Mahathir Berbohong Lagi Mengenai Pembelian Konsortium Perkapalan

Kepunyaan Anak-nya oleh Petronas.

Saya ucapkan terima kasih kepada saudara(i) Rezain, Petaling Jaya yang telah menulis kepada halaman surat dari pembaca (Seksi Inggeris), Harakah keluaran Isnin 28 Jun 1999 yang telah mendedahkan pembohongan Perdana Menteri, Dr. Mahathir mengenai nilai pembelian Konsortium Perkapalan (yang dimilikki oleh anak Dr. Mahathir) oleh Petronas (melalui MISC) buat menyelamatkan syarikat perkapalan tersebut yang hampir muflis (bankrupt). Saya sendiri punyai niat untuk mendedahkan pembohongan Dr. Mahathir tersebut tetapi maseh mencari-cari disket yang mengandungi maklumat berkenaan.

Di Perhimpunan UMNO baru-baru ini Dr. Mahathir menyatakan bahawa Petronas telah, melalui MISC, membeli Konsortium Perkapalan (kepunyaan anak Dr. Mahathir) hanya pada harga US$220 juta (RM836 juta) dan bukannya RM1.8 billion seperti yang didedahkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Antara akhbar yang melaporkan pembohongan Dr. Mahathir adalah New Straits Times (NST).

New Straits Times lupa yang ianya telah dalam keluarannya pada 5 Mei, 1998 melaporkan bahawa Petronas, melalui MISC, telah membeli asset-asset tertentu Konsortium Perkapalan (milik anak Dr. Mahathir) dengan harga US$220 juta (RM836 juta) dan disamping itu Petronas telah juga mengambil alih hutang piutang Konsortium Perkapalan tersebut berjumlah US$311 (RM1.18 billion). Ini bermakna jumlah pembelian Konsortium Perkapalan oleh Petronas sebenarnya berjumlah RM2.016 billion (atau RM2,016 juta) dan bukan hanya RM836 juta seperti yang cuba diputarbelitkan oleh Dr. Mahathir kepada rakyat.

Tidak mungkin New Straits Times telah tersilap kerana Business Times pada 8 Oktober, 1998 juga melaporkan perkara yang sama dengan butir-butir yang serupa seperti yang telah dilaporkan sebelum itu oleh New Straits Times.

Jelas bahawa Dr. Mahathir telah cuba menipu rakyat di Perhimpunan Agung UMNO tersebut. Penipuan ini bukan sahaja mendedahkan bahawa Dr. Mahathir adalah saorang pembohong yang berakhlak rendah lagi tidak bermoral yang sanggup
menyalahgunakan kuasanya serta berlaku pecah amanah demi untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kepunyaan anak-anaknya dan kroni-kroninya, tetapi  peristiwa tersebut juga mendedahkan penipuan, pembohongan serta  penyelewengan maklumat oleh akhbar-akhbar pengampu UMNO-BN seperti New  Straits Times.

Kalau kita kaji keadaan ekonomi yang didakwa menunjukkan tanda-tanda  pemulihan, kita dapati bukan ekonomi negara yang mula menunjuk kearah  pemulihan tetapi kedudukkan kewangan anak-anak Dr. Mahathir serta kroni-kroni Mahathir-Daim yang dulunya tenat yang sebenarnya mula beransur pulih. Keadaan ini timbul kerana hampir kesemuanya projek-projek yang
dirancangkan untuk pemulihan ekonomi berupa projek-projek untuk menolong anak-anak Dr. Mahathir serta kroni-kroni Mahathir-Daim.

Wassalam.