PERSIAPAN KEMUNGKINAN PILIHANRAYA TIDAK DIADAKAN??

Pesanan penting!!!
Dalam kita asik bersedia untuk menghadapi pilihanraya yang dikatakan Mahathir sebagai satu yang paling kotor dalam sejarah, sudahkah kita bersedia kemungkinan pilihanraya tidak diadakan? Pernahkah kita fikir kemungkinan ini secara serius?

Apabila Mahathir dan para konspirators sudah kebuntuan idea untuk memujuk rakyat memihak kepada mereka dan tanda tanda menunjukkan bahawa mereka akan tumbang, tidak mungkin kah pilihanraya dibatalkan? Tapi macam mana boleh pilihanraya tidak diadakan? Mudah sahaja, dengan mencetuskan huru hara, rusuhan rusuhan kaum di sana sini adalah kaedah yang paling mudah untuk mengistiharkan darurat dan apabila darurat diistiharkan, maka sudah tentu pilihanraya tidak boleh diadakan. Sambil itu, mereka akan mengambil tindakan untuk menangkap pemimpin pemimpin barisan alternatif di bawah akta ISA!!

Kemungkinan ini boleh berlaku amat tinggi kerana ‘the stakes are too big for them to loose’, kata seorang professor sains politik. Mahathir boleh memanggil pilihanraya bila bila masa sekarang tapi beliau belum yakin lagi UMNO/BN boleh menang. Terlalu banyak isu yang dibangkitkan oleh barisan alternatif dan rakyat jelata yang menghimpit BN/UMNO. Mahathir tahu rakyat tak sabar sabar nak mengundi, nak memangkah parti parti barisan alternatif.

Apabila parti parti pembangkang bergabung di bawah satu barisan di mana BN akan berhadapan dengan Barisan Alternatif dalam satu lawan satu, ini sungguh membimbangkan Mahathir. UMNO/ BN terasa kedudukan mereka tergugat dan dengan kebangkitan rakyat yang kian marah, besar kemungkinan TERTUMBANGNYA  BN/UMNO makin menjadi kenyataan.  Puas Mahathir cuba mengadudumbakan parti parti lawan dengan mengguna media media massa milik mereka tapi usaha usaha mereka ternyata gagal. Rakyat yang sudah matang  pun tahu tektik tektik kotor mereka.

Apabila sudah TERSEPIT dan DESPERATE, what choice do they have untuk menyelamatkan dirinya  dan para konspirators?  Mereka perlu mengkekalkan kuasa jika tidak mahu mereka diheret ke MAHKAMAH RAKYAT  kelak. Mereka kecut akan kemungkinan ini. Menggigil!! Ramai yang akan terheret kerana Mahathir dan para konspirators dengan sengajanya,   sudah melibatkan banyak pihak. Semua yang terlibat sudah panik dan kecut. Apa pilihan mereka jika tidak mencetuskan huru hara dan istiharkan darurat??

Maka amat pentinglah kita bersedia untuk menghadapi kemungkinan ini. Strategi strategi pencegahan perlu difikirkan segera. Yang penting,kita mesti menyediakan minda rakyat bahawa ini kemungkinan besar akan berlaku. Mereka akan melakukan kerja kerja kotor dan terkutuk untuk menakut nakutkan rakyat jelata. Dari keadaan negara yang aman akan menjadi huru hara dan sudah tentu mereka akan menuding jari pada parti parti barisan alternatif!!

Beritahu rakyat jelata sekarang juga bahawa segala keburukan yang mungkin berlaku bukanlah ciptaan dan angkara barisan alternatif tapi angkara BN/UMNO yang sudah TERSEPIT dan DESPERATE nak kekalkan kuasa mereka!! Sambil itu, pesan pada rakyat supaya berjaga jaga dan DEDAHkan segala kerja kotor mereka dengan BUKTI BUKTI yang KUKUH!! Kita tak perlu ikut rentak kotor mereka tapi DEDAHkan saja segala tektik tektik kotor mereka supaya rakyat sedar dan  makin yakin bahawa merekalah yang mengguna tektik tektik kotor!! Percayalah, golongan yang sudah TERSEPIT dan DESPERATE tidak akan ikut lagi lunas lunas dan prinsip prinsip demokrasi dan bertamaddun!!

Ayuh, bersedialah dan sampaikan mesej ini ke pengetahuan seluruh rakyat jelata!!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!

DULU UMNO SEKARANG BARISAN ALTERNATIF