PEMANTAU PILIHANRAYA RAKYAT MALAYSIA

Tuntutan Kepada Pilihanraya Bebas Dan Adil

Negara Malaysia berbangga mempunyai satu proses pilihanraya yg kononnya meletakkan sebuah kerajan pilihan rakyat berkuasa, lantaran menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi.  Namun kepincangan besar dan kelemahan ketara begitu terserlah dari semasa ke semasa menimbulkan keraguan terhadap proses tersebut.

Sebagai contoh ialah masalah pengundi hantu yg menjelma berikutan dgn pendaftaran berulang, yakni kes-kes dimana nombor IC pemilih didapati tercatat lebih dari sekalidalam senarai daftar pemilih.  Dalam tahun 1900 sahaja, lebih kurang 240,000 catatan terpaksa dilupuskan sebelum pilihanraya umum.  Meskipun demikian, maih terdapat dakwaan yg didukung dgn bukti
bahawa daftar pemilih yg digunakan dlm pilihanraya umum 1990 mengalami kepincangan (lihat majalah Aliran keluaran 10(10) 1990 merujuk kpd bahagian pilihanraya parlimen Sepang dan Sungai Siput).

Baru-baru ini dilaporkan bahawa terdapat lagi 25,000 pendaftaran berulang malahan juga pendaftaran 3 kali no. IC dikesan dalam daftar pemilih yg dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)(lihat Harakah keluaran 10 Mei 1999).  Ini menimbulkan keraguan serius terhadap kemampuan SPR dlm memastikan bahawa daftar pemlih yg sedia ada adalah layak digunakan bagi pilihanraya umum akan datang yg dijangka akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Lebih-lebih lagi setelah melihat kepincangan dlm daftar pemilih dan mengenai bagaimana SPR dimasa lalu bagaikan berganding bahu dgn PM dlm menentukan tarikh pilihanraya, dirasakan perlu untuk mengkaji kemungkinan hubungan antara pihak Eksekutif da SPR.  Lihat umpamanya, keyakinan PM bahawa pilihanraya umum 1990 akan ditetapkan pada tarikh yg awal sebelum SPR mengumumkan keputusannya; atau keputusan SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dgn begitu pantas sebaik sahaja Parlimen dibubarkan tanpa mengambil peduli mengenai keadaan daftar pemilih yg didapati
pincang.  Ini menimbulkan sangkaan wujudnya pengaruh tertentu.

Terdapat alasan-alasan lain yg menimbulkan persoalan terhadap kewibawaan SPR.  Mengapakah dimasa lalu SPR mengambil keputusan tidak mengumumkan hasil penyiasatannya mengenai kes penipuan dlm pilihanraya?  Demikian juga tiada tindakan diambil oleh SPR terhadap kepincangan-kepincangan masa lalu.

Seperti masa lalu, terdapat juga dakwaan bahawa kemudahan dan dana kerajaan digunakan oleh parti yg memerintah menjalankan kempen mendahului tempoh rasmi kempen pilihanraya.  Contohnya, di majlis-majlis rasmi kerajaan, para
pemimpin kerajaan akan membuat ucapan yg mengelabui perbezaan dianatara BN sebagai sebuah pertubuhan politik dan Kerajaan Pusat bagi mempengaruhi rakyat utk mengundi "kerajaan" dlm pilihanraya umum akan datang.

Begitu juga, ada sebab utk mencurigai bahawa dlm kerakusan utk mempertahankan kuasa, kerajaan BN akan menyalahgunakan kuasanya sebagai kerajaan sementara sebaik sahaja Parlimen dibubarkan seperti yg berlaku dimasa yg lalu.  Sebagaimana yg dilaporkan oleh Election Watch (Pemantau Pilihanraya) 1990, "Kemudahan kerajaan telah digunakan dgn
sewenang-wenangnya utk tujuan berkempen.  Ini merangkumi drpd pengunaan pesawat eksekutif utk menerbangkan TPM ke Sabah dlm satu misi utk mengurangkan kesan terhadap parti memerintah berikutan dgn penarikan diri PBS dari BN, kpd van-van Jabatan Penerangan digunakan oleh pekerja-pekerja UMNO di Kampar, Perak.  Dlm beberapa tempat sekitar Cameron Highlands, gambar-gambar PM dan Menteri Besar yg ditampal mempunyai perkataan 'Dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia' dicetak disudut bawah sebelah kanan' (dipetik dari majalah Aliran yg disebutkan diatas).

Meminjam ungkapan Election Watch 1990, permasalahan ini dikusutkan lagi dgn kenyataan bahawa media utama 'menyiar sepenuhnya apa yg diucapkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan bilamana mereka muncul dikhalayak ramai tetapi terlalu sedikit perhatian, jika ada, terhadap pandangan pembangkang.  Natijahnya ialah liputan yg berat sebelah.  Pemimpin-pemimpin kerajaan dipuja oleh media dan, jika pembangkang diberikan juga perhatian, ia bertujuan utk menunjukkan kelemahan- kelemahan mereka.'

Tambahan pula, ketika dimajlis-majlis tajaan kerajan dan pentas-pentas umum, para pemimpin kerajaan bebas mencerca tokoh-tokoh pembangkang dan sesiapa sahaja yg berani menentang kerajaan yg memerintah, pihak lain sering dinafikan peluang yg sama utk menangkisnya. Permit polis kerap dinafikan, lazimnya atas alasan bahawa perhimpunan pembangkang atau demonstrasi akan mengakibatkan rusuhan atau kekacauan umum.  Ia adalah seolah-olah pentas sedemikian rupa akan membawa kepada eksploitasi persaan perkauman dan  sensitiviti agama, ataupun bahawa setiap demonstrasi anti-kerajaan
pastinya berunsurkan keganasan.  Secara tidak adilnya, ia menyekat keupayaan pembangkang atau mana-mana pihak utk menjwab propoganda kerajaan sebelum pilihanraya.

Yang menariknya, apabila perasaan perkauman dan sensitiviti agama disemarakkan oleh pemimpin kerajaan, pihak berkuasa polis bagaikan tidak mengambil peduli menjalankan tugas sebagai pemelihara ketenteraman awam.

Seperti yg dikeluhkan oleh Election Watch (EW) 1990, "Pemimpin-pemimpin UMNO memperlihatkan dlm kempen-kempen mereka bahawa mereka sanggup memperalatkan sensitiviti kaum dan agama dgn sepenuhnya utk mengayun undi majoriti
Melayu demi mengekalkan pengukuhan kuasa BN dlm Parlimen Strategi mereka menunjukkan bahawa mereka lebih terdorong utk mengekalkan penguasaan mutlak keatas dewan perundangan persekutuan drpd memastikan perasaan perkauman terkawal; kepentingan politik yg sempit dianggap lebih mustahak drpd penyemaian perpaduan dikalangan pelbagai kaum."  Ini dilakukan oleh mereka dgn dukungan media utama yg begitu bersedia utk dipergunakan bagi kemudahan kerajaan BN.

Kini seruan REFORMASI tampil sebagai satu cabaran yg lebih menggugat berbagnding dgn cabaran parti pembangkang dlm pilihanraya umum tahun 1990-dlm pengertian bahawa parti politik alternatif yg menyahut panggilan REFORMASI mempunyai potensi bukan sahaja mengurangkan majoriti 2/3 BN di Parlimen, tetapi sepertimana menurut beberapa pendapat, mampu
menumbangkan kerajaan BN-tidak dapat disangkalkan bahawa media utama pastinya dipergunakan sehebat-hebatnya bagi menyebar lagi propoganda BN. Didukung dgn sekatan keatas kebebasan berhimpun, kesannya ialah kewujudan proses
pilihanraya yg sedia pincang itu menjadi lebih pincang.

Pemantau Pilihanraya Rakyat Malaysia (PEMANTAU) yg dicadangkan dgn itu haruslah menanggani perkara-perkara tersebut.  Terutama sekali, kerajaan yg memerintah tidak harus dibiarkan dgn sewenang-wenangnya mengabui perbezaan
di anatara urusan parti politik dan urusan rasmi kerajaan.  Jentera kerajaan bukan jentera BN.  Oleh yg. demikian, sebarang penyalahgunaannya mesti didedahkan.  Ini termasuk penyalahgunaan jentera kerajaan seperti RTM dibawah Kem. Penerangan, Polis dan juga SPR.

Tentu sekali, 1 cara halus utk mempengaruhi keputusan pilihanraya ialah melalui membeli undi.  Tidak dinafikan bahawa memang sukar utk mengesahkan laporan kegiatan tersebut kerana mereka yg sanggup menerima rasuah dgn balasan undi adalah terlibat juga dalam jenayah.  Walau bagaimanapun, PEMANTAU harus mengawasi kepincangan mengenai bagaimana calon-calon tertentu menjalankan kempen mereka dgn melampaui had perbelanjaan pilihanraya. Usaha mesti dijalankan bagi menggalakkan saksi-saksi tampil kehadapan utk memberi keterangan terhadap mereka yg memberi dan menerima rasuah tersebut.

PEMANTAU harus juga mengambil perhatian terhadap kejadian-kejadian mengugut.   Ini meliputi apa sahaja, dari ugutan kepada serangan, termasuklah halangan kepada kempen pilihanraya.  Ianya mesti dicatat, disiasat dan didedahkan.  Ini merangkumi apa yg disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai ancaman halus dari PM sendiri dlm pilihanraya umum 1990 pernah memberi amaran bahawa "pengajaran dari 1969 ialah jika kerajaan tidak dapat menguasai 2/3 majoriti Parlimen, akan berlaku huru-hara."  Terdapat juga tuduhan bahawa dlm pilihanraya negeri Sabah baru-baru ini, kerajaan yg memerintah secara
tidak langsung mengancam bahawa jika rakyat Sabah tidk mengundinya, maka peruntukan pembangunan tidak dpt disalurkan kpd mereka.

Hal ini berkaitan dgn persoalan kerahsiaan dlm pengundian.  Rakyat harus merasa terjamin bahwa undian mereka tidak akan membawa kepada sebarang padah.  Dgn demikian, apa jua yg mencabul kerahsiaan undi mereka mesti dipersoal dan dicabar.  Ini mungkin dikaitkan dgn cara pengiraan undi yg sebenarnya memberi gambaran kasar mengenai kawasan mana yg menyokong atau menentang seseorang calon parti yg bertanding.  Ini mungkin dikaitkan dgn ketiadaan rahsia dlm undi pos sepertimana dakwaan semasa pilihanraya umumm 1990 bahawa anggota-anggota polis di Kuala Terengganu dikatakan telah
diarah menandakan pilihan mereka dan mengembalikan kertas undi pos kpd ketua mereka, dgn itu memberikan tekanan hebat kepada pegawai-pegawai bawahan agar mengundi menurut kemahuan pegawai pemerintah mereka.

Pendeknya, bagi sesuatu pilihanraya umum menjadi bebas dan adil, mesti wujud syarat-syarat berikut:-

1.  Senarai daftar pemilih yg layak digunakan.
2.  SPR yg bebas dan berwibawa.
3.  Tiada slah guna kuasa sebelum dan selepas Parlimen dibubarkan.
4.  Liputan adil media utk semua calon dan parti.
5.  Kebebasan berhimpun yg menyuburkan kebebasan aliran maklumat.
6.  Tiada perbuatan beli undi dan ugutan pengundi.
7.  Kerahsiaan pengundi.

Bagi menentukan samada pilihanraya umum akan datang bebas dan adil atau sebaliknya, satu Pemantau Pilihanraya perlu dibentuk bagi mengendalikan aktiviti-aktiviti pemantauan dlm 3 tahap:-

1.  Tempoh sebelum kempen pilihanraya (termasuk tempoh selepas Parlimen dibubarkan)
2.  Tempoh semasa kempen pilihanraya; dan
3.  Tempoh semasa pilihanraya (Hari Mengundi)

Harus ditentukan bahawa tidak berbangkit persoalan mengenai kebebasan PEMANTAU dan kerana itu tiada pertubuhan politik boleh dilibatkan secara langsung dlm kegiatannya.  Ia harus dikendalikan oleh wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan personaliti kenamaan yg mempunyai pengalaman dlm pembentukan atau pengendalian pemantauan pilihanraya
termasuk juga lain-lain tokoh masyarakat yg bebas.

Adalah menjadi tugas PEMANTAU utk mencatit dan menganalisa sebarang kepincangan dan aduan, dan akhirnya menyediakan satu laporan yg memberi gambaran penuh mengenai keadaan perjalanan pilihanraya umum akan datang.

Segala yg terkandung telah dipetik sepenuhnya kecuali perkataan yg. disingkatkan.