Satu Lagi Penghinaan Kepada Rakyat Kelantan

Bukanlah niat saya untuk membesar-besarkan isu kemiskinan yang ditimbulkan oleh gurkha atau pelacur UMNO tentang kemiskinan rakyat kelantan. Namun sebagai salah seorang rakyat kelantan, perasaan saya cukup terguris bila UMNO cuba menggunakan isu kemiskinan rakyat kelantan sebagai taktik lapuk untuk meraih undi.

Kedujanaan UMNO kini sudah ditahap melampaui batas. Mereka ini memang patut diajar sebagaimana seorang yang kurang ajarr!!. Mungkin rakyat malaysia kini sudah dapat memahami apakah yang tersirat disebalik motif UMNO cuba memainkan isu kemiskinan rakyat kelantan. Dan semua rakyat malaysia kini sudah terlalu masak dengan sikap UMNO ini. Namun begitu ia bukan persoalannya. Tapi persoalan yang lebih besar dari itu, tentang kejahilan UMNO dalam memainkan isu tanpa memikirkan sensitiviti rakyat kelantan. Hina sangatkah kami rakyat kelantan ni??? Miskin sangatkah kami ni??? Bodoh sangatkah kami ni hingga terpaksa hidup dalam kemiskinan? Memang budaya kami berbeza! Memang kami tak dapat dibeli dengan wang! Memang kami  tak sanggup korbankan agama kami untuk mengampu! Memang kami sukakan institusi pondok! Memang betul budaya kami berbeza!! Perbezaan budaya inilah yang menyebabkan si UMNO durjana tak mampu bertapak dibumi kami.   Jangan salahkan kami! Tepuk dada tanya si Ku Li pengampu atau si Ibrahim penjilat!

Cukuplah! Jangan hina kami lagi! Tak payahlah nak menipu lagi. Kami dah bosan semua tu. Sebagai seorang perantau, kami telah melihat rakyat dinegeri yang diperintah UMNO. Tak payahlah nak bohong, maju kepala bapak dia! Tak payah dok cerita lah....Orang pun dah cukup muak tau tak!!!!

Wahai pemuda/i rakyat kelantan di perantauan sekelian,  Ini pesanan ku, percayalah saudara..... Penghinaan demi penghinaan telah dilakukan kepada kita rakyat kelantan. Sesungguhnya UMNO telah melampaui batas. Mereka kata rakyat kelantan bodoh sebab tak pilih mereka! Namun hakikatnya kitalah sebenarnya yang generasi yang mereka geruni! Mereka kata kita miskin! Siapakah yang mereka hina? Itulah ibu-ibu dan bapa-bapa kita!!! Mereka hina tok-tok guru kita! Sedarkah mereka bahawa pantang anak kelantan menghina tok guru. Saya menyeru kepada seluruh rakyat kelantan diperantauan, marilah
kita bersama-sama menyumbangkan seluruh kekuatan yang kita ada untuk mengajar UMNO durjana. Gunakanlah kedudukan, pangkat, kekayaan  yang saudara ada untuk menghancurkan UMNO. Saya yakin kekuatan, pengaruh dan kekayaan dimiliki oleh anak kelantan diperantauan kini sudah terlalu besar. Sememangnya ia mampu untuk menghancurkan UMNO!

Wahai seluruh rakyat kelantan, Janganlah saudara sesekali membenarkan UMNO berpijak dibumi Kelantan. Biarkan kelantan kekal. Biarkan ia kekal dengan budaya tersendiri. Biarkan ia kekal dengan imejnya yang tersendiri. Sememangnya UMNO cuba untuk menjajah kita. Kita tak semudah itu untuk dijajah. Kedatangan mereka hanyalah untuk mengaut hasil bumi kita untuk kroni mereka. Jangan sesekali saudara biarkan. Pengalaman telah banyak mengajar kita! Biarkanlah rakyat negeri
lain memilih UMNO tapi kita tidak. Orang yang tak layak memang tak patut perintah kita. Sebab orang kelantan berasal dari keturunan baik-baik. Lanun tak layak untuk perintah negeri kita. Biarkanlah lanun-lanun itu memerintah negeri yang penuh dengan lanun sahaja. 

ANAK PERANTAU
SELANGOR