JANTAN DABUNG MANA?.

Hari ini 2-Julai-1999 Tengku Razaleigh, Kuli telah menyempurnakan perasmian masjid di sebuah Kampung di Dabung, iaitu dalam kawasan Parlimen Gua Musang. Kuli ialah wakil parlimen kawasan tersebut. Ketika bersama PAS dalam angkatan dulu, Kuli  keluar sekejap di udara TV3 pun bertujuan untuk dihentam, tetapi selepas jadi UMNO semula, Kuli keluar di udara bersama TV3 bertujuan untuk menghentam PAS.

TV3 dalam keadaan mana pun akan memayahkan PAS. Serupa juga dalam keadaan mana pun PAS akan memayahkan UMNO. Tidak mudah UMNO menghadapi PAS, dia menghadapi PAS dengan menggunakan TV3 dan mesin media yang lain. Dalam keadaan serba kekurangan, PAS mampu memayahkan UMNO walaupun Kuli kata dia ada cara untuk mendapat balik Kelantan.

Perangai TV3 yang tipikal ialah apabila mereka memokuskan kamera kepada kelompok penonton dalam setiap ceramah yang dibuat oleh UMNO, biasanya kamera difokuskan kepada kawasan yang ramai orang sahaja. Manakala, kalau mereka membuat liputan apabila melibatkan ceramah PAS, biasanya yang keluar di TV3 ialah hanya beberapa orang saja, seolah-olah ceramah PAS tidak mendapat sambutan.

Tetapi hari ini ianya agak berbeza, apabila kamera diarahkan ke kawasan orang yang hadir di dalam majlis Kuli menunjukkan hanya beberapa orang sahaja 98% adalah perempuan, mek-mek Dabung belaka. Apabila ianya melibatkan imej UMNO , TV3 akan mengolah apa saja supaya ia dapat menarik kepercayaan orang bahawa UMNO ini masih mendapat sambutan, salah satu cara ialah dengan berbuat seperti perkara di atas.

Rakyat Kelantan pandai dalam politik, mereka berfikir dulu apa orang politik kata dan mereka juga susah dipengaruhi oleh material. Inilah yang memayahkan UMNO, khasnya bagi Kuli sekarang. 1987 dulu Kuli bersama PAS dan ramai orang PAS yang sokong dia, tetapi ketika itu ramai orang UMNO tak sokong beliau, tetapi beliau menang pilihanraya, dalam keadaan sekarang di mana beliau sudah tidak bersama PAS maka 100% orang yang sokong dia dulu akan tak sokong lagi. Manakala ketika terlalu ramai orang UMNO yang tak sokong S46 dulu memasuki PAS, nampaknya sihir saja yang dapat menjadikan kata-kata Kuli satu realiti.

Sejak dua kali beliau dikeluarkan oleh TV3, nampaknya bilangan orang yang hadir ke dalam majlisnya boleh dibilang dengan jari, kalau di Dabung itu, ianya menunjukan seolah-olah jantan Dabung tak datang ke majlis beliau. Sebab-sebab mereka tak datang tidak diketahui, mungkin mereka sedang menoreh getah?, namun, selalunya apabila pembesar mereka datang, mereka lebih rela cuti untuk bersama pemimpin. Lagi pun memang perangai UMNO akan memberikan nasi bungkus air mineral serta tambang free kepada sesiapa yang hadir, adakah orang Dabung dah tak perlu lagi nasi bungkus demikian dari UMNO?. Atau mereka lebih rela berkorban memberi sepuluh sen dua kepada PAS pula?.

Semua fenomena umpama ini akan dilapur kepada pucuk pimpinan, Mahathir. Data-data begini amat diperlukan oleh UMNO untuk meningkatkan lagi perang saraf mereka dimasa-masa kritikal seperti sekarang. Kalau cara kotor pun mereka boleh lakukan, kerana Mahathir sendiri telah mengatakan bahawa pilihanraya akan datang ini ialah yang terkotor, dia seolah-olah ingin memberitahu rakyat kononnya pembangkang akan bermain kotor dan mereka juga akan bermain kotor. Kaedah memintas begini biasa dalam perang saraf, tetapi kalau ianya bertujuan untuk menghalalkan cara kotor itu dengan mentohmah orang, ianya adalah terlalu jahat.

Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan yang baru, sambutan orang ketika majlis di Dabung itu agak memilukan dan memalukan Kuli dan UMNO. Dalam keadaan begini apakah yang Kuli maksudkan yang dia ada cara untuk menang pilihanraya?. Kita tahu Kuli ada pengaruh di Istana Kelantan. Cuma Kuli kena ingat, jangan sampai rakyat durhaka kepada raja mereka. Mahathir tahu sangat kelemahan orang Melayu, apabila terbabit dengan raja, mereka akan lemah. Inilah cara Mahathir menggunakan raja, dan ianya bukan cara Kuli yang sebenar, Kuli diperkuda sahaja.

Namun, pengalaman lalu mendedahkan bahawa Mahathir tidak tahu raja boleh murka dan dia tidak ada apa-apa, seolah-olah dia mengajar rakyat. Maka, rakyat boleh guna pengalaman itu dan tidak akan lemah dan mereka akan terselamat nanti dari cara Kuli itu. Orang Kelantan sudah kenal ada pemimpin yang tak ada perinsip perjuangan dan pemimpin memfitnah orang. Semua ini berlaku kerana panik. UMNO sudah panik, Kuli juga sudak panik.  Kalau dulu UMNO marah PAS kerana mereka kata PAS guna Raja untuk kempen pilihanraya. Tetapi nampak iras-iras UMNOlah yang akan guna Raja bukan untuk UMNO, tetapi untuk Kuli dan Mahathir.

Kalau kita masih ingat betapa UMNO yang diketuai oleh Annuar Musa telah menabalkan orang lain bagi sultan mereka, dan kita tunggulah apa yang akan Kuli buat pula dimasa akan datang. Rakyat Kelantan tunggu dan lihat apakah senjata istimewa yang ada pada Kuli itu?.

Sekian

muramozi