KAMI MISKIN?.

Terima Kasih kepada media UMNO kerana menunjukan perihatin mereka tentang Keluarga Miskin di Kelantan, tempat kami. Sebagai orang Kelantan, Allhamdullilah, kerana miskin sepertimana yang dikatakan oleh UMNO kepada kami.

Walaupun kami miskin, tetapi kami tidak menyusahkan orang lain. Kami nampak miskin pun sebab kami tak sokong UMNO, kalau kami sokong UMNO dan undi UMNO kedudukan kami pun sama juga, tetapi orang tak tahu kami miskin. Oleh kerana kami sokong dan undi PASlah UMNO nampak kami miskin, tetapi kami bukan miskin, kami kaya dengan pitih-pitih kami yang tak bersabit dengan riba, kami kaya dengan pitih-pitih kami yang sikit tapi kami dapat hasil dari pucuk ubi yang kami jual, kami tak guna harta petronas untuk menampakkan kami kaya.

Kami juga seronok dengan miskin kami kerana kami tak memayahkan ibu dan bapa kami, kami berdikari sendiri. Kami tak mahu kaya kalau ianya menyebabkan fitnah ke atas kami, apalah gunanya kami kaya nanti kalau UMNO kata dia yang menyebabkan kami kaya. Kami yakin rizki kami Allah yang bagi, bukan UMNO dan PAS yang bagi. Kami sangat terima kasih kepada Tuhan kerana kami miskin kerana tidak menjuruskan kami kelembah kehinaan rasuah, kami rela miskin dari kami kaya di atas kesusahan orang lain.

Kami tahu UMNO datang kepada kami apabila dekat pilihanraya saja, biarlah UMNO menggunakan kami yang miskin ini kerana kami tahu orang UMNO kaya pun sebab pitih orang seperti kami juga. UMNO kaya dan kami lebih kaya dari mereka kerana pitih kami yang sikit tapi ianya diperolehi dengan cara yang tidak ada was-was, kami yakin 100% duit kami halal, biskut yang UMNO bagi pada kami pun kami tahu ianya tidak jujur hendak menolong kami, kami sengaja membiarkan diri kami begitu kerana inilah peluang kami dapat masuk TV3, kami tahu bukan senang orang macam kami boleh masuk TV, kami tahu di TV hanya untuk Perdana Menteri kami saja, terima kasih kerana selepas UMNO ambik kami bawa masuk TV, heboh orang membicarakan kami, popular juga kami, tapi tak seronok kerana kami popular dengan cara diguna dan dihina UMNO, kami tahu ini rupanya tabiat UMNO ke atas kami.

Kalau UMNO datang lagi ke kampung kami yang miskin ini, kami akan bawa mereka ke bangsal buruk kami yang satu lagi di sebelah bendag sana, di sana kami ada bangsal buruk tempat kami berteduh dari panas ketika menjaga lembu-lembu kami yans sepuluh ekor itu, anggaran kami RM900 seekor, Dibangsal buruk itu ada tungku-tungku tanah yang kami buat untuk jerang nasi waktu tengahari, UMNO bolehlah nanti fokuskan kamera ke arah dapur kami itu dan siarkan ke seluruh negara dapur kami itu, kami bangga dapur kami jadi kontroversi. Selain dapur chef wan, dapur kami pun popular juga nanti.

Tidur kami lena, mimpi kami semua mimpi-mimpi manis walaupun kami miskin, kami tak takut kepada bayang-bayang kami, kami tahu Perdana Menteri dan UMNO tak macam kami, mereka takut kepada bayang-bayang sendiri, mimpi mereka pula ngeri. Tidur mereka pun kurang lena. Kami miskin kerana kami tak ada pitih untuk membeli saham. Kami selesa dikatakan miskin tetapi pitih kami cukup untuk makan kami, untuk anak kami belajar, kami tahu anak-anak kami yang bijak tak dapat masuk “U” pun sebab orang kaya yang ambik gambar bangsal kami itulah.

Kami tak sakit kepala nak pikir masalah kroni, Semua kroni-kroni kami pun sama juga, kami lebih selamat dengan kroni miskin kami, kerana kroni kami tak ada projek pembangunan yang memudahkan kami ambil persen atas projek itu, kami tahu UMNO ada kroni, kami tahu kroni inilah yang menyebabkan UMNO fitnah kroni lain. Kroni-kroni kami yang miskin ini pun tak perlu bantuan kerajaan untuk bill-out syarikat kami yang miskin sejak dulu ini.

Dulu pun kami undi UMNO juga, tetapi kami rasa kroni-kroni kami sama saja, bahkan sekarang kami selesa kerana di tempat kami nasi bungkus mudah diperolehi, nasi lemak di tempat kami murah, bawang putih tempat kami bawah sepuluh ringgit sekilo, anak-anak kami yang baru balik dari luar kampung kami kata, ditempat mereka bawang putih berbelas ringgit sekilo,  Rupanya UMNO yang kami undi sebelum 10 tahun lepas banyak tinggal hutang dan kerajaan kami sekaranglah yang payah melangsaikan hutang itu. Kami tak sangka UMNO yang kaya pun meninggalkan hutang yang banyak. Kami tak mahu kaya dengan berhutang, buat apa kami kaya kalau kami tak tahu larangan judi ada dalam quran, buat apa kami kaya kalau berjaya menulis buku fitnah, kami lagilah tak mahu kaya dengan membuat pengakuan diliwat orang.

Kami lebih suka mendengar kuliah ugama islam di Pasar Siti Khadijah, kami lebih rela cuti pada penghulu segala hari, Jumaat. Kami tak tahu main jual-beli duit, kalau kami tahu niaga begitu, kami bimbang cuti jumaat kami akan diganti cuti Ahad dan jumaat kami disuruh kerja pula. Kami rela tak kaya dari berjual beli duit di hari jumaat. Kami rasa selesa dapat ke Masjid dengan keadaan tidak terburu-buru, murid-murid sekolah ditempat kami pun tak susah nak ke Masjid, orang pejabat kerajaan pula tak payah kerana jumaat mereka cuti, tetapi kami khuatir, UMNO yang kami undi dulu akan tukar cuti kepada hari Ahad kerana nak seragam dengan tempat lain yang lebih kaya dari kami.

Kami tak mahu jadi kaya kalau kami kaya pun kami tak tahu halal haram duit kami. Kami lebih rela miskin dari kami makan duit hasil dari memayahkan orang lain. Kami tak memayahkan orang lain untuk kaya. Kami miskin tapi kami tak upah orang untuk tolong jadi “peminta sedekah” di jalan-jalan besar di KL. Kami tak mahu jadi begitu walaupun kami miskin. Memang kami miskin, tetapi kami tidak menyebabkan berlakunya perbunuhan, kami juga tak terlibat dengan disko, arak, dedah aurat dan sebagainya.

Anak-anak kami semuanya tahu dimana kena tutup dengan kain, anak kami tahu arak itu haram, tetapi apabila anak-anak kami pergi ke tempat kesukaan UMNO, mereka menjadi keliru lalu anak-anak kami mengikut apa yang UMNO kata. Akhirnya anak-anak kami ada yang terjerumus dengan arak, dengan disko, dengan pelacur , dengan dadah dan berbagai lagi. Anak-anak kami di didik dari kecil, tetapi apabila mereka besar mereka ke tempat orang kaya untuk berkerja, didikan kami rupanya tidak cukup kuat untuk melawan fahaman sekular yang kerajaan kami marah sangat itu. Kami tahu, anak-anak kami mudah terdedah kepada gejala maksiat sekular.

Apalah guna kami kaya kalau kami tak tahu bahawa sekular itu merbahaya. Kami kalau kaya pun kami akan marah sekular. Kalau UMNO tahu kami faham islam dan tak faham sekular, maka kami yakin UMNO tak datang  ambik gambar bangsal kami ini. Kami duduk di bangsal ini pun kami bina ia dari titik peluh hasil jual lembu kami, kami tak tipu orang lain apabila ada yang bertanya belanja membuat bangsal kami, kalau kami kata RM200 juta lebih diperlukan untuk buat bangsal kami, tentu UMNO tak percaya dan UMNO akan kata kami ini gila, tetapi kalau kami kata ianya tiba-tiba ada, UMNO pun tak percaya juga kerana UMNO ini tak percaya pada ketentuan Allah.

Biasanya kalau ada orang tanya berapa banyak pitih habis untuk buat bangsal kami, kami beritahu mereka jumlah yang betul. Biasanya jumlah itu logik dengan keadaan fizikal bangsal kami, kami tak beritahu ianya terlalu murah sehinggakan orang tak percaya langsung kalau ianya benar begitu. Kami miskin pun kami tak reti menipu. Menipu ialah bukan budaya kami, kami tak ada etika yang melarang kami menipu, tetapi kami ada Allah yang menyuruh kami bercakap benar. Apalah kami kaya dan akan ada etika, kalau kami sendiri yang buat etika larang menipu, tetapi kami menipu juga, kami rasa tak ada ertinya kami kaya kalau kami jadi begini.

Kami tahu kami tak ada kereta Honda, kami tak perlu pun kereta Honda, kami cukup dengan basikal kami, kalau basikal kami rosak pun kami tak pening kepala spare part basikal murah, kami tak ada hutang dengan Bank, kami tahu toke-toke Bank itu semua lintah darat, kami biasa dengan lintah air di  bendang, kami tahu lintah sudahlah hodoh dan geli geleman, tetapi gigitannya melekatkan lambang merzedes di kaki-kaki kami ketika di baruh. Lintah bendang hisap darah kami, tetapi lindah darat kami tahu, bukan saja mereka ‘hisap darah’ tetapi mereka juga ada riba.

Kami lebih rela naik basikal kami dari terpaksa meminjam wang dari Bank untuk ganti basikal kami. Memang kami miskin, pitih kami memang kurang, tetapi otak-otak kami lebih berbanding otak orang yang lebih wang. Kami tahu kalau kami lebih wang dengan acuan orang yang mengambil gambar dapur kami itu, otak-otak kami pun akan jari kurang juga. Tetapi kami tak mahu jadi begitu. Kami mahu kaya dengan akal budi dan sopan santun. Kami mahu kaya dengan tidak memfitnah orang.

Tanah-tanah bendang kami luas, kami tahu kami boleh jadi kaya segera asalkan tanah bendang kami ditukar nama kepada orang lain yang kaya. Kami lebih selesa tanah kami luas dan kami kerjakannya sendiri, kerana kami khuatir, usahawan yang datang kepada kami tidak ada moral, tidak ada tanggungjawab sosial, Kami tahu kalau kami beri tanah kami untuk mereka kerjakan, kami akan jadi kuli bataknya juga. Kalau kami tahu usahawan yang datang kepada kami baik-baik, kami akan timbangkan, Tetapi kami tahu mana ada usahawan begitu kerana UMNO yang menjadikan usahawan begitu, Kami mahu usahawan yang datang kepada kami ada ugama, takutkan Tuhan, tetapi mana ada usahawan jenis ini yang dihasilkan oleh UMNO.

Kemiskinan kami pun tidak sehingga menyebabkan perlunya dana-dana untuk membantu kami, kami susah pun bukannya menyebabkan kerajaan kena melakukan sekatan pitih, pitih-pitih kami yang terperap dibawah bantal busuk kami itu pun sudah tidak laku lagi di Thailand, pitih kami jadi murah pun bukan sebab kami sendiri. Kami tahu kami miskin, buat apa kami kaya pun kalau tak tahu kira untung rugi, kami tahu keluarga perdana menteri kami bekas panglima tentera itu menipu kami yang miskin ini, dia kaya. Namun kami miskin kami boleh kira pitih, kami tahu toke Sukom itu kata pada kami Sukom bukan rugi RM 10 juta lebih, tetapi dia beritahu kami keuntungan sedikit. Kami tak nak menipu macam orang kaya begitu. Lebih baik kami miskin begini kalau kaya pun jadi begitu.

Setiap kali dekat musim mengundi, kami mendapat perhatian, rakan-rakan kami setiap tahun akan dapat masuk TV khasnya TV3, orang akan kenal kami sebagai orang miskin. Ianya berlaku begini sejak hampit 10 tahun dulu lagi, tetapi Menteri yang menjaga kampung pun orang senegeri dengan kami juga, taraf kami sama juga pun. Kami tahu peruntukan untuk membantu orang miskin macam kami banyak, berjuta. Tetapi kami dapat pun biskut dan beras saja. Biar orang nampak kami miskin. Memang pun kami miskin. Tetapi kami tak susah. Kami boleh makan lagi, bendang kami luas, setiap tahun hasil padi kami mampu memakankan kami setahun lamanya.

Kami lebih senang begini dari tanah kami di ambil dan beri kepada toke yang tidak seagama dengan kami. Kami ada lukah buruk, kami tahan dia diparit, kami dapat ikan haruan dan udang bendang, kami rebus dan ianya sedap, manisnya lain, fresh. Udang yang kami beli waktu berkunjung ke KL dulu tawar, kami tahu udang itu tak fresh dan kena air batu. Kami ada pucuk ulam dekat pintu dapur rumah kami. Semuanya kami tak beli, memang pun kami miskin, tetapi semua itu tak payah guna pitih.

Memang kami kurang pitih, tetapi kami faham pitih bukan nyawa kami, UMNO jarang ajak kami ingat Allah. UMNO membangun negara pun seperti komunis membangunkan negara mereka. Kami tahu stail UMNO serupa dengan stail Kamal Attartuk. Walaupun kami tak kenal siKamal kutuk itu, tetapi PAS beritahu kami perangai Kamal. Kami tak mahu kaya kalau kami lupa Allah. Lebih baik kami miskin, tetapi kami tahu makna sekular, siapa sekular. Kalau kami kaya pun buat apa jika ianya hanya mendatangkan bongkak kepada kami.

Kami seronok melihat Menteri Besar kami yang hidupnya amat zuhud, kami tahu UMNO pun ada uztaz pangkatnya semacam Menteri besar kami ini, tetapi hidup mereka kami tahu amat mewah, kami arif kami miskin dan kami tak mahu ikut ustaz UMNO itu. Kami tahu uztas itu tak bagi sebahagian elaunnya kepada rakyat seperti kami. Kami bukan nak sangat harta ustaz itu, cuma biarlah ianya melambangkan kesederhanaan, disebabkan mereka yang kaya sangat itulah maka mereka nampak kami ini miskin.

Bill Gate misalnya akan lihat Daim itu miskin, sebabnya Bill Gate tersangat kaya. Ini pun sama juga dengan kami, Annuar Musa akan lihat kami miskin sangat sebab rumah dia pun besar dan nampak mewah. Kami tahu Menteri Besar kami hormat kami walaupun kami miskin, Menteri Besar kami tidak menyuruh TV ambik gambar kami dan beritahu orang lain kami ini miskin. Kami tahu Menteri Besar kami pun lebih sedikit dari kami, rumah dia pun tak seperti rumah Wan Mokhtar atau rumah Abu Hassan. Kami tahu walaupun kami miskin, kami tak guna pitih kerajaan untuk baiki rumah kami sehingga RM 5 juta semata-mata baiki dapur kami. Kami tahu Abu Hassan yang kaya itulah menggunakan pitih kerajaan untuk membayar bil hotel sewaktu dapurnya dibaiki dulu. Walau pun kami miskin, tapi kami tak ‘claim’ pitih kerajaan semata-mata sebab dapur rumah kami dibaiki.

Kami bersedia untuk menerima lagi tin biskut dari UMNO, kami bersedia untuk menerima seguni beras siam lagi dari UMNO, datanglah ke bangsal kami lagi, kali ini kami akan memberitahu orang-orang TV, bukan kami saja yang miskin, Menteri Besar kami pun miskin. Kami terharu apabila melihat Menteri Besar kami tinggal di rumah kayunya. Maka, sebab itulah, kami lebih rela untuk bersama Menteri Besar kami walaupun kami diberi beras, biskut oleh UMNO sedangkan Menteri Besar kami memberi kami ilmu Takutkan Allah. UMNO pun mengajar kami juga, tetapi mereka selepas saja mengajar, terus menipu. Menteri Besar kami tidak begitu.

Kami perlukan biskut dan beras, tetapi kami lagi perlu Ilmu takutkan Allah, kalau beras dan biskut, Ah Chong kawan kami dulu sewaktu di kampung ini pun sudah memberi kami waktu anak kami hendak kahwin. Tetapi dia tidak memberi kami Ilmu itu, serupa juga dengan UMNO, dia tidak mengajar kami ilmu itu. Kami tahu walaupun UMNO tidak mengajar kami, tetapi Ilmu yang telah kami dapat, kami pandai beza antara kebenaran dan penipuan serta pembohongan.

Memang kami miskin, tetapi kampung kami tidak dikelilingi oleh lukah-lukah Daim, kami bebas bergerak ke mana kami hendak, jalan-jalan kami semuanya free. Buat apa kami kaya kalau kaya pun akan jadi macam Daim dan Mirzan. Semiskin kami pun kami tak ambik duit negara untuk isi perut kami sendiri. Nanti kalau TV datang lagi ke bangsal kami nak ambik gambar kami, kami akan beritahulah mereka, Mirzan lebih miskin dari kami. Kami miskin pun kami tak guna pitih negara pitih rakyat untuk jelaskan hutang kami, memanglah kami tak ada hutang. Sebab itulah kami kaya. Mirzan banyak hutang, sudahlah hutang banyak pula,berbillion, tak boleh bayar, kami tahu Mirzan menyusahkan bapaknya  untuk membayar hutangnya. Kami miskin pun kami tak buat begitu, maka kami seronok TV cuma tahu kami saja yang miskin, tetapi TV tak tahu Mirzanlah lebih miskin dari kami.

Kami rasa kami sudah kena main dengan UMNO, mereka ambik gambar dapur kami untuk menyatakan kami ini miskin. Walhal kami ada rumah tempat kami hidup beranak pihak. Bangsal yang UMNO ambil UMNO kata rumah kami, buat apa kami kaya, kalau dalam keadaan miskin pun kami ditipu begini, nanti kalau kami kaya nanti UMNO kata dia yang bagi kami kaya. Kami paling takut yang inilah. Kami yakin 100%, bukan UMNO yang berikan rezeki kepada kami, kami yakin Allahlah yang membantu kami, UMNO dan semuanya. Kami sangat cemduru dengan akidah kami, kami sayang akidah kami, kami tak mahu gadai maruah akidah kami itu demi untuk mengatakan UMNOlah yang membawa kekayaan kepada kami nanti.

Sekian

muramozi