JAWAPAN KEPADA MAKLUM BALAS MAHATHIR DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
SIRI 1
 

Saya, sebagai seorang Pensyarah berpangkat Professor Madya disebuah universiti tempatan ingin memberi jawapan kepada maklum balas Dr Mahathir (mengikut akhbar Berita Harian `memulangkan paku buah keras’) di Perhimpunan Agung  UMNO kononnya terhadap pengkritik kerajaan, UMNO, Barisan Nasional dan beliau sendiri. Tujuan saya ialah untuk mengatakan bahawa intelektual seperti saya dan rakan-rakan saya, pelajar dan orang yang berakal waras tidak akan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan kenyataan dan pembohongan Dr Mahathir. Saya berharap agar orang-orang kampong pun begitu juga.

Pertama beliau menimbulkan isu kononya ada pihak luar menerima sumbangan kewangan daripada Anwar dan rakan-rakanya. Memberikan sumbangan luar kepada istitusi dan pihak luar adalah perkara biasa dalam kerajaan BN dalam usaha untuk meningkatkan imej Mahathir di peringkat antarabangsa termasuk pendedahan baru-baru ini Dr Mahathir memberi memberi bantuan kepada Nelson Mandela. Saya yakin dan percaya banyak lagi agensi dan institusi luar yang telah menerima bantuan daripada Dr Mahathir dan kerajaan BN. Saya juga yakin dan percaya sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sudah tentu telah memaklumkan kepada Dr Mahathir atau mungkin telah menerima arahan daripada Dr Mahathir sendiri untuk memberi sumbangan kepada Pusat Kajian Dasar Asia Timur. Ini pun sekiranya  benar perkara ini berlaku. Ini ialah kerana Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang pembohong dan penipu seperti isu mengapa Sabarudddin Chik meletak jawatan, mengeluarkan kenyataan yang berbeza mengenai isu pemecatan Bekas Timbalan Perdana Menteri(Dr Mahathir mengatakan beliau  mempunyai bukti yang kukuh)mengatakan beliaulah yang telah menubuhkan Persatuan Melayu Kedah yang kemudianya menjadi UMNO dan sebagainya(masih banyak lagi cuma tidak larat hendak menyebut semuanya)

Kedua, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wujud sebarang konspirasi untuk menjatuhkan bekas timbalannya. Sekiranya ini benar mengapa, dalam kes perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saksi-saksi pembela tidak di benarkan untuk hadir memberi kenyataan? Mengapa Azizan yang mengaku diliwat tidak di penjarakan sebagaimana yang berlaku kepada Dr Munawar dan Sukma. Mengapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim di pecat dari Kerajaan dan parti sebelum kes perbicaraan beliau bermula di bandingkan dengan kes Muhammad Taib yang telah diberikan cuti sehingga kes selesai dan sekarang ini kes Muhammad Taib digugurkan dengan begitu mudah oleh Peguam Negara. Samseng terkenal Rahim Noor sehingga sekarang belum di tahan lagi walaupun sudah mengaku memukul Dato’ Seri Anwar Ibrahim? Ini semua atas arahan siapa? Mahathir, hang jangan nak menipu rakyat( saya bukan orang Kedah tetapi kerana geram dengan pembohongan Mahathir jadi tersasul). Mengapakah Dato’ Musa Hitam  menasihati Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhati-hati dengan Dr Mahathir apabila Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kenapakah penulis dan penerbit buku `50 Dalil’ tidak ditahan kerana kandungan buku tersebut mengandungi fitnah(termasuk mengatakan bahawa Anwar mempunyai anak haram bersama dengan Samsidar isteri Azmin Ali-bersyukur kerana melalui DNA terbukti bahawa itu bukan anak Dato’ Seri Anwar Ibrahim-untuk pengetahuan semua tuduhan ini adalah dosa besar dan oleh kerana terbukti bahawa tuduhan tersebut adalah palsu maka penulis dan penerbit serta mereka yang menerima dalil buku tersebut harus dihukum sekeras-kerasnya) Kenapakah saranan pihak pembangkang supaya di tubuhkan suruhanjaya bebas untuk mengkaji dakwaan wujudkan konspirasi politik tidak di endahkan oleh kerajaan BN? Sekiranya Dr Mahathir yakin bahawa beliau tidak terlibat mengapakah beliau takut untuk menubuhkan suruhanjaya tersebut. Bukan itu sahaja malah Dr Mahathir tidak bersedia dan takut untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak pembela. Orang yang benar tidak akan takut untuk mempertahankan kebenarannya sebagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang begitu berani dan tabah menghadapi dugaan kerana beliau yakin bahawa beliau tidak bersalah. Dr Mahathir begitu berani dan lantang memberikan tindak balas beliau di Perhimpunan UMNO dimana tiada siapa yang berani mengkritik beliau tetapi di tempat dimana perbicaraan secara adil dan terbuka dapat dilakukan beliau takut seperti tikus. Apakah tanda semua ini? Ini jelas menunjukkan bahawa Dr Mahathir percaya dia bersalah dan tiada cara lain untuk mempertahankan benang basah beliau melainkan di Perhimpunan Agung UMNO dimana ahli -ahlinya terdiri daripada patung-patung bernyawa, kaki jilat punggung, orang yang tidak bermaruah, orang yang tidak berakal dan tidak bermoral.

Ketiga, Mahathir mengatakan bahawa sekiranya ada konspirasi mustahil tidak sampai ke pengetahuan umum sebelum Anwar di singkir. Konspirasi dan pembohongan boleh disembunyikan oleh kerana jentera kerajaan semuanya dibawah kuasa Dr Mahathir. Ucapan seperti ini adalah ucapan kanak-kanak beringus. Kita biasa mendengar kes pembunuhan dan penculikan tidak dapat di kesan selama bertahun-tahun. Walaubagaimanapun rakyat sudah pun mencium baunya.

Saya ingin berteus terang kepada semua bahawa walaupun saya tidak membuat analisa terperinci sebelum pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya sendiri telah menjangka perkara ini akan berlaku walaupun saya tidak tidak pernah menjangka bahawa alasan pemecatan beliau merupakan dalam bentuk fitnah dan pembohongan yang paling jijik dalam sejarah tanahair. Saya sudah menjangka bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan di pecat tetapi saya terkejut besar  kerana Dr Mahathir tergamak menfitnah beliau begitu rupa dan bersedia untuk menyalahgunakan kuasa ditangan beliau memperkudakan jentera kerajaan termasuk badan kehakiman untuk menzalimi Dr Munawar, Sukma dan Mior agar mengaku diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Dr Mahathir ternyata menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa, menjatuhkan imej badan kehakiman negara dan memalukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Ianya merupakan konspirasi politik yang jijik dan menjijikkan dan titik hitam dalam sejarah politik tanahair tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Saya yakin ramai lagi sudah mengetahui mengenai konspirasi ini termasuk surat yang ditulis oleh Perdana Menteri kepada Daim mengenai perancangan dan langkah untuk menggunakan pelacur-pelacur sebagai sebahagian daripada konspirasi tersebut. Saya yakin  sebahagian daripada rakyat telah pun menerima salinan surat tersebut. Dibawah ini adalah petikan surat tersebut:

`Saya(Dr Mahathir) telah arahkan Dato’ Aziz supaya menyediakan segala data dan perbuatan Anwar yang telah lalu sebelum memasuki UMNO dan sampaikan kepada penulis-penulis kita supaya dapat menyusun semula dan menghebahkan kepada umum dalam buku yang bakal kita keluarkan nanti di samping sediakan pelacur-pelacur yang agak kita dapat mempercayai sebolehnya biar daripada luar negara. Usah risaukan tentang kekuasaan oleh KPN telah pun saya maalumkan dan mereka sedang menyusun perancangan yang rapi begitu juga dengan Hakim-Hakim’

Sekiranya tidak ada konspirasi, mengapakan pengakuan bertulis Sukma, Mior dan Dr Munawar bahawa mereka telah dipaksa mengaku di liwat tidak di siasat?

Keempat Mahathir meluahkan perasaan dalam Perhimpunan Agung UMNO mengenai novel SHIT sebagai jalan untuk mendapatkan simpati rakyat. Ternyata bahawa masih terdapat ahli UMNO yang mudah simpati dengan luahan sedih seorang yang ZALIM dan PEMBOHONG abad ini yang sanggup berpura-pura asalkan kepentingan dan kuasanya dapat dipertahankan. Kenapakah ahli-ahli UMNO tidak merasa sedih apabila Dato’ Seri Anwar di fitnah sehingga memalukan dirinya, keluarganya diperingkat nasional dan antarabangsa? Kenapakah ahli-ahli UMNO tidak bersedih dan boleh membiarkan Dr Mahathir memperalatkan badan kehakiman dan polis untuk menahan orang tidak berdosa seperti Dr Munawar, Mior dan Sukma dengan tujuan untuk memaksa mereka mengeluarkan kenyataan palsu terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim? Kenapakan ahli UMNO tidak bersedih apabila Dato’ Seri Anwar di penjarakan selama enam tahun diatas kesalahan yang beliau tidak lakukan dan semata-mata kerana surat layang Ummi Hafilda? Punca novel SHIT adalah angkara perbuatan jijik dan jahat Dr Mahathir.  Kandungan Novel SHIT adalah lebih baik daripada pandangan Islam terhadap orang yang membuat fitnah, berbohong dan menzalimi orang lain. Novel SHIT adalah lebih baik daripada hukuman dan siksaan di kubur dan di akhirat yang akan di kenakan terhadap orang seperti Dr Mahathir yang telah rosak imannya kerana membuat fitnah, berbohong dan menzalimi orang lain. Hukuman orang yang membuat fitnah plasu mengatakan orang lain telah berzina ialah 80 kali sebat tetapi Dr Mahathir belum lagi disebat hanya di cerca sahaja dalam bentuk novel. Novel SHIT lebih ringan daripada sebat 80 kali dan siksaan di kubur dan di akhirat terhadap Dr Mahathir dan yang bersubahat dengannya.
 

PROFESSOR MADYA BARISAN ALTERNATIF