Pensyarah ITM Melaka Diberhentikan

Seorang pensyarah ITM Cawangan Melaka telah diberhentikan dengan serta merta. Beliau dikatakan bersama menyokong parti alternatif. Pemikiran beliau tidak disenangi oleh pimpinan ITM terutama Rektor ITM dan Timbalan Rektor, Dr Ibrahim Abu Shah yang sememang berdendam dengan DSAI. Provos ITM Melaka, Dr Tahir Majid bukanlah nama asing pada gerakan reformasi. Beliau juga bertanggungjawab dalam memindah beberapa orang pensyarah dari ITM Shah Alam ke ITM cawangan kerana dikatakan menyokong DSAI. Pengkianatan Keadilan ini mesti dihukum oleh bukan sahaja oleh masyarakat ITM tetapi juga masyarakat setempat dengan mereka. Boikot dan hina Dr Tahir, Provos ITM Melaka, Lendu, Alor Gajah;

Pensyarah yang dibuang itu telah berkhidmat selama 16 tahun. Beliau adalah seorang akademik yang aktif dan komited dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pensyarah bukan sahaja terhadap pelajar-pelajarnya tetapi juga terhadap ITM dan masyarakat setempat. Mengajar dalam bilik kuliah dan program pendidikan di ITM. Kehadiran beliau dirasai di ITM. Sifat keterbukaan disenangi oleh semua individu Islam dan bukan Islam. Pernah aktif membantu UMNO namun dalam apa jua tindakan beliau lebih bersifat rasional. Seperti sebahagian besar individu lain, dan sebagai seorang beragama beliau masih tidak puas hati dengan perkembangan dalam UMNO. Beliau rasa kecewa dengan DS Anwar Ibrahim dihukum tanpa keadilan. Tuduhan yang berubah-ubah menjelaskan ketidakadilan pimpinan negara. Masyarakat perlu hukum UMNO dalam pilihanraya ini. Pimpinan KEJAM terhadap rakyat. Rakyat sentiasa menjadi mangsa. Tukar pimpinan ITM dan pimpinan negara.

Pejabat Pendaftar ITM