Fatwa Ulamak Umno Samdol
 
From: alkatib <cyberjihad@usa.net>

Label dan packaging (rupadiri) sangat berpengaruh dalam dunia pengiklanan. Kesannya mendalam. Maka Umno, baru baru ini cuba menghidupkan satu isu dengan melabelkan PAS dengan cap "Syiah dan Khawarij". Abdullah Badawi yang menumpang
imej ulama bapanya pula dengan ringan lidah menggunakan istilah 'mutaah politik' terhadap pakatan alternatif. Istilah dan amalan mutaah berkait rapat dengan Syiah. Tidak ada kena mengena dengan PAS, tetapi untuk memburukkan PAS maka ia dikaitkan dengan harapan orang akan benci dan wanita akan takut. DAlam perkembangan politik kontemporari Malaysia itu semua tidak relevan.

Kecenderongan Dolah Badawi dengan istilah 'mutaah' tersebut hanya mencerminkan kejahilan pimpinan tertinggi Umno terhadap hukum-hukum Islam, menampakkan kebencian dan penghinaan terhadap salah satu perkara yang terkandung dalam
Islam. Rakyat Malaysia yang mengaji sudah arif mengenai, halal-haramnya, mansuh dan kontroversi yang berkaitan. Tetapi itu isu yang lain, boleh dibicara/bahas di platform mengenai perbandingan amalan mazhab. Yang mengundang kontroversi ialah betapa tergamaknya anak ulamak ini seolah olah mempersendakan salah satu unsur yang terdapat dalam Islam, amalan yang
pernah menjadi praktis pada zaman tentera Islam  berperang untuk mendaulatkan syiar Islam.

Tiada sebab kenapa Dolah Badawi harus menunjukkan kebenciannya sebegitu rupa sehingga sanggup melacurkan istilah agama demi modal politiknya. Nasihat Mursyidul Am supaya diam kalau tidak tau Islam cukup dalam maknanya tetapi Dolah rasa perlu menokok tambah bila Mustafa Mohamad bercakap fasal Syiah dan Khawarij. Mungkin selepas ini Ibrahim Ali atau Hamid Osman akan bercakap fasal lain pula yang ada kaitan dengan amalan orang Syiah untuk dilabelkan kepada Pas. Prinsip Macchiavellian UMNO nampaknya semakin menjadi parah bila istilah dan amalan agama dieksploit begitu rupa hingga asas asas kebenaran dan asal usul sesuatu perkara yang bernilai sejarah dan ilmu seperti gerakan Khawarij, firqah dan fiqh Syiah menjadi mainan politik. Bukan saja busuk & membusukkan malah jahil lagi menjahilkan.

 Kemelut sejarah politik Islam abad yang lalu yang menyayatkan hati dengan pelbagai fitnah, tohmah dan perpecahan menuntut agar umat yang terkemudian berusaha menjernihkan dan menyatukan semula segala schism/perpecahan demi menyahut seruan al Quran 'wa'tasimu bihablillah', tetapi malangnya pimpinan UMNO kini menunjang usaha memanjangkan keretakan dan menyemai rasa benci terhadap ahl Kitab.

Muslimin/muslimat sewajarnya melihat betapa arah mana pimpinan UMNO ingin mencorakkan Islam di negara ini dengan cara TPM  membuat kenyataan kenyataan politik sebegini yang hanya menyemai bibit bibit tidak sihat dalam memahami sejarah dan amalan Islam. Yang tidak ahlinya dalam bidang berkenaan bercakap secara semberono saja sementara yang ahlinya diam membisu atau mengangguk angguk tanda setuju. Bangang!

Memang tidak relevan langsung isu Syiah dan Khawarij ini jika cuba dikaitkan dengan PAS yang bergerak mengikut lunas Islam dan perlembagaan negara. Kenapa tidak dijelaskan apa itu Syiah dan Khawarij. Kenapa dan mengapa wujudnya
golongan ini? Itupun kalau dia (Mustafa yang tidak Mustafa) tau asal usul firqah ini. Insiden sejarah yang menyedihkan ini kalau dibentangkan dengan ikhlas secara terperinci akan tentu memakan diri sendiri kerana  wujudnya manusia yang namanya saja Islam tetapi mengamalkan politik ala UMNO. Politik ala UMNOlah yang menjadi punca kepada kerosakkan dan perpecahan ummah. Politik Machiavelli, atau ringkasnya SHIT. Hakikatnya kerana politik ala SHITlah yang menyebabkan wujudnya gerakan pemisah Khawarij/Syiah. Manusia dalam UMNO sekarang tiada beda dengan manusia yang dulunya  memecahbelahkan perpaduan ummah.

Rakyat Malaysia  muslim yang mengambil UMNO sebagai pimpinan politik hanya merugikan diri sendiri. Tidak perlu lihat jauh sampai ke soal Syiah atau Khawarij. Lihat saja dalam negara sendiri, mengapa ramai para ulama' beralih menyertai PAS. Yang tinggal dalam UMNO hanyalah ulama tunggul, low-class (mungkin no class) ulama jahat, oportunis, busuk dan pentingkan dunia, reaksioner, kapitalis, obsolete/ketinggalan zaman dan akan dimamah sehingga lumat oleh pepijat alaf baru. Orang UMNO memang tidak layak bicara soal Islam, noktah!

ilal liqa' ma'a salama
alkatib