TEORI KUASA ASING SEBAGAI PERSEDIAAN AGENDA KOTOR

Cetak dan sebar
Masih ingat tak lagi apa yang Mahathir sebut tidak lama dulu mengenai pilihanraya akan datang ni? Mahathir sendiri berkata pilihanraya kali ini ialah paling kotor dalam sejarah. Awal awal lagi dia dah sebut! Dan siapakah akan mengkotori pilihanraya ni kalau bukan UMNO dan BN? Sudah tentu parti parti barisan alternatif tidak mempunyai kemampuan dan jentera jentera untuk melakon dan mencetuskan insiden insiden kotor. Hanya UMNO/BN sahaja yang mampu kerana mereka mempunyai wang ringgit yang banyak, media massa pun dikontrol habis oleh mereka dan institusi institusi seperti badan kehakiman dan polis, khususnya juga dikontrol oleh mereka.

Berita berita yang diterima menyatakan bahawa UMNO/BN dengan dibantu oleh jentera jentera kerajaan khususnya SB SB, sudah pun merancang beberapa strategi kotor. Ada di antara strategi ini sudah dilapurkan dalam laman laman reformasi dan insiden insiden pun sudah mula tercetus. Insiden insiden kotor dan keji ini akan dipertingkatkan lagi menjelang pilihanraya kelak!!!

Untuk menutup kerja kerja kotor ini, siang siang mereka telah arahkan supaya Suruhanjaya pilihanraya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak memerlukan pemerhati pemerhati luar dari negara negara asing untuk memerhati perjalanan pilihanraya kita nanti! Supaya mereka boleh melakukan apa yang mereka suka menjelang pilihanraya nanti! Tektik tektik kotor sudah pasti akan mereka lakukan dan tanpa pemerhati pemerhati bebas, what is there to stop them from doing all the dirty things???

Siapa kata Suruhanjaya pilihanraya kita ni bebas??  Samalah juga dengan badan kehakiman kita! Untuk menyediakan minda rakyat jelata bahawa kita tak perlu pemerhati pemerhati bebas dari negara negara lain, supaya mereka boleh laksanakan tektik tektik kotor mereka tanpa ragu ragu dan diketahui oleh rakyat negara ini dan satu dunia,  maka Mahathir pun mencananglah cerita kononnya ada kuasa asing nak menjajah kita dan parti parti barisan alternatif digunakan oleh kuasa asing untuk menjatuhkan BN!

Nampak tak lakonan Mahathir ni, siang siang lagi dia dah berkata pilihanraya kali ini ialah yang terkotor dalam sejarah dan yang akan mengkotorkannya ialah UMNO/BN kerana mereka mempunyai jentera jentera dan kemampuan dan mereka juga takutkan kekalahan!! Supaya agenda agenda kotor mereka boleh dilakukan sesuka hati dan  tidak diketahui umum, SPR pun diarah membuat kenyataan  bahawa kita tak perlu pemerhati bebas!!! Sambil itu, Mahathir mencanangkan TEORI KUASA ASINGnya untuk menyediakan minda rakyat!!

Parti parti barisan alternatif, bersedialah dengan tektik tektik kotor UMNO/BN ini. Ambillah langkah langkah tertentu. Jangan ingat ini perkara remeh temeh. Mahathir dan para konspirators dah terlalu TERSEPIT dan DESPERATE dan mereka sanggup mengguna dan melakukan apa saja asalkan mereka selamat melalui kemenangan UMNO/BN! Mereka akan menggunakan rakyat asing khususnya pendatang pendatang tanpa izin yang berada di negara ini sekarang, untuk melakukan kerja kerja kotor! Kuasa asing! Percayalah!

Sediakan minda rakyat jelata dari sekarang juga  kemungkinan kemungkinan perkara perkara buruk akan berlaku yang dicipta dan  dicetuskan oleh UMNO/BN dan ingatkan rakyat supaya jangan terpedaya dengan dakyah dakyah UMNO/BN bahawa semua ini dicetuskan oleh parti parti barisan alternatif! Jika Allah swt tidak meredai kerja kerja terkutuk mereka, sudah pasti akan terbongkar kesilapan kesilapan mereka! Rakyat pula mesti berani mendedahkan segala angkara angkara buruk ciptaan UMNO/BN!! Cepat sediakan minda rakyat dan rakyat perlu berhati hati dan mengawasi tingkah laku orang orang luar yang kita tidak kenali!!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

PERISIK TENTERA