CABUTAN BERTUAH : RAMAI-RAMAI KITA DATANG

Di bawah ini ialah satu contoh surat jemputan asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kuala Langat yang dihantar kepada penduduk di sekitar Teluk Panglima Garang Selangor.  Walaupun ianya program anjuran bersama, tetapi kepala surat panggilan ini ialah dari Jabatan Penerangan.

Masih ingat dalam ingatan, dulu dulu, untuk berkempen politik, UMNO melalui jabatan penerangan akan memasuki  ke kawasan-kawasan kampung dan akan menayangkan wayang gambar melayu, antara cerita yang sempat saya lihat dalam tahun 70 an itu ialah ANAK SELUANG JAUH MELAUT, dimainkan di bendang padi yang sudah dituai. Apabila ianya ditayangkan separuh jalan, wayang dimatikan dan ceramah politik pun bermula….selepas beberapa ketika, wayang disambung kembali dan habis dengan wayangnya tammat.

Sekarang, kaedah serupa tetapi pendekatan berbeza, UMNO menggunakan Jabatan Penerangan dengan kerjasama beberapa jabatan kerajaan lain akan masuk kekampung-kampung atas alasan memberi penerangan dan atas alasan majlis bersama rakyat, mereka akan menggunakan harta dan kakitangan kerajaan yang ada demi politik parti UMNOnya.

Program ini ditajukkan sebagai majlis bersama rakyat, tetapi ianya di adakan sedemikian rupa dengan aturcara dimulai dengan sukaneka supaya semua orang gembira dan asyik dengan keadaan itu. Kemudian disusuli dengan hidangan dan hadiah, ianya juga mengasyikkan dan UMNO dengan harapannya agar dengan bergembira, semua kemarahan orang kepada UMNO akan dapat dikurangkan. Kemudian ada pula 3 cabutan bertuah, iaitu pagi, petang dan malam, dimana diruang itu diletakkan nombor-nombor yang sama, Ini sebenarnya kaedah yang UMNO buat untuk melihat siapa yang datang dan siapa yang tidak, melalui nombor bertuah itu sebenarnya, UMNO boleh tahu nama yang terlibat dengan program itu, walaupun kehadiran tidak di ambil, tetapi dari nombor tersebut, nama akan dapat dikenal pasti.

Apabila ada 3 cabutan bertuah untuk setiap satu masa iaitu pagi, petang dan malam itu menunjukkan mereka ingin ikat rakyat disitu supaya akan bersama mereka sehingga tamat majlis. Yang penting bagi porgram itu ialah ceramah disebelah malamnya dan untuk menarik orang supaya datang, maka diadakan  sukaneka dan cabutan bertuah serta kenduri. Akhir program itu ialah kenduri. Tetapi sebelum kenduri, Ceramah akan di sampaikan oleh Dato' Abdul Fatah Iskandar ADUN yang tinggal di Sijangkang itu.

Kenapa program ini dimasukkan sekali ceramah oleh Bahagian Keselamatan Negara, dakyah apakah yang mereka nak masukkan ke dalam orang-orang di Kampung Kebun Baru Batu 10 itu?. Kemudian disusuli pula oleh ceramah dari Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR). Kenapa SPR tidak berdiri sendiri untuk menjalankan aktivitinya, Pengerusi SPR sudah memaklumkan berjuta wang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk melakukan aktiviti dan persiapan pilihanraya. Sebagai badan bebas, imej SPR itu mesti dipertahankan kredibilitinya dari terus-terusan diguna oleh golongan jahat umpamanya UMNO itu. SPR kena laksanakan programnya sendiri, SPR tidak boleh dedahkan dirinya kepada timbulkan ketakpercayaan rakyat kepada SPR. Kalau beginilah SPR, kemungkinan kata-kata Mahathir bahawa pilihanraya kali ini adalah paling kotor itu betul.

Kalau perangai SPR ini tidak dielokkan, rakyat akan kenang kata-kata Mahathir itu sebagai arahan beliau kepada SPR. Dan SPR akan jadi satu badan yang amat tidak wibawa dalam usaha melakukan keadilan di Malaysia. Biarlah Badan Kehakiman dan Badan Kepolisan saja yang sudah tercemar, SPR jangan tambah lagi pencemaran itu.

Sekian

muramozi