Mayat UMNO Telah Dilangkah...!!!!!!!

 
assalamualaikum

   "MAYAT UMNO TELAH DILANGKAH...BODOHLAH KAMU AHLI-AHLI UMNO...."
 
 " orang melayu memang malang kerana nama bangsa itu ME-LAYU (tidak mengembang atau membangun). Kalau dalam bahasa jawa , "melayu " itu pula bermaksud "lari" (kalah?).

 Melayu takkan hilang di dunai (hang tuah) . Memang melayu takkan hilang di dunia . Red Indian pun tidak akan hilang di amerika . Hanya mereka itu jadi kuli-kuli dan diletakkan di dalam Indian Reserve serta dipamerkan kepada pelancong -pelancong. (tanyalah kepada belia-belia yang terlibat dengan program pertukaran belia.)

 "langkah mayat PEMUDA umno ". kata syed jaafar albar apabila Prof.Zulkifli Mohamad dari PAS menyatakan bahawa Singapura akan tergadai kepada orang-orang bukan islam.

 Sudah berapa ramai mayat Pemuda umno yang sudah dilangkah oleh Lee Kuan Yew? ada ? tiada ? umno pun sudah tiada di singapura!!!!!!!!!!!

 "Perpaduan Melayu " adalah satu saranan yang sangat lemah. Bersatu atas konsep apa? konsep kaum?????????

 Kalaulah melayu itu bersatu di atas konsep kaum, bererti kaum melayu itu akan membenarkan apa jua bentuk penindasan yang dilakukan oleh orang-orang melayu terhadap orang-orang melayu.

 Pemodal-pemodal melayu boleh menindas dan menekan orang-orang melayu bawahan. Dan orang-orang melayu bawahan mesti bersatu padu dengan pemodal-pemodal melayu  itu kerana mengujudkan perpaduan kaum.Ini bererti singa dan kambing
mesti bersatu , ular dan katak juga mesti bersatu.

 Apalah ertinya perpaduan jika sesuatu puak boleh menindas yang lain yang seagama dan sekaum.Apalah bezanya pula jika puak yang tertindas itu di tindas oleh satu golongan yang terdiri dari kaum yang lain.
 
 Sebenarnya puak yang tertindas itu bersaudara sesama sendiri dan puak yang menindas i tu juga bersaudara sesama sendiri, dengan tidak mengira dari kaum mana mereka datang.
 
 orang-orang melayu memang mundur. Di kampung , mereka mundur cara kampung dan di bandar mereka mundur cara bandar.Mereka mundur dari segi ekonomi, pelajaran dan apa jua bidang penghayatan yang ada.Sudahlah begitu, mereka juga
sudah menjadi golongan yang semakin kecil di Tanahair yang dipusakai dari nenek moyang mereka sendiri.

 Adakalanya mereka mengharapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan umno,mca yang kenyang ; harapkan wakil rakyat, wakil rakyat mencari kepentingan sendiri. Harapkan PAS, PAS tidak boleh berkuasa !.( tulisan 1984-nakal)

 DSA mempunyai ketokohan yang kuat, kepada DSA banyak harapan tertumpu untuk memperlakukan sesuatu supaya merobah keadaan ini.

 Rakyat mengharapkan DSA memandu rakyat ke jalan yang baik.rakyat percaya DSA tidak  memikirkan politik orang-orang umno semata-mata.

 Fikirkanlah generasi bangsa melayu di masa akan datang. Jangan fikir bahawa dengan menindas PAS problem orang-orang melayu sudah selesai.Kalau apa-apa berlaku, orang-orang PAS tentulah jua boleh dijadikan sahabat yang jauh lebih baik daripada orang-orang mca, gerakan atau mic.

 negara sudah terhutang 46 billion. tetapi pembangunan yang nyata berlaku di bandar-bandar . kasihanlah orang-orang kampung golongan majoriti mereka masih belum mengecap kemudahan asas yang wajip. Mereka bermimpi mendapat
jalanraya , bekalan air dan api, perkhidmatan masyarakat seperti klinik-klinik ,  perubatan, telefon dan sebagainya.(tulisan 1984-nakal)

 Kuala lumpur, petaling jaya ipoh penang . melaka seremban kuantan johor bahru - sudah maju dibangunkan!!!!!untuk desa....terjeratlah orang-orang melayu dengan saham felcra atau terkurung di dalam perkampunan felda dan juga
terpenjara di kampung-kampung tradisi.    "

wassalam.
nakalsikit
21hb.jun.1999

sumber rujukan : arahtuju pemimpin umno masa kini
tulisan :        ujang bani. 1984