KERAJAAN PILIHAN RAKYAT (BHG 3)

KERAJAAN DEMOKRATIK DAN BUKAN AUTOKRATIK

Rakyat mahukan kerajaan yang demokratik dan bukan autokratik. Di bawah kerajaan BN, Dr Mahathir menentukan segala-galanya dan pemimpin-peimpin UMNO dan BN menjadi Pak Turut. Apa sahaja yang Dr Mahathir lakukan semuanya akan menyokong. Pihak media pula memainkan peranan agar rakyat turut menyokong. Sekiranya Dr Mahathir berbohong maka yang lain akan menyokong pembohongannya. Malah mereka turut menjustifikasikan pembohongannya supaya tidak kelihatan ia berbohong. Sekiranya Dr Mahathir menzalimi rakyat, mereka turut menyokong Dr Mahathir samada kerana takut bahawa Dr Mahathir akan mengambil tindakan terhadap mereka atau kerana mempunyai kepentingan politik dan perniagaan. Siapa yang mengkritik Dr Mahathir akan di hukum dan dipecat seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Zahid Hamidi.

Begitu juga rakyat tidak diberikan kebebasan untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Media kerajaan hanya menyiarkan rencana dan artikel serta pendapat yang menyokong Dr Mahathir walau apa sekalipun yang beliau lakukan. Beliau umpama Firaun abad ke 20. Apabila rakyat mengadakan perhimpunan aman membantah kezaliman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mereka dipukul dan di tahan oleh polis.Malah setengahnya di hadapkan ke mahkamah. Badan kehakiman berada di bawah kuasa pemerintah dan kekuasaan sepenuhnya berada di bawah Dr Mahathir yang menyebabkan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yang berlaku hari ini.

Ini semua menunjukkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang autokratik. Kerajaan autokratik menyebabkan rakyat tertekan dan menderita sebagaimana yang berlaku di negara komunis dan negara yang mengamalkan pemerintahan diktator.

Barisan Alternatif yakin mampu membuat perubahan untuk menegakkan pemerintahan demokratik. Pemerintahan Pas  di Kelantan jelas menunjukkan bahawa kuasa tidak terletak di tangan Menter Besar. Beliau boleh dikritik oleh sesiapa sahaja. Malah HARAKAH, lidah resmi PAS telah memuatkan pandangan-pandangan daripada orang bukan Islam dan dari pelbagai pihak termasuk yang tidak bersetuju dengannya. Kerajaan PAS tidak pernah memecat mana-mana kakitangan kerajaan ahli UMNO dan layanan terhadap rakyat Kelantan adalah sama samada mereka ahli UMNO atau ahli PAS. Kemampuan kerajaan Pas untuk memerintah dan sokongan yang semakin meningkat dikalangan rakyat Kelantan dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan bahawa Bariasan Alternatif merupakan pilihan rakyat. Selama Pas memerintah di Kelantan tidakk pernah berlaku demonstrasi secara besar-besaran sebagaimana yang berlaku kepada kerajaan BN dimana lebih daripada 100,000 rakyat membanjiri Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap tindakan Dr Mahathir memecat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.