Berita Dari Penjara Sg. Buloh.
 

Menteri Dalam Negeri Dato Abdullah Badawi telah memanggil Ketua Pengarah Penjara Dato Omar Din menemui beliau dipejabat pada awal Jun. Turut hazir ialah KSU Kementerian Dalam negeri, Dato' Mohd Nor.

Arahan Dato' Abdullah ialah perketatkan peraturan; jangan benarkan diadakan apa-apa perjumpaan peguam atau keluarga mengenai apa jua isu lain selain kes mahkamah.

Sejak arahan Dato' Abdullah, nama senarai 10 peguam dipotong dan pertemuan keluarga dibatalkan. Budi bicara Pengarah Penjara Sg. Buloh membenarkan pertemuan bersemuka dengan Azizah dan anak-anak telah ditarik balik. Akibat arahan Menteri, DS Anwar tidak dibenarkan menyentuh anak-anaknya sama sekali!!

Berikutan dengan itu, Pengarah Keselamatan Penjara, Muhammad Jaafar telah mengadakan pertemuan dengan semua pegawai penjara Sg. Buloh. Beliau memberi amaran supaya peraturan terhadap DS Anwar Ibrahim perlu diperketatkan.

Selepas itu, atas arahan Menteri, peawai Cawangan Khas Polis, ACP(?) Fauzi telah menyampaikan taklimat kepada pegawai-pegawai penjara Sg. Buloh.

Pertama: Isu keselamatan negara. DS Anwar telah menimbulkan kekacauan. Di Dataran Merdeka 20,000 berhimpun.  (mengikut DS Dr Mahathir dalam Far Eastern Economic Review: 40,000. Menurut kaki pukul,  Rahim Noor di Suruhanjaya: 60,000). Demikianlah cara regim sekarang mengira!!!

Beliau ditanya mengenai kandungan surat dalam Eksklusif. Beliau menjawab: " Kami sudah siasat. Kandungan surat adalah tidak benar."

Itu suara tokoh politik UMNO. Bukan pegawai S.B. Nampaknya S.B. bolih diperalatkan begitu sekali. Apa untung mereka mempertahankan rasuah 600 juta ringgit olih Tun Daim??
 

Pemerhati Sg. Buloh