Kerajaan Pilihan Rakyat (Bhg 5)

KERAJAAN YANG BERPEGANG KEPADA SYARIAT ISLAM

Jelas bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan sekular dan tidak berpegang kepada syariat Islam. Malah mereka turut menyumbang kepada kelemahan umat Islam dalam semua aspek di Malaysia Hujahnya adalah seperti berikut:

1. Apabila bekas mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom, mengeluarkan kenyataan mengharam penyertaan gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik, beliau telah dipecat.
2. Begitu juga kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad berjanggut sebab tidak ada pisau cukur
3. Dr Mahathir kerap menghina ulama
4. Kenyataan Tun Hanif Omar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat Al-Quran mengharamkan judi.
5. Mengeluarkan lesen perjudiaan dengan meluas
6. Aktiviti pelacuran masih berterusan
7. Penjualan arak kepada orang Islam berlaku dengan meluas
8. Gejala sosial dan moral dikalangan remaja berlaku dengan meluas.
9. Mahkamah syariah di pinggirkan sehingga kes yang melibatkan tuduhan meliwat di bawa ke mahkamah sivil
10. Tuduhan terhadap kes seks dan meliwat tidak memerlukan empat saksi bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh syariat Islam.
11. Hudud di halang daripada dilaksanakan dengan memberi pelbagai alasan.
12. Perbuatan tidak bermoral dikalangan menteri, ahli politik UMNO di biarkan tanpa apa-apa tindakan undang-undang.
13. Berbohong dan  menfitnah begitu berleluasa dalam politik UMNO yang bertentangan dengan prinsip Islam.
14. Menzalimi rakyat  termasuk meruntuhkan rumah kediaman mereka tanpa peri kemanusiaan.
15. Mengamalkan nepotisme dan kronisme yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang mahu supaya kekayaan tidak berada ditangan segelintir individu  sahaja.
16. Menahan rakyat yang tidak bersetuju dengan kerajaan dibawah ISA tanpa berbicara yang bertentangan dengan hukum Islam
17. Memaksa seseorang yang menghadapi tuduhan dengan membogelkannya, mengancam, menjatuhkan maruah ,menghina dan mengeluarkan kata-kata yang kesat supaya mengeluarkan kenyataan palsu seperti Sukma, Dr Munawar dan Mior.
18. Semua kuasa hanya ada pada Perdana Menteri. Badan Kehakiman dan polis  duduk dibahawa kuasanya.
19. Melepaskan individu yang bersalah seperti kes Tamby Chik dan Muhammad Taib dan menghukum indvidu yang tidak bersalah seperti Sukma , Mior, Dr Muawar, Lim Guan Eng dan Dato’ Seri Anwar Ibrhaim dengan menyalahgunakan badan kehakiman dan polis.
20. Menyalahgunakan SPR untuk kepentingan politik Dr Mahathir dengan mengenepikan hak rakyat.
21. Menuduh orang tanpa bukti dan dengan tujuan mengelirukan rakyat
22. Mengutamakan kepentingan politik dan perniagaan mereka dan kroni daripada kebajikan rakyat.
23. Pembangunan ekonomi, politik dan sosial umat Islam kurang diberikan perhatian oleh Kerajaan Barisan Nasional kerana mereka menumpukan perhatian kepada sektor korporat yang diterajui oleh beberpa kerat kroni-kroni mereka. Remaja Melayu Islam lah yang paling ramai terlibat dengan jenayah dan gejala sosial.
24. Kegiatan perjudian yang melibatkan orang kenamaan dan pemimpin tinggi parti.
25. Rasuah berlaku secara meluas termasuk dikalangan pemimpin tinggi parti UMNO dan Barisan Nasional
26. Media elektornik dan cetak menyiarkan gambar-gambar wanita yang separuh bogel untuk tujuan memasarkan barangan atau untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dalam seni dan muzik.
27. Sembahyang jemaah memerlukan permit polist(sekiranya benar kenyataan seorang pegawai kanan polis baru-baru ini)
28. Dasar kronisme dan nepotisme dalam perlaksanaan dasar kerajaan yang bertentangan
29. Menggunakan ayat-ayat AlQuran untuk mempertahankan kerajaan yang zalim dan ini bercanggah dengan prinsip Islam
30. Dasar politik, ekonomi dan sosial yang tidak konsisten dalam melaksanakan Islam. Ada kalanya bercanggah dengan prinsip Islam. Umpamanya, menyebut bahawa kerajaan hendak memperjuangkan Islam tetapi membiarkan iklan wanita yang separuh bogel, atau menyiarkan filem-filem barat yang mengandungi adegan-adegan yang bercanggah dengan Islam dan nilai-nilai ketimuran. Mengatakan bahawa kerajaan peka terhadap masalah sosial dan moral remaja  tetapi diwaktu yang sama membenarkan program-program pergaulan lelaki dan wanita secara bebas dan filem-filem barat yang merosakkan pemikiran dan jiwa remaja

Berdasarkan hujah-hujah yang ringkas ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan Dr Mahathir, UMNO dan BN telah terkeluar daripada batas-batas agama. Mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan Islam malah menjelma menjadi parti yang memecahbelah umat Islam, mempermainkan-mainkan Islam dan menjatuhkan imej Islam dimata dunia.

Berbanding dengan kerajaan Pas di Kelantan yang meletakkan Islam sebagai dasar pentadbiran kerajaan negeri. Ia juga merupakan kerajaan mesra rakyat yang mengutamakan kebajikan rakyat daripada kepentingan politik dan perniagaan pemimpin politik. Malah kerajaan Pas Kelantan mampu mempertahankan identiti rasuah sifar dengan tiadanya kes rasuah dikalangan pemimpin-pemimpinnya. Sudah tentu pemimpin UMNO yang biasa dengan rasuah tidak akan senang dengan dasar pentadbiran yang bersih seperti di Kelantan dan akan berusaha untuk mengubahnya agar mereka boleh melakukan perbuatann tidak bermoral yang selari dengan jiwa mereka. Begitu juga pentadbiran Pas di Kelantan mampu mempertahankan identiti yang bebas daripada perbuatan tidak bermoral dikalangan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri kerana Islam adalah cara hidup mereka berbanding dengan pemimpin UMNO yang sudah biasa dengan maksiat dengan rasuah dan cara hidup mereka dikuasai oleh nafsu.

Cuba kita perhatikan suasana diKelantan. Kes rasuah tidak ada. Kes perbuatan tidak bermoral dikalangan pemimpin kerajaan negeri tidak ada. Mereka hidup secara sederhana. Bandingkan pula dengan pentadbiran UMNO di negeri-negeri lain. Pemimpin kerajaan negeri hidup dengan kekayaan dan rakyat hidup dengan kemiskinan. Pemimpin UMNO terlibat dengan kes rasuah secara meluas. Mereka juga terlibat dengan perbuatan maksiat yang menunjukkan bahawa mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran dan kepimpinan.