KERJAAN PILIHAN RAKYAT (BHG 4)

KERAJAAN YANG DISOKONG OLEH MAJORITI RAKYAT

Kerajaan yang rakyat idamkan ialah kerajaan yang di sokong oleh majoriti rakyat. Namun hari ini kita melihat kerajaan BN yang sudah ditolak oleh majoriti rakyat masih berkuasa. Malah mereka menjalankan pelbagai strategi dan perancangan kotor untuk mengekalkan kuasa. Mereka menggunakan SPR untuk membolehkan penggundi hatu mendaftar sebagai pengundi. Baru-baru ini dilapurkan hampir 30,000 pengundi hantu yang menggunakan kad pengenalan orang lain di daftar sebagai pengundi. Kemudian pengumuman oleh SPR bahawa 650,000 pengundi baru tidak layak mengundi. Ini semua jelas menunjukkan bahawa kerajaaan BN sanggup melakukan apa sahaja asalkan kekal berkuasa. Mereka tidak bersedia untuk menerima kekalahan walaupun mereka tahu bahawa mereka tidak lagi disokong oleh majoriti rakyat. Kerajaan seperti ini harus ditolak sekiranya rakyat mahu hidup dalam keadaan aman dan selesa. Semenjak kes pemeceatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan terbongkarnya kezaliman Barisan Nasional kita telah melihat penghijirahan beramai-ramai ahli UMNO masuk PAS dan Parti Keadilan.
Pas telah menerima lebih 100,000 ahli baru. Begitu juga kemasukan pemimpin UMNO dalam parti Keadilan merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO. Rakyat di kampung tidak lagi boleh menerima kerajaan BN kerana membiarkan kemiskinan dan menindas mereka. Yang menjadi tumpuan bantuan kerajaan ialah segelintir ahli korporat yang merupakan kroni Dr Mahathir dan Daim yang tersepit kerana kegawatan ekonomi. Ketika Perhimpunan Agung UMNO, Presiden Parti banyak menyentuh isu politik khususnya mengenai tindakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan hujah-hujah fitnah dan pembohongan tanpa memberikan penumpuan kepada isu kemiskinan dan pengangguran bangsa Melayu kesan daripada kegawatan ekonomi masakini. Majoriti rakyat dibandar yang rata-rata berpelajaran tidak mungkin boleh menerima Barisan Nasional yang jelas bertindak secara autokratik dan memaksa rakyat untuk menerimanya. Mereka bukan bodoh sehingga isu yang jelas didepan mata mereka seperti isu kronsime dan nepotismee tidak mereka fahami. Tidak mungkin orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi akan bersekongkol dengan pemerintah yang zalim kecuali mereka yang ada kepentingan politik dan perniagaan yang bersedia menggadaikan prinsip.

Kemampuan Pas dan parti-parti pembangkang yang lain beserta NGO untuk bekerjasama dalam GERAK menunjukkan bahawa mereka telah bersedia untuk mengambil laih pemerintahan kerana gagasan ini disokong oleh majoriti rakyat Malaysia.  Begitu juga apabila rakyat berjumlah melebihi 100,000 berhimpun di Dataran Merdeka membantah perlucutan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dengan jelas bahawa BN tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat yang mahukan perubahan kepimpinan yang diterajui oleh PAS dan parti komponen Barisan Alternatif. Kerajaan Pas banyak membantu rakyat miskin malah Menteri Besar, Dato’ Nik Aziz bersedia menyumbang kesemua peruntukan untuk kediaman beliau kepada kerajaan Kelantan. Orang bukan Islam turut mengakui bahawa mereka selesa diabawah pemerintah Pas di Kelantan. Sokongan 16 NGO baru-baru ini untuk menerima Barisan Alternatif yang di anggotai oleh PAS, PRM, DAP dan PKN menunjukkan bahawa rakyat mahukan perubahan. Perubahan ini tidak harus dihalang sekiranya kerajaan BN  ikhlas mahukan kestabilan dan keharmoniaan dalam masyarakat dan negara.Ternyata pada saat ini, majoriti rakyat menyokong Barisan Alternatif dan menolak kerjaan Barisan Nasional.

Profesor Madya Barisan Alternatif