Anuar Musa Keluar Fatwa
 
Assalammualikum(wbt)...

Sejak kebelakangan ini kelancangan pemimpin Umno memanipulasikan fakta mengenai Islam semakin menjadi-jadi. Ditambah pula dengan batuan media keparat yg menjadi ejen penyebar maklumat yg mengelirukan tentang Islam. Namun pada warkah kali ini suka utk saya mengulas tentang sikap bobrok Dato’ Annuar Musa yg dok sibuk cakap pasal ‘DOSA’ orang lain.
Memetik kata-kata beliau dlm berita harian(5/7):

"Inilah bukti nyata Pas parti pelawak (pembohong) besar menggunakan agama. Berdosa kalau kita sokong parti macam ini. Berdosa pada agama, negeri kerana jelas Pas dulu dan sekarang, dia telah berubah. Dia bertanggungjawab.

"Kalau kita ahli Pas kita berdosa, angkat bendera Pas kita berdosa, kita pangkah Pas kita berdosa," katanya dalam ceramah perdana Umno dan BN yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin di sini, malam tadi.

Sejak bila pula Si Anuar Musa ni layak memberi fatwa tentang dosa orang-orang PAS. Hebat sangatkah kamu sehingga org yg angkat bendera PAS pun dikatakan berdosa. Nak termuntah rasanya bila membaca kenyataan beliau . Ingin saya ketengahkan suatu teori, andai kata org-org seprti Dato Harun Din, Dato Ismail Kamus, Dato Ishak Baharom memilih utk memangkah PAS, jadik menurut Si ANUAR MUSA keparat, ulamak-ulamak ini turut berdosa pada agama. Takkanlah tokoh ulama macam
Dato’Harun Din tuh sudah tidak tahu hendak membezakan yg mana satu dosa atau tidak. Sedangkan org yg pernah bermimpi berjumpa dgn Rasullulah (SAW) spt Dato Prof Harun Din Al Hafiz ini sudah pasti akan diberi petunjuk dan hidayah oleh ALLAH SWT.

Jadik saya menyeru rakyat Malaysia yg beragama Islam supaya menolak UMNO pada p/raya akan datang. Cukuplah dengan pimpinan Umno dari atas sampai bawah dok sibuk mencaci dan menghina ulamak serta pejuang Islam. Walhal ulama’ itu adalah waris nabi. Jika Mahafiraun dan pengikutnya sering menghina ulama, secara tidak langsung mereka telah menghina Nabi
Muhammad SAW. Jadi sebagai rakyat Malysia yg beragama Islam, sanggupkah kita mengundi puak-puak yg telah menghina Nabi kita???

Kesimpulannya adalah berdosa jika kita bersekongkol dgn org-org yg telah menghina perjuangan Nabi,para auliya’ dan ulama’. Dengan kata lain memangkah BN akan mendekatkan lagi kita kepada pemimpin-pemimpinnya yg banyak DOSA.

Wallahu a’lam.

Reformist UK.