PENJELASAN PENGARAH PENJARA

Cetak dan Sebar
Penjelasan yang diberi oleh Pengarah Penjara agak menarik. Memang tak salah apa yang dikatakan oleh beliau. Beliau hanya menjalankan tugas dan maklumat maklumat yang beliau berikan semuanya mengikut PROSEDUR BIASA penjara. Lagipun, maklumat yang diberikan kepada beliau ialah yang disediakan oleh pegawai pegawainya.

Yang menjadi tandatanya pada ramai rakyat jelata ialah dulu semasa DSAI dihidangkan dengan nasi briani berlauk udang galah tu yang dipaparkan dimuka depan akhbar akhbar, betul ke layanan istimewa ini selalu diberikan kepada DSAI?? DSAIkan ada berkata bahawa itu semata mata propaganda dan satu pembohongan. Sebenarnya layanan tersebut yang dipaparkan dalam akhbar akhbar, hanya untuk mengaburi mata rakyat  dan satu dunia!! Cuba kita keluarkan gambar tersebut berserta dengan kenyataan yang dibuat oleh DSAI!! Bayangkan, Mahathir dan para konspirators sanggup melakukan tektik keji macam ni!! Sanggup menipu rakyat. Satu penghinaan kepada kami yang berfikiran waras!!

Dalam hal baru ni, kemungkinan besar Pengarah Penjara didesak untuk  membuat kenyataan sedemikian ataupun, dia tak tahu layanan  sebenarnya yang diberi kepada DSAI kerana maklumat maklumat yang diberikan kepada beliau sudah diTAPIS terlebih dahulu oleh agen agen para konspirators!! Mengapa warder warder penjara ada yang ditukarkan dan yang menjaga DSAI sekarang di bilik penjaranya ialah warder warder bukan bumiputera?? Mengapa peguam peguam DSAI berkata mereka terpaksa melalui beberapa pintu sebelum dapat bertemu dengan DSAI seolah olah macam DSAI ialah penjenayah terhandal dalam negara?

Mungkin Pengarah Penjara tidak sedar dan tahu makanan sebenar yang diberi kepada DSAI. Ialah, kalau mengikut menu, memang cantiklah bunyinya tapi adakah itu makanan sebenar yang diberikan kepada DSAI atau semata mata nasi berlaukkan ikan kering sahaja dengan sayur yang sudah busuk?? Kalau diberi makanan berzat, diberi kemudahan bersenam dan berriadah  dan tidak dikurung keseorangan, takkanlah DSAI boleh hilang beratnya dalam sekejap masa!! Tak logik! Takkanlah orang seperti DSAI nak bohong!!

Siapa yang mempunyai rekod membohong , Mahathir atau DSAI?? Mengapa DSWA dan anak anaknya tidak dibenarkan membawa dan memberi makanan BERZAT kepada DSAI? Mereka bertindak kejam dengan merampas makanan tersebut!! Isteri dan anak anak nak jumpa suami dan PAPA pun susah. Bukanlah rakyat nak mohon layanan istimewa diberikan kepada DSAI tapi sekurang kurangnya, janganlah bertindak terlalu kejam dan cuba mengaburi dan memperdayakan rakyat jelata dengan fakta fakta yang tidak betul!!! Rakyat tak salahkan Pengarah Penjara tapi rakyat salahkan Mahathir dan para konspirators yang sengaja merekakan lakonan lakonan keji ini!! Mereka sanggup menghina minda kita! Mereka ingat rakyat bodoh tapi merekalah yang bodoh kerana rakyat dengan mudah, dapat tangkap segala tipu muslihat yang mereka cuba lakukan!! Rakyat dah meluat!!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

ORANG  PENJARA