Pelancaran keADILan Bandar Tun Razak Diganggu!
 
Assalamu'alaikum..

'Eyewitness account' dari rakan saya yang menghadiri pelancaran keADILan Bandar Tun Razak baru-baru ini.
***************************************************************************************

Salam keADILan
Rakan rakan seperjuangan,

Dengan dukacitanya dimaklumkan, usaha murni keADILan BTR untuk  melancarkan parti Keadilan peringkat bahagian dan cawangan dengan  gemilangnya telah digagalkan oleh pihak polis yang kononya mengamalkan konsep 'mesra rakyat". Walaupun telah menepati dan  megikuti segala kehendak dan kerenah polis dan DBKL, dari segi surat  menyurat, dokumentasi, lakaran plan lokasi dan sebagainya, akhirnya pada hari Jumaat (sehari sebelum majlis) , pihak polis Cheras telah memaklumkan
bahawa permit tidak dapat diberikan atas alasan padang yang akan digunakan adalah kawasan awam dan pihak DBKL juga tidak menyokong permintaan dari penganjur.

Seminggu sebelumnya, pihak polis telah datang menyiasat dan memeriksa kawasan dan pada masa itu, pegawai mereka mengatakan kemungkinan besar tiada masalah bagi mereka untuk mengeluarkan permit. Alangkah kecewanya pihak
penganjur setelah mengatahui yang permit tidak akan diberikan.

Oleh kerena publisi telah dibuat melalui harakah,internet dan poster2, jadi majlis harus diteruskan. Penganjur mengambil keputusan untuk tidak membuat pentas di padang dan sebaliknya pejabat BTR digunakan sebagai pentas. Tingkap cermin terpaksa dibuka dan penceramah terpaksa bercakap dari dalm pejabat. Dari segi 'simbolik' ianya amat berkesan kerana dengan  bertemankan 'grill' tingkap , seolah olah penceramah bercakap dari  dalam penjara. In ilebih menunjukkan kezaliman pemerintahan BN.

Awal awal lagi pihak polis telah datang (satu trak, lebih kurang 10 polis berunifom, SB tentulah lagi ramai). Kehadiran mereka yang tidak diundangi ini meresahkan orang ramai. Pegawai bertugas, berpangkat ASP telah menemui petugas dan mengarahkan supaya orang ramai bersurai. kami telah berunding supaya pihak polis memberikan sedikit masa kepada kami supaya penganjur sendiri memaklumkan kepada orang ramai yang majlis terpaksa dibatalkan.

Saya sempat bertanya kepada ASP tersebut bukankah TS Norian telah memaklumkankepada pemimpin2 parti pembangkang bahawa keputusan permit akan dimaklumkan 3 hari sebelum majlis? ASP hanya menjawap beliau hanya mengikut arahan. ASP tu juga mengugut akan merampas sistem PA. (ketika itu lagu perjuangan oleh Brothers sedang diputarkan). Memang terbukti ACP Hj Ali Hanafiah, OCPD Cheras memang bekerja keras menaikkan nama beliau sebagai pengampu kuat. OCPD ini
juga bertanggung jawab mengacau konvoi pada 27 Jun dan juga menangkap 2 peserta konvoi BTR pada 20 Jun. Rundingan kali kedua dilakukan oleh Zainur Zakaria dan pihak polis memberikan kelonggaran sehingga pukul 9:30 malam.

Dalam masa yg amat singkat itu, sempatlah juga ketua bahagian memaklumkan 'kerjasama dan kemesraan" pihak polis dan sambil itu memaklumkan supaya hadirin berramai ramai ke majlis UMNO pada 4 july  di cheras baru (Ibrahim Katak) dan saksikan begaimana layanan polis terhadap majlis umno. Sdr Mustafa kamil sempat membacakan doa yang panjang yg cukup bermakna dan lain lain penceramah sempat bercakap ringkas 2-3 minit. Disempunakan juga dengan ucapan bahasa tamil oleh
sdr Gobala dan bahasa tionghua oleh Sdr Ong (ketua cawangan DAP). Sdr Gobala juga memaklumkan beberapa cawangan MIC telah dibubarkan dan kesemua mereka telah menyertai keADILan. Laungan REFORMASI yg berlarutan menggegarkan bumi BTR dan hadirin masih tidak berganjak walaupun majlis telah berakhir. Mujur pihak polis hanya memerhati shj dan tidak mangambil tindakan. Lebih kurang pukul 10:30 malam pihak polis pun beredar setelah hadirin mula bersurai.

Begitulah 'keADILan' dari kacamata polis mesra kita .............

~Ulu Rrrrrompin~
Islah tetap islah!