Debat tak dapat tengok / Ibrahim Ali tak berucap di Sunway

7.45 malam :
Selesai solat Maghrib , aku pun bergegas pusing kereta menghampiri pintu gerbang UM di Lembah Pantai. Kelihatan 6, 7 kereta sedang berbaris disoal Pak Guard. Tak lama kemudian tiba giliran aku untuk disoal. " Nak ke mana Encik" tanya Pak Guard. "Nak tengok debat" jawabku."Mintak maaf , orang luar tak boleh masuk, program ni untuk student sahaja " jawabnya kembali. Aku pun dengar frust membuat U turn.

8.00 malam :
Naik bukit Bangsar , turun Bukit Damansara untuk masuk ke Jalan Universiti. Sampai di pintu gate UM , Jalan Universiti lagi sekali suasana yang sama berlaku. Aku pun menyamar menjadi student, student UIA. "Mintak maaf Encik student UIA tak boleh masuk UM malam ni" jawab Pak Guard. "Apaaaa niiii" bisik hati kecil ku . Kelihatan beberapa buah lagi kereta membuat U turn.

8.15 malam :
Aku berhenti seketika dekat dengan bus-stop Dunkin-Donut . "Nak kemana aku  malam ni , UM tak boleh masuk" . YEahhh.....Ustaz Sahibus Samahah Ibrahim Ali berceramah di  Sunway .

8. 45 malam :
Sampai depan kepala singa Sunway.  Aku tercari-cari di mana tempat ceramah. Kalau PAS buat ceramah ada penjaga trafik kibarkan bendera , senang sikit carik tempat ceramah. Akhirnya aku ternampak stage ceramah yang masih kosong. Aku "park"
kereta , dan berjalan -jalan di Sunway Piramid dulu.

9.00 malam :
Aku berdiri di atas jejantas Sunway memerhati gelagat ahli-ahli UMNO. Stage masih kosong, hadirin masih kurang sekitar 50-100 orang.

9.10 malam :
Lagu "cindai" Siti Norhaliza dimainkan.

9.15 malam :
Sebuah bas tiba membawa penyokong.

9.20 malam:
Kawasan letak kereta semakin penuh.

9.30 malam :
Sesekali penganjur membuat pengumuman supaya penonton mara ke depan untuk mengisi tapak masjid yang kosong.

9.35 malam:
Segerombolan pemuda bermotor pun sampai membawa bendera UMNO . Ada orang kenamaan sampai . Aku tak pasti sapa . Maklumlah dari jejantas.

9.45 malam :
Penganjur memulakan majlis.

9.50 malam :
Bacaan doa. Antaranya " YA Allah selamatkan kami dari fitnah" . Aaaaeeeeiiiii, yang DSAI kena fitnah,aib, henyak, lebam mata hang pa nak letak mana, wahai UMNO Subang.

9.55 malam :
Ketua Bahagian Subang Mokhtar Dahalan berucap.  Intipati standard : UMNO Subang (21,00 ahli) bersyukur, UMNO Subang berdiri teguh di belakang Mamak Bendahara etc.

10. 05 malam:
Setiausaha AJK Perangi Fitnah UMNO , memberi ucapan . Ada beberapa  fact and figures ditaburkan seperti ada kes prima facie , beberapa kes aduan polis dibuat etc. Pada masa ini , IBRAHIM ALI pun sampai.

10.15 malam :
MC beritahu IBRAHIM ALI tak berapa sihat tapi kerana KASIH DAN SAYANG (geli aku dengaq) dia datang jugak dan terpaksa masuk semula ke Ampang Puteri Meidcal Centre by 11 malam. MC sempat jack IBRAHIM ALI suruh sampaikan salam UMNO Subang kepada Mamak Bendahara.

10.20 malam :
Aku pun dah naik meluat dan baik aku pi balik. Oleh kerana kereta-kereta  diletakkan dalam tiga baris , sempat aku kira kereta yang datang. Lebih kurang 130 buah kereta semuanya. Jumlah penonton lebih kurang 400 orang.

10.25 malam :
BALIK TIDOQ.

Dari,
Spy atas jejantas Sunway