Siapa Yang Munafik ??
 
KU LI & IBRAHIM AZMI MUNAFIK TERBESAR ABAD INI

Sebagaimana yang kita semua maklumi, di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, rakyat dikejutkan dengan cabaran bersumpah dengan Al-Qur'an oleh Ibrahim Azmi. Cabaran yang ditujukan kepada Dato Fadhil Noor itu kemudiannya di ulang sekali lagi oleh Ku Li di Kelantan kepada YAB Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat. Isunya: PAS TELAH BERBOHONG DAN MEMUNGKIRI JANJINYA UNTUK MEMBERI JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR KEPADA
S 46 DI KELANTAN" .Kenyataan tersebut seolah-olah PAS adalah pengkhianat kepada "rakannya" ketika itu.

Saya ingin mengemukakan hujjah berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Ku Li sendiri dan bukannya dari pimpinan PAS. Sebab kalau pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan, rakyat akan menganggap bahawa sememangnyalah pimpinan PAS kena buat penafian sebab ianya terkena kepada PAS.

Merujuk kepada akhbar Watan bil:744 tahun keenam pp45/2/90, harga 70 sen selasa 5 Mac 1991 18 saaban 1411 dengan tajuk "Tiada perjanjian dengan PAS sebelum pilihanraya - KU LI RASA MALU" Antara petikan kenyataan Ku Li ialah "Anggota Parlimen Gua Musang itu juga menjelaskan , sebenarnya tidak pernah ujud sebarang perjanjian antara Semangat 46
dengan PAS Kelantan berhubung dengan pembahagian kuota 50:50 dalam pelbagai jawatan di negeri itu". "Tengku Razaleigh berkata, Majlis Tertinggi Parti tidak pernah membuat sebarang perjanjian dengan PAS Kelantan berhubung pembahagian sebarang jawatan di negeri tersebut'. muka depan Watan(Wartawan Baha Azuwan)

Kedua, akhbar Watan bertarikh 2hb Febuari 1991 mukasurat 183 dengan tajuk " Ku Li : Semangat 46 tak boleh desak - KELANTAN PAS PUNYA". Tengku Razaleigh berkata "adalah suatu yang tidak boleh disangkal bahawa kerajaan negeri ini adalah dipunyai oleh PAS, jadi Semangat 46 hendaklah menerima hakikat ini. Presiden Semangat 46 itu menegaskan,
Memang telah dipersetujui dalam pakatan sebelum pilihanraya dulu, jika Angkatan menang PAS akan menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah".

"Menurut Tengku Razaleigh, sebagai parti yang berpegang kepada janji, Semangat 46 hendaklah menerima kenyataan bahawa Kelantan adalah milik PAS".(Wartawan Rahim Tahir)

Sehubungan dengan itu, dimana benarnya dakwaan mereka PAS memungkiri janjinya. Kebiasaan orang yang berbohong ini selalu saja lupa akan kata-katanya sebelum ini sebagaimana yang terjadi terhadap Dr Mahathir sendiri dalam isu wanita bekerja.

Perhatian: Ada lagi yang menjijikkan mengenai Ku Li dan tokoh Parti Semangat 46 Kelantan. Kita akan tengok sejauh mana mereka ingin membohongi sejarah dan kebenaran. Saya bersedia mendedahkannya.

BEKAS UTK S 46