak ada tempat lain untuk mengadu, terpaksa tebalkan muka untuk meminjam dari kami.  Kami bukanlah orang yang kaya sangat tapi memikirkan kalau kami tidak membantunya, pasti anaknya tidak dapat kemenara gading; kami pun pinjamkanlah setakat yang mampu.  Saya tak tahulah bagaimana agaknya lima atau enam tahun lagi, bila sampai masanya untuk anak kami pula belajar diperingkat IPT.

Saya masih ingat masa saya dan enam adik beradik yang lain dapat keUniversiti didalam dan luar negeri pada tahun tujuh puluhan dulu; ibu dan bapa kami tidak payah memikirkan bagaimana hendak membiayai kami kerana semuanya free sebab semuanya dapat biasiswa.  Kalau dahulu macam sekarang ni, alamat kami semua tak merasa masuk U sebab ibu bapa kami memang tak mampu.  Yang penting masa dulu, belajar dan dapat result bagus; Insyaallah takda masaalah melanjutkan pelajaran.

Conclusionnya;  UMNO dulu lain
                        UMNO sekarang bukan main
                         tak payah support BN

Yang benar,
ex-stockbroker yg dah muak dgn market manipulation