KHAS BUAT TS HANIFF DAN PENGIKUT MAZHAB HANIFFI
 
Semalam saya berkesempatan mengikuti demo satu program komputer mengenai Al-Quran. Sungguh canggih program tersebut. Apa yang menarik perhatian  saya ialah Program tersebut juga mengandungi terjemahan dalam bahasa Melayu
selain Inggeris dan beberapa bahasa lagi. Kemudian terfikir oleh saya untuk menguji Program tersebut. Jadi terlintaslah perkataan "JUDI" dalam kepala saya. Lalu saya cuba "search" perkataan "JUDI", tidak beberapa saat kemudian keluarlah ayat berserta bacaan dan terjemahan ayat-ayat berkaitan JUDI. OH! rupanya ada ayat larangan berjudi. Kemudian saya terfikir, agaknya TS Hanif membaca Al-Quran terjemahan bahasa Siam atau Bahasa Jerman sebab itu dia tidak jumpa ayat larangan berjudi. Jadi saya cadangkan kepada TS Hanif dan pengikut Mazhab Haniffi, gunalah teknologi MSC, yang BOSS anda
canang-canangkan. Bukan setakat ayat Judi, malah sejarah FIRAUN dan Sifat Firaun pun ada.

Cadangan saya kepada JAKIM dan Hamid Othman@ Mid bin Man, kumpullah ulamak-ulamak untuk mencari ayat larangan judi dan siarkan dalam semua media massa... kerana ini lagi berfaedah dari mencari larangan mencarut. Saya nak tanya apa hukum orang Islam mempersendakan kitab ALLAH? Ternyata Haniff dan Mazhab Haniffi adalah sesat, lebih sesat dari AL-ARQAM. TANGKAP HANIFF!

Hud-hud